1 💔

783 94 49
                                    

Answer

A Kim Taehyung's Fanfic

                                                          

Bangun sahaja dari tidur, Rhea meraba disebelah. Kosong. Tahulah dia suaminya sudah hilang dari radar. Nafas dihembus kasar.

Baju tidurnya yang sedikit tersingkap dibetulkan. Rambutnya disanggulkan tinggi sebelum matanya meliar mencari kelibat si suami.

"Awak dalam bilik air ke Tae?" panggil wanita itu dari luar bilik air. Pintu lutsinar itu diketuknya berkali-kali. Namun tiada sahutan.

"Takkanlah dia lari kut?" gumamnya perlahan. Ah takkanlah Taehyung takut sampai macam tu sekali.

Langkahnya dibawa ke bawah lalu menuju ke ruang tamu. TV masih terpasang namun tiada orang. Hm.

"Kim Taeh-" baru sahaja dia mahu menyeru nama lelaki itu, susuk tubuh tegap milik si suami datang dari arah dapur. Dengan tubuhnya yang tidak berbaju cukup menyesakkan dadanya apabila mata mereka bertemu.

"Yes?" Taehyung soal sepatah. Rhea jadi kaku. Ini ke suaminya yang sudah menolaknya malam tadi? Tapi sekarang, dia yang.... Ah siapa yang goda siapa ni?

Dengan kesempatan yang ada, Rhea cuba mendekati suaminya lebih dekat. Nak try sikit agak-agak goyah tak?

Tangannya naik ke dada bidang lelaki itu. Sengaja dia mengusap perlahan kawasan itu. Mahu melihat reaksi Taehyung bagaimana.

Taehyung terkedu. Bukan ini yang dia mahu. Dia terpaksa melepaskan baju tidurnya kerana tertumpah coffee suam ke bajunya. Sebab itu dia tidak berbaju sekarang. Namun lain jadinya apabila isterinya mahu menggodanya pula.

Tangan kecil si isteri ditolaknya perlahan supaya menjauh.

"S-sorry." ucap lelaki itu sebelum melajukan langkah ke atas semula. Riak wajah si isteri yang sudah berubah dibiarkan sahaja.

Rhea menolak lidah ke ruang pipi. Sekali lagi dia ditolak. Bibirnya diketap tanda geram. Terasa panas pula kelopak matanya.

"Entah-entah awak memang gay Taehyung?"

                 
        
                             

Thankyou for stopping by 💓

Target setiap chapter cuma 300-400 words sahaja✌️

Ig: rose.pctal

[C] Answer ; TaehyungWhere stories live. Discover now