Heures: part 2

31 8 3
                                    

Soul kembali setelah lama menghilang.
Sebelum itu, Soul nak minta maaf sebab tak dapat pub chapter baru. Sepuluh jariku susun untuk memohon maaf pada kalian agar tidak berkecil hati pada seketul manusia ini.

Jemput baca! Wuit! Jangan lupa vomment tau.

×××

WAKTU pelajaran terakhir adalah waktu yang paling digemari semua pelajar oleh kerana selepas tamat sahaja waktu itu, semua pelajar boleh dibenarkan pulang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WAKTU pelajaran terakhir adalah waktu yang paling digemari semua pelajar oleh kerana selepas tamat sahaja waktu itu, semua pelajar boleh dibenarkan pulang.

Tapi berlainan pula bagi si remaja muda yang bernama Jungkook.

Tiba sahaja waktu itu, wajahnya pasti berubah murung. Jika dia pulang ke rumah, berkemungkinan besar tubuhnya bakal menjadi mangsa appa melepaskan amarah. Bukan dia sahaja, kakaknya juga sama sepertinya.

Jungkook pulang ke rumah dengan perut yang berkeroncong. Sejak dari malam tadi, dia tidak menjamah apa-apa apatah lagi kakaknya. Di dalam fikirannya, hanya mengharapkan yang kakaknya telah makan.

Biarlah dia tidak menjamah apa-apa selagi tidak memudaratkan diri.

Duit saku yang diberi Junghae siang tadi tidak langsung diusik. Dia tidak mahu menyentuh duit itu kerana dia tahu appa mesti akan menanyakan dimana duit saku itu sekaligus mengambilnya untuk menjadi taruhan judi haram.

Pernah sekali Jungkook menggunakan duit saku tersebut untuk membeli sekeping roti akibat mengalami gastrik yang sangat teruk. Namun, pulang sahaja di rumah appa terus saja memukulnya menggunakan batang besi kerana menggunakan duit itu.

Walhal duit tersebut adalah pemberian Junghae dan bukan dari orang tua itu.

Tapi, apakan daya.

Jungkook tidak kuat untuk membalas dan menepis kembali segala serangan appa biarpun dirinya sudah berganjak 16 tahun.

Kadang-kala, dia juga benci diri sendiri kerana tidak mampu melawan orang tua itu. Dia pernah meminta permohonan untuk menyertai kelab taekwondo.

Tujuannya, ingin menjadi kuat agar dapat mempertahankan diri dari terkena serangan orang tua itu.

Namun, permohonannya ditolak mentah-mentah. Mereka mengatakan bahawa staminanya kurang baik.

Tapi, itu semua hanya helah mereka.

Mereka memang tidak mahu Jungkook menyertai kelab itu kerana merasakan Jungkook tidak mampu membiayai yuran ahli oleh kerana datang dari keluarga yang miskin.

Jungkook menggeleng kepala, cuba mengosongkan minda. Langit yang kian gelap, ditatap sejenak.

Memang selalu waktu sebegini Jungkook pulang ke rumah. Jika boleh, dia mahu saja pulang ke rumah selewat mungkin kerana tidak mahu menatap wajah appa yang bila-bila masa sahaja boleh bertukar raksasa yang akan memusnahkannya.

[ˢᵘ+ᵉᵈⁱᵗⁱⁿᵍ]ᴍᴀɢɪᴄ sʜᴏᴘ ᴊᵉ ᴍᵃ'ⁱᵐᵉWhere stories live. Discover now