KMA | 01

28 7 1
                                    

"Kaseh? Jom cepat sarapan dulu. Kamu ni kalau bersiap mudah je nak lambatkan masa,"  bebel Encik Taufiq sambil kuat memanggil Kaseh.

Encik Taufiq, merangkap pakcik Kaseh dan Khalish dan mengambil mereka sebagai anaknya sendiri.

"Kejap papa! 2 minit lagi," balas Kaseh tak kurang kuatnya. Kalut dia mengemaskan bahagian tepi tudungnya.

Beg dan peralatan diambil. Kaseh terus menuju ke tangga. Langkah yang kalut disedari oleh manusia yang berada di meja makan tersebut.

"Slow-slow lah kamu ni. Haa jom makan. Nantu sejuk tak sedap pula," ujar Encik Taufiq.

Khalish hanya berpakaian sekolah lengkap membaca doa makan buat keluarga kecil itu.

"Papa pergi dulu ya. Hati- hati kamu berdua. Balik nanti papa bawak makan luar ya," pesan Encik Taufiq sebelum dua beradik menyalam tangan kasarnya.

Sempat duit belanja diberikan pada Kaseh dan Khalish.

"Mak Ina, nanti makanan ni Mai Ina habiskan lah dengan bodyguard. Banyak Mak Ina masak ni," pesan Kaseh sebelum dirinya menapak ke singki.

"Iya lah Kaseh. Kamu hati-hati pergi kerja. Khalish, hati-hati ke sekolah nak."

Mak Ina merupakan orang gaji di rumah Encik Taufiq.

Kaseh menyalam tangan tua tersebut di ikuti Khalish sebelum menderu ke kereta.

"Khal, hari ni bukan Khal ada PJ kat sekolah? Kenapa pakai baju lengkap?" tanya Kaseh hairan.

Selalunya, Khalish orang yang paling malas nak menggosok baju sekolah. Kadang-kadang orang nak menghantar baru lah dia nak gosok baju.

Bertuah punya budak!

"Cikgu disiplin mesej Khal semalam. Katanya hari ni nak buat spotcheck untuk semua pelajar."

Kembang-kempis hidung Khalish apabila mengetahui dirinya akan mengetuai segala aktiviti di sekolah.

Maklumlah, ketua pengawas yang berwibawa.

"Iya lah. Ni papa bagi berapa tadi?"

"Macam biasalah, RM 7."

Kaseh mengeluarkan dompet dari beg tangannya. Dikeluarkan sejumlah wang untuk diberikan kepada adiknya.

"Akak nak buat dengan duit tu?" tanya Khalish hairan. Tiba-tiba Kaseh menghulurkan duit tersebut kepadanya.

"Duit belanja tambahan. Alah akak pun nak lah jugak bagi duit dekat adik akak ni," ujar Kaseh apabila huluran tidak disambut.

"Tak payah lah kak. Duit Khal dalam dompet ni banyak lagi tau."

"Ambik je. Bulan ni baru sekali je kan akak bagi? Tak pa," ujar Kaseh masih tak berputus asa.

Khalish rasa bersalah. Diambil juga duit kakaknya.

"Kalau akak tak makan kat tempat kerja, Khal bawak ambulans ambik akak suruh makan. Ingat! Khal berani je ni," seloroh Khalish.

Mengingatkan itu, Kaseh terus cemberutkan mukanya. Haduh lah adik, akak pun tebal lagi dompet ni!

"Okay lah, Khal pergi dulu. Hati-hati kak. Assalamualaikum."

____________

"Jadi Cik Kaseh, awak diterima masuk sebagai cikgu tadika mulai hari ini. Mari ikut saya," ujar Puan Marlina.

Kaseh hanya membuntuti langkahnya. Dari jauh, dia dapat mendengar riuh rendah kanak-kanak yang ada disitu.

Apabila pintu dibuka, Kaseh dapat melihat beberapa orang anak kecil bermain dengan permainan yang disediakan.

Ada yang tidur dan ada yang menangis.

"Baik lah anak-anak, hari ini awak ada cikgu baru. Cikgu Kaseh, boleh perkenalkan diri," ujar Puan Marlina lembut.

Kanak-kanak yang seronok bermain tadi, terus ketempat duduk masing-masing. Semua mata


Steady Kaseh. Budak kecik je.

"Assalamualaikum semua. Saya Cikgu Kaseh baru berpindah disini. Saya harap awak semua boleh bekerjasama dengan cikgu."

Kaseh memperkenalkan diri tanpa ada rasa gugup. Tak sia-sia dia berlatih di hadapan Khalish selama ni.

"Waalaikumusalam cikgu." jawab mereka sebelum keadaan kembali riuh.

Awal-awal lagi Puan Marlina sudah keluar. Katanya ada hal kerja.

"Awak semua boleh main dengan bebas. Cikgu ada kat sini ya," pesan Kaseh sebelum dia menuju ke meja guru.

Bestnya!





Tbc

Author note

Saya ubah sedikit jalan cerita KMA. Semoga awak masih okay membaca.

Watak saya kekalkan. Cari siapa tu?


Kaseh Milik AdamWhere stories live. Discover now