Les Gants : part 1

60 25 12
                                    

LaylaKayreen dinanonino itsthetic daddieyoongi  imowlek  TEARYOONGS yourfayries

Jemput baca dan vote. Maafkan saya kerna hiatus terlalu lama.

•••


RAKSASA.

Itulah gelaran aku. Gelaran yang cukup mengatakan bahawa aku ini pemusnah kehidupan. Pemusnah segalanya.

Mengapa aku digelar begitu?

Ianya bermula dari aku dengan tidak sengaja merosakkan sesuatu sehingga meragut nyawa orang lain.

Nyawa siapa?

Nyawa adik perempuan aku. Nyawa dia terancam kerana aku. Selepas tragedi dahsyat itu berlaku, aku dibuang keluarga. Aku sedih, kerana aku disini keseorangan. Tiada kebahagiaan, hanya kekosongan dan kekecewaan yang memenuhi hidup ini.

Adik perempuan aku mati disebabkan gurauan aku. Aku tidak menyangka bahawa hanya gurauan sahaja boleh meragut nyawanya.







×××








AKU berjalan ke arah ruang tamu dan seperti biasa menonton televisyen. Remote control diambil, mata aku tidak beralih dari kaca televisyen. Aku terus duduk di atas sofa kulit yang empuk.

"Oppa! Play station 4 oppa rosak kena telan dengan tikus!" Kedengaran jeritan adik aku bergema di tingkat atas. Aku yang terkejut dengan apa dikatakannya tadi, terus ban-

Oh, tidak!

Punggung aku terlekat di atas sofa. Aku mengetap gigi. Ini pasti kerja budak tu!

"Kyung Min!!!"

"Ya saya? Kenapa? Ouh, punggung oppa dah tercium gam gajah rupanya." Dia berkata selamba.

"Sini kau!" Aku naik berang. Wajah aku bertukar merah. Dia hanya menjelir lidah ke arah aku lalu berlari ke atas.

"Siap kau! Aku akan kenakan kau lagi teruk lepas ni!"






+++








DETERGEN dituang di dalam bilik Kyung Min. Jam yang tergantung cantik di dinding aku lirik sekilas. Dia dah nak balik! Lebih baik aku langsaikan 'kerja' ini sebelum dia sampai.

Selesai sahaja 'kerja', terus aku beredar dari situ. Lebih baik aku keluar sekejap supaya perbuatan aku ini tak diketahui dia. Bijakkan aku?

Aku keluar sambil menghamburkan ketawa jahat. Suka lagi kenakan aku, sekarang biar aku kenakan kau pula Kyung Min.

"Minmin dah balik! Aiit? Tak ada orang? Mana oppa aku ni? Ish, lantak dialah nak pergi mana, bukan urusan aku pun."

Kyung Min mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Buka sahaja pintu bilik, dia terus masuk dan...

"Argghhh!"

[ˢᵘ+ᵉᵈⁱᵗⁱⁿᵍ]ᴍᴀɢɪᴄ sʜᴏᴘ ᴊᵉ ᴍᵃ'ⁱᵐᵉWhere stories live. Discover now