12

7.7K 294 7
                                    

Ina pov

Selepas sahaja siap mencuci rambut,tuala dicapai dan dibungkus rambutnya.  Aku terus bergerak ke arah dapur untuk masak MAGGIE!

Stok kat rumah semua dah habis! Aku nak beli pon tak ada masa. Busy memanjang,

Air yang sudah mendidih itu aku letakkan paket perencah, dalam 2 minit kemudian aku letakkan mee pula, selepas selesai, aku meletakkan Maggie ke dalam mangkuk.

Mangkuk di bawak menuju ke ruang tamu dengan sebotol air mineral yang diambil di dalam peti.

Aku duduk bersila di bawah. Maggie yang dimasak tadi terus aku jamah. Lapar!

Kejadian semalam betul-betul buat hati aku rasa sakit. Dia betul-betul maksudkan. Aku patut berhenti. Sakit itu hanya tuhan yang tahu. Aku mengeluh kasar. Satu malam aku tak boleh tidur disebabkan kejadian tu.

Aku berfikir panjang.

"Huh! Lepasni nak buat apa ek?" Soal aku sendiri.

Telefon dicapai, nombor akak Zira aku dail.

"Halo! Sisturrrrr,"

"Assalammualaikum,"

"Waalaikumsalam, hehe!"

"Ada apa call adik akak sorang ni," kedengaran jelas ditelefon suara akak.

"Akak buat apa?" Soal aku.

"Masak," pendek sahaja jawapan dia.

"Meh lah datang sini, cuti kan?" Pelawa dia.

Senyuman terukir dibibir aku.

"Wait for me, i just have 30 minutes from now, akak jangan tak back up Ina kalau abang marah ekhh!" Almaklumlah muka aku jek asyik datang kat rumah dia. Kalau dah lepak dengan akak, berjam-jam.

"Ia akak tahu, dah akak yang ajak. Dah cepat,"

" Yahoo! Akak you are the bestlah. That's  why I love you more, haha! Ina siap sekarang."

Skip.

"Assalammualaikum," aku beri salam di pintu pagar hadapan sopan.

"Waalaikumsalam," Jawab akak sambil membukakan pintu.

" AMIE!!!!" Jeritan suara budak berumur nak masuk 5 tahun  memanggil aku dari dalam. Senyuman terukir di wajah apabila melihat budak itu datang ke arah aku dalam keadaan berlari.

"Ehhhhh jangan berlari Nur Sarah  Haziqah, nanti jatuh!" Teriak akak.

Nur Sarah Haziqah ataupun dekenali sebagai Ara itu merupakan anak sedara aku. Dia satu-satunya anak abang dengan akak. Tak tahulah kalau nak tambah lagi. Alhamdulillah!

"Why are you take so long to come back," petah dia berbahasa Inggeris.

" I'm really busy this weekend,honey. To much worked." Jawab aku.

"Let's go petang ni! Kita pergi ke taman, i'm pretty sure that you like it" Tambah aku lagi.

"Nice!" Aku dengan dia ber high five.

Pening kepala akak melihat telatah anak dia dengan aku ni. Macam budak-budak, umur dah 24 dah.

Skip

5.00 PM

"Bila sampai, Ina?" Abang menyoal aku. Dia baru sahaja balik dari kerja.

Jam aku pandang sekilas.

"Dalam pukul 2 lebih tadi, aku sampai." Dia mengangguk perlahan.

"So memandangkan kau dah balik ni, aku nak minta izin bawak anak sedara aku yang paling comel ni pergi taman. Boleh tak?" Alang-alang dah balik ni aku minta izin dengan dia dulu.

MRS HARRAZ! [ S1+S2 ]✔️Where stories live. Discover now