KMA| 03

22 5 0
                                    


Mata bundarnya tidak henti dari memandang ke arah lain. Tidak sanggup untuk memandang wajah yang sudah lama dia bencikan.

Dennis Marcus.

Satu nama yang semestinya bersekutu bersama Adam Ivan saru ketika dahulu. Lagi benci, kedua makhluk tersebut sangat rapat walaupun berlainan geng.

Aku ulang. GENG! Jenis  yang kat sekolah selalu ada acah ganas tu.

"Sampai bila kau nak diam macam ni? Berbuih dah mulut aku ni. Kau tak rindu aku ke?" Pecah hening seketika apabila Dennis mula bersuara.

Kaseh tak sanggup duduk sebelah Dennis. Lokasi mereka di sebuah taman permainan. Hati Kaseh bagai direntap kasar apabila melihat wajah meluat Dennis.

Siapa rindu dia?

"Kalau tak ada benda penting, tolong balik. Saya ada hal lain nak kena buat," halau Kaseh dengan niat ingin beredar dari situ secepat mungkin.

"Tak rileks lah kau ni. Selama 5 tahun aku dekat luar negara tu fikirkan kau tau."

Fikirkan dirinya? Ew. Jijik.

"Fikir untuk apa? Buli saya? Tak puas ke selama saya dekat sekolah awak dah buat macam-macam?!" Jerit Kaseh apabila dia kembali mengingat dimana dia dibuli teruk oleh Dennis dan Adam.

"Tch. No no my dear. Aku dah dekat Malaysia untuk jumpa kau. Mesti lah untuk cari 'kesayangan' aku," ujar Dennis menatap wajah bersih Kaseh.

Dia akui, Kaseh dah banyak berubah dari segi penampilan. Wajah bersih tanpa jerawat. Penampilan pula makin cantik dan bertutup kemas.

Ni yang buat Dennis makin suka nak dekat dengan Kaseh. Pandai jaga diri.

"Kakak!"

Dari jauh, kelihatan Khalish bersama dengan kawan-kawannya. Barangkali baru habis bermain bola tampar. Khalish meliarkan pandangan melihat gerangan yang berdiri di sebelah kakaknya.

"Eh Khalish! Lama tak nampak. Sihat?" tegur Dennis bagi menghilang kejanggalan yang turut hadir antara mereka.

"Hai bang. Alhamdulillah sihat. Abang buat apa kat sini?"

"Ab-..." belum sempat Dennis menghabiskan kata, Kaseh sudah menarik adiknya beredar. Manakala rakan-rakannya sudah pulang sedari tadi.

Dennis yang melihat hanya tersenyum. Hai lah Kaseh, anggun sungguh!


                        ________



"Kakak okay?" tanya Khalish apabila kakaknya hanya diam tidak berkutik. Mujur sahaja Khalish sudah ada boleh memandu kereta walaupun usia 17 tahun.

"Kakak tak tau lah perasaan akak ni Khalish. Kenapa waktu macam ni dia nak jumpa kakak? Kalau dia tak puas hati sekali pun jangan libatkan akak lagi." Kaseh hanya mampu meluah pada adiknya.

Nak halau Dennis balik luar negara. Apa haknya?

Nak bunuh Dennis? Risau dilabel perempuan kejam pula.

"Mana tahu dia datang nak minta maaf dengan akak. Jangan lah cepat sangat buat spekulasi sendiri," nasihat Khalish perlahan.

Tiba-tiba Kaseh teringat waktu dia dibuli dulu.

Flashback

Kaseh yang leka membuat kerja sekolah terdiam apabila melihat bekas pensil nya diambil orang.

Kaseh tidak mengangkat wajah kerana tiada siapa yang berani melawan tatapan tajam ketua pembuli tersebut. Dennis dan Adam.

"Kau nak apa lagi Dennis? Adam? Aku penat nak layan karenah korang lagi. Aku merayu sangat berhenti kacau aku lagi," pinta Kaseh cuba menahan tangisan.

Namun, permintaan bagaikan melodi buat ketua pembuli tersebut.

"Berhenti kacau kau? No no. Kau memang layak dibuli tau. Ingat dalam kepala otak kau!" Ujar Dennis tak kalah dengan tunjalan di dahi Kaseh.

"Kenapa? Apa salah aku dengan korang berdua?" Kaseh tak mahu dilihat lemah dihadapan mereka.

"Kenapa kau tanya? Sebab kau tak siapkan kerja kitorang lah! Sebab kau pah kami kena lari keliling padang 10 kali. Kau tahu tak?" giliran Adam pula bersuara.

Kaseh tak mampu berkata lebih. Bukan kerja dia untuk siapkan kerja sekolah mereka. Apabila melihat Kaseh hanya diam, Adam yang sedari tadi pegang bekas pensil Kaseh dilempar jauh sehingga masuk ke longkang.

Bukan itu sahaja, kalkulator Kaseh dipijak oleh Dennis sehingga hancur berkecai. Lalu mereka pergi dari situ seolah-olah tiada apa yang terjadi.

Kaseh tidak mampu menahan tangis nya lagi. Kali ni, biar lah air mata mengalir. Sejak dari itu, Kaseh nekad menjauhkan diri dari dua pembuli tersebut.

End flashback

                         ________



Rumah Encik Taufiq

Encik Taufiq hanya tersenyum melihat anak saudaranya yang tekun menanda buku latihan anak muridnya. Senyum terukir di bibir tua itu.

"Tekun anak papa buat kerja."

Kaseh terkejut melihat Encik Taufiq yang sudah melabuhkan punggung di sofa.

"Tak addalah pa. Lagipun malas nak tangguhkan kerja ni," jawab Kaseh jujur. Dia tak tau kerja apa yang perlu dilakukan.

"Malam nanti, bersiap dengan Khalish ya. Ikut papa ke event kawan papa," ujar Encik Taufiq  pada Kaseh. Kaseh hanya memberi anggukan tanda bersetuju.

Setelah bersiap, mereka terus bergerak ke majlis yang disebut Encik Taufiq.

Dalam Kaseh leka mengambil makanan, secara tidak sengaja dia terdengar satu suara garau.

Kaseh cukup kenal suara tersebut. Suara yang amat dibenci olehnya sejak zaman sekolah lagi.

"Are you lost, babygirl?"

To be continued






Kaseh Milik AdamWhere stories live. Discover now