009☁️

645 151 39
                                    


Ding dong!

Tiada balasan.

Ding dong!

Kali ini, pintu pagar itu automatik terbuka. Kakinya melangkah masuk ke kawasan rumah agam itu. Mewah! Agak jakun dia memerhati sekeliling kawasan itu. Walaupun rumahnya juga semewah itu, dia tetap terpegun.

Tanpa sedar, Saera kini berada betul-betul di hadapan pintu rumah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tanpa sedar, Saera kini berada betul-betul di hadapan pintu rumah itu. Belum sempat dia ingin mengetuk, pintu itu terlebih dahulu dibuka dari dalam.

Tersembul wajah seketul Park Jimin.

"Masuklah." Ajak lelaki itu.

"Erm" Seperti tahu apa yang bermain di fikiran gadis itu, Jimin lantas menjawab.

"Jangan risau, anak saudara aku ada dekat dalam."

Sejurus itu, Jimin menarik lengan baju gadis itu untuk mengajaknya masuk.

"Besarnya rumah awak." Mata gadis itu melilau memandang sekeliling. Rumah lelaki itu sangat kemas dan bersih.

Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang budak lelaki yang sedang duduk di hadapan televisyen itu. Saera dan Jimin melabuhkan punggung pada sofa.

 Saera dan Jimin melabuhkan punggung pada sofa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Anak awak?" Seloroh gadis itu.

"Gila. Anak saudara aku lah." Tak semena-mena dahi gadis itu dijentik Jimin. Hilang sedikit rasa kekoknya.

Ahn Saera tertawa kecil. Saja dia ingin mengenakan lelaki itu.

"Omma awak mana?" tanya gadis itu lagi.

"Entah." Jawab lelaki itu, ringkas.

"Kenapa awak suruh saya datang?"

"Erm, kau boleh tolong aku jaga Jaehyun hari ni?" Tanya Jimin. Badannya terus dipusingkan menghadap gadis itu.

Saera terkedu. Jaraknya dengan Jimin sekarang boleh dikatakan agak rapat.

"Bo-boleh." Jawab gadis itu. Terselit juga gagapnya.

"Good."

Tiba-tiba, Jaehyun merengek. Kedua-dua manusia itu menggelabah.

Tanpa menunggu, terus Jimin mendukung anak kecil itu.

"Shhh. Jangan nangis." Pujuknya.

Saera pula hanya melihat.

"Awak macam bapa orang." Tanpa sedar, Saera berkata demikian.

Terjungkit alis kening lelaki itu dibuatnya.

"Oh ya. Lepas ni kita pergi mall. Aku nak beli makanan bayi untuk Jae."

"Okay."

"Erm, Jimin. Boleh saya nak cuba dukung Jaehyun?" Berhati-hati gadis itu cuba meminta.

"Boleh. Nah." Tanpa banyak kata, Jimin menyerahkan Park Jaehyun kepada gadis itu.

Saera teruja. Sememangnya gadis itu suka budak-budak. Lagi-lagi yang tembam macam Jaehyun ni.

"Hai Jae. Nama kakak, Saera." Walaupun tahu bahawa budak itu tidak mengerti, Saera tetap memperkenalkan dirinya.

"Eleh, cakap orang. Kau pun macam mak budak."

"Mana ada! Saya muda lagi okay!"

Dalam diam, Jimin tersenyum kecil melihat gadis itu melayan anak saudaranya.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

PARK JIMIN dan Ahn Saera masuk kedalam mall itu bersama si kecil Park Jaehyun. Aww macam happy family gitchew🙈

"Pergi masuk dulu. Aku ambil troli."

Tanpa berlengah, Saera membawa Jaehyun yang berada di dalam dukungannya itu masuk kedalam mall itu.

Kakinya diorak melangkah ke bahagian yang bertag baby foods.

"Jae nak makan yang mana? Perisa apa?" tanya gadis itu. Tangannya sibuk membelek makanan bayi yang terdapat di situ. Banyak sangat. Tak tahu nak pilih yang mana.

Tidak lama kemudian, Jimin datang bersama troli yang ditolaknya.

"Dah pilih?" Tanya lelaki itu.

"Saya tak tahu nak pilih yang mana." Jawab gadis itu.

Sedang mereka memilih makanan untuk si kecil Jaehyun, seseorang menegur mereka.

"Erm nak." Saera dan Jimin terus menoleh memandang ke arah seorang wanita lingkungan 40 an.

"Tadi dompet anak ni terjatuh. Mak cik kutipkan." Wanita itu menghulurkan dompet kulit milik Jimin itu.

"Terima kasih, mak cik." Ucap Jimin.

"Oh ya. Anak kamu berdua ke?" Tanya wanita itu.

"Eh, bukanlah mak cik. Saya dengan lelaki ni kawan je. Hehe." Saera menggosok belakang lehernya untuk menutup rasa malunya.

"Lah ye ke. Kamu berdua nampak sesuai macam suami isteri." Kata wanita itu lagi.

"Soon." Jawab Jimin selamba.

Wanita itu pula sudah ketawa kecil. Manakala seketul Ahn Saera masih blur dengan situasi tersebut.

"Kalau tiada apa-apa, mak cik pergi dulu. Semoga jodoh kamu berdua berkekalan." Ucap wanita itu.

Pemergian wanita itu dipandang dengan ekor mata mereka berdua.

"Apa maksud awak?" Tanya Saera.

"Nothing." Sejurus itu, Jimin mula fokus menolak trolinya ke rak-rak yang terdapat di situ untuk memilih makanan buat Jaehyun.

Saera pula ditinggalkan frust seorang diri kerana tidak mendapat jawapan seperti yang diinginkan.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘

635 words

Enjoy reading! Don't forget to vote!❤

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now