033☁️

472 102 3
                                    


"DAH lama ke awak kenal Jimin?" tanya Park Minji.

"Lama lah juga. Dari tahun pertama. Asal kau tanya?" Saera menjongketkan keningnya. Apahal perempuan ni tiba-tiba?

"Oh tak ada lah. So, i guess awak dah kenal dia sepenuhnya lah ni?"

"Maksud kau? Straight to the point please. Kau nak apa sebenarnya?" tanya Saera apabila setelah lama bersabar. Putar-belit betul minah depan dia ni bercakap. Rimas!

"Actually--"

"Saera!" Belum sempat Minji ingin memberitahu, seorang lelaki iaitu tak lain tak bukan, Park Jimin memanggil gadis itu lantang.

Jimin pula, apabila ternampak kelibat Saera di koridor kelas, terus lelaki itu menapak ke arah gadis itu. Tak kena timing betul!

'Haish mamat ni. Time time ni lah dia nak datangnya pun.' Desis hati kecil Saera.

Semakin lama, semakin hampir jarak Jimin dan Saera sehinggalah dia betul-betul berada di hadapan gadis itu.

"Huh, kau nak pergi mana?" tanya Jimin kepada gadis itu.

'TU JE DIA NAK TANYA?!' desis hati Ahn Saera lagi. Punyalah dia fikir ada apa tadi.

"Awak nampak saya nak pergi mana-mana ke?" Kening gadis itu dijongketkan sedikit.

"Eherm!" Park Minji sengaja berdehem keras setelah lama menjadi patung.

"Oh kau. Dah kenapa pindah sekolah? Kes apa pula kau buat kalini?" tanya Jimin kepada sepupunya itu.

"Tak berat pun. Seludup masuk bilik pengetua je." Balas gadis itu selamba.

Ahn Saera hanya mendengar perbualan dua sepupu itu. Malas mahu menyampuk. Sementara itu, kukunya dibelek-belek persis diva letops.

"Park Minji, ada apa-apa lagi kau nak cakap? Sembang dengan Jimin terus tak ingat aku dah? Tch." Ujar gadis itu, menyampah.

"Aku pun dah lupa apa aku nak cakap sebenarnya."

"Waste my time. Sst." Gadis itu berura-ura mahu pergi.

"Eh Saera. Tunggu." Saera hanya buat pekak. Menonong dia berjalan meninggalkan sepupu itu.

Seketika, dia berhenti. Sebelah tangannya diangkat ke udara.

"Adios, bitches." Itulah ayat terakhir yang diucapkan gadis itu sebelum meninggalkan Park Jimin dan Park Minji yang sudah tercengang itu.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

SAERA berjalan di sekeliling studio sekolah itu. Maklumlah, dia memang sukakan tempat yang sunyi. Selepas sahaja meninggalkan dua makhluk tadi, terus kakinya melangkah ke studio ini.

Satu-persatu gambar dibeleknya. Sehinggalah dia terdengar seseorang menyanyi perlahan. Pemilik suara husky tadi dicarinya.

Kim Taehyung.

Ya, lelaki itu yang menyanyi tadi sambil...melukis?

Kemudian, Saera membuat keputusan untuk menghampiri lelaki itu.

"Taehyung?" Tegur gadis itu.

"Mwo? Saera? Kau buat apa dekat sini?" tanya lelaki itu pula. Berkerut pelik dahinya memandang Saera.

"Aku suka duduk sini. Tenang. Kau pula?" tanya Saera kembali. Tiba-tiba, matanya tertancap pada lukisan yang terbentang di hadapan matanya. Gambar seorang gadis dari pandangan belakang.

"Wuuu awek kau eh?" usik Saera. Niatnya hanya untuk bergurau.

"Ya, itu girlfriend aku." Jawab lelaki itu. Senyuman hambar terukir pada ulas bibirnya. Gambar tersebut dielus lembut.

"Mana dia sekarang? Sekolah mana? Mesti dia lawa kan? Kau ada gambar dia?" Seperti peluru berpandu, gadis itu bertanya.

Seketika, Taehyung menyeluk poket blazer nya dan mengeluarkan beberapa keping polaroid. Polaroid-polaroid itu dihulur pada Saera.

 Polaroid-polaroid itu dihulur pada Saera

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Ya, dia lawa. Sangat-sangat. Dan...aku sayang dia sangat. Salah aku sebab lepaskan dia."

Saera terkedu. Kim Taehyung, terdapat cecair jernih mula mengalir keluar dari kelopak matanya. Tubir matanya berasa panas.

"Tae-taehyung. Kau kenapa ni? Ada masalah ke? Mind to share with me?" Tanya gadis itu takut-takut.

"She's dead."

Dua perkataan itu cukup membuatkan Saera terperanjat. Hampir sahaja polaroid itu terjatuh dari pegangannya.

"Boleh aku pinjam bahu kau?"

"Bo-boleh." Tanpa menunggu lagi, terus sahaja Taehyung menjatuhkan kepalanya pada bahu gadis itu. Segala yang terbuku di dalam hati ingin dilepaskan.

"Kau nak tahu, dia gadis paling kuat aku pernah jumpa. Aku berubah jadi setia kerana dia. Aku berhenti membuli kerana dia. Tapi dia, sanggup tinggalkan aku. Dia mati sebab aku. A-aku tak kuat, Saera." Saera terdiam tanpa suara. Tidak tahu mahu berkata apa.

"Tak apalah, bukan kau faham pun apa aku membebel ni. Thanks sebab pinjamkan bahu kau untuk aku. Satu je aku nak pesan, jaga Jimin baik-baik. Kisah silam kitaorang sama. Cumanya, perempuan aku mati dan perempuan dia masih bernyawa. Be careful. Jangan retakkan hati dia lagi, please."

Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Sejurus itu, Kim Taehyung terus mengatur langkah untuk keluar dari studio itu meninggalkan Saera yang masih termanggu.

"Jimin-ah... Apa lagi rahsia awak yang saya tak tahu?"

Disebalik pintu yang bertutup itu, sepasang mata dari tadi memerhati adegan itu.

"Tch, murah."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘

717 words

Omo omo ottokhae! Finally Liya update new chapter for Crush. Maaf sangat ii sebab dah lama tinggalkan ff ni tergantung. Serious Liya busy dengan exam, study and macam ii lagi.

Harap dengan update ni, dapat menceriakan hari readers. Enjoy reading and adios amigos!❤️✨

✓ Crush | PJMDonde viven las historias. Descúbrelo ahora