chapter 16 S2

3.5K 195 3
                                    

"Dr. Ina!" Aku tersenyum memandang Ami yang memanggil aku.

"Member!" Aku menyapa dia sambil mengangkat tangan.

"Weh! Jom duduk," dia menarik tangan aku. Aku hanya menggeleng kepala.

"Kau dah macam penguin aku tengok!" Kata aku selamba.

"Diam lah kau," dia memandang aku tajam.

"Tak sangka dah nak beranak kau, kalau baby aku still ada mesti sama baya dengan anak kau ngan Qaiser," aku menjuih bibir seraya mengambil tempat berhadapan Ami di kafeteria hospital.

"Eh mulut kau ni, aku tampar sat gi!" Ami mengerling aku tajam. "Dia tunggu kau dekat syurga tau," sambung Ami lagi.

"Yelah!" Aku mengangguk. Betul! Anak Amie tunggu dekat syurga!

"Apa cerita si tenuk sape tu?" Aku mengerutkan dahi.

"Alah tu si Farish tu!" Aku tergelak selepas Ami baru teringat siapa. Tenuk kau panggil.

"Kenapa dengan dia tu?" Tanya Ami. Dia paling pantang kalau orang kacau aku ni. So sweet lah member aku ni.

"Dia nak aku!" Aku berkata senafas.

"Kau dah cakap kan kau dah kahwin!" Aku mengangguk. Gila kau tak cakap! Memang perang besarlah aku dengan Harraz.

"Of course lah beb! Kalau aku tak cakap mahu seminggu Harraz tak nak cakap dengan aku."

"Kenapa ek dia tu, memang dah tak der perempuan lain ke sampai nak kena kebas bini orang!" Aku mengiyakan apa yang Ami cakap.

Betul lah tu,

"Kau cakap pasal dia panjang umur!"

"Mana?"Ami terus mencari kelibat farish.
Aku terus menjuih bibir ke arah lelaki yang baru bergerak masuk ke dalam hospital.

"Not bad," Ami mengangguk-angguk. Aku mengerutkan dahi.

"Tapi sayang, bodoh!" Setepek.

"Harraz lagi hensem!" Aku terus mengangguk laju.

"Betul lah tu, baby aku lagi ensem!" Ami menayang riak menyampah.

"Kau jangan bagi aku muntah, cukuplah aku menghadap morning sickeness tu." Terus meletus ketawa kami.

"Dia memang selalu datang sini?" Tanya Ami selepas kami membuat order.

"Entah, aku malas nak amik tahu. Aku dah tak ambil alih jadi doktor dia. Perangai macam setan!" Ami terus tergelak.

"Teruk sangat ke dia kejar kau?" Aku mengangguk.

"Dia happy aku gugur weh!" Ami terus membutang kan mata.

"Serius lah!"

"Ye weh, aku macam nak sepak muka dia tu."

"Kenapa tak sepak?" Ami geram.

"Eh behave, you pregnant! Aku tak nak dia ikut perangai hanat kau." Ami terus mengetap bibir kuat.

"Celaka kau!" Membulat mata aku.

"Woi aku cakap behave!" Dia menutup mulut dia bila sedar apa yang dia cakap. Aku menggelengkan kepala.

"Ni kalau Acap tahu ni, agak-agak apa reaction dia ek!" Aku menggaru dagu seolah berfikir.

"Kau jangan buat hal eh, aku ambik Ayra!" Aku tergelak.

"Asal kau nak ambik Ayra! Perut dah memboyot ada hati nak jaga anak aku yang baru nak melangkah tu." Ami menjeling Aku tajam.

MRS HARRAZ! [ S1+S2 ]✔️Where stories live. Discover now