007☁️

636 153 17
                                    


"HISH! Bebal betullah Sir Lee tu. Ada ke dia suruh aku duduk luar kelas sampai habis waktu? Waktu dia dah lah 2 jam tau?! Lagipun aku mana dengar sia dia kata tak boleh berbincang." Rungut gadis itu seorang diri. Beg sekolahnya sudah dihumban di meja belajarnya.

"Arghh!! Sir Lee tak gunaaa!! Kalau Jimin lalu kelas aku tadi, malu tujuh keturunan aku dibuatnya." Lantas, mukanya ditekup pada bantalnya.

"Dahlah. Aku penat dengan dunia." Hahahaha acah la budak ni. Baru kena denda dah gini.

Saera bingkas bangun dan mencapai tuala pada penyangkut itu. Kakinya diatur menuju ke bilik air.

Kira-kira 30 minit kemudian,

"Huarghhh segar gila." Gadis itu melangkah ke almari pakaian nya.

Sweatshirt berwarna beige dan skinny jeans hitam dicapainya. Selepas ini, dia mahu ke 7-eleven untuk merestock ramennya.

Well, dalam banyak-banyak makanan, gadis itu tetap akan memilih ramen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Well, dalam banyak-banyak makanan, gadis itu tetap akan memilih ramen. Walau diberi pilihan beef stick dengan ramen, ramen tetap menjadi pilihannya.

"Omma, Saera pergi 7-eleven sekejap." Kata gadis itu sambil mengikat tali kasutnya.

"Okay, jangan balik lambat."

Saera menunjukkan simbol 'okey' dengan jarinya dan kemudian, dia melangkah keluar dari pagar rumahnya.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

RAMEN jjang, topokki, carbonara dan cheese diambil oleh gadis itu. Gila ramen betul! Tidak lupa juga, satu cup ramen topokki diambilnya.

Selepas membuat pembayaran, gadis itu melangkah ke arah water cooler yang terdapat didalam 7-eleven tersebut. Cup ramen itu diisinya air panas dan dibawa ke meja yang disediakan.

Sementara menunggu, instagram miliknya dibuka. Di scroll apps itu. Semua membosankan baginya.

Ramen miliknya itu diletakkan perencahnya. Digaul sehingga sebati dan ramen sedia untuk dilahap! Mehehehe.

Tanpa menunggu lama, gadis itu mula menghirup kuah ramennya. Fuh, nikmat!

Sedang dia melahap makanannya itu, mejanya didatangi seorang lelaki. I guess you know right who is the guy?

Ya, Kim Taehyung.

Ahn Saera tersedak memandang lelaki di hadapannya itu.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk! Awak buat apa dekat sini?" Tanya gadis itu. Terkejut dirinya apabila tiba-tiba ada lelaki duduk semeja dengannya.

"Saja. Ni public place kan? Ke tempat ni kau punya?" Terdapat sindiran dalam ayat lelaki itu

'Entah-entah dia datang dengan Jimin.' Desis hati gadis itu.

Tepat sangkaannya, matanya tertancap pada Jimin yang baru keluar dari 7-eleven itu bersama dua cup ramen cheese. Peminat ramen juga ke?

"Jimin! Sini!" Membulat mata Ahn Saera apabila Taehyung memanggil Jimin untuk datang kearahnya.

Dengan sepantas mungkin, Saera cuba menghabiskan ramennya.

"Uhuk! Uhuk! Air mana air?! Pedas huh huh pedaaassss." Nak mengelak dari Jimin punya pasal, dia menyumbat mulutnya dengan ramen. Sampai tersedak dibuatnya.

"Woi woi. Makan perlahan-lahan lah gila. Nak mati awal ke." Gelabah Taehyung dibuatnya apabila tiba-tiba sahaja gadis itu terbatuk kuat. Air mineral yang dibelinya tadi disuakan kepada Ahn Saera.

Saera meneguk air mineral itu rakus.

"Huh. Lega." Dadanya digosok untuk melegakan hatinya.

"Kenapa ni?" Park Jimin yang baru muncul itu tidak faham akan situasi yang baru sahaja terjadi. Kim Taehyung pula sudah tersenyum sinis kerana mendapat idea untuk mengenakan gadis itu.

"Takde. Tadi Saera ni tersedak bila nampak---nampak lelaki tu!" Belum sempat Taehyung menghabiskan ayatnya, Saera sudah mencantas serta menekup mulut lelaki itu dengan telapak tangannya.

Jimin memandang kearah yang ditunjukkan gadis itu. Terjongket keningnya. Apabila dia memandang kearah depannya kembali, gadis itu sudah tiada.

"Dah kenapa?"

Kim Taehyung pula sudah tersenyum lebar. Senyuman yang penuh dengan maksud tersirat.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘

546 words

Enjoy reading evelybody🥳🤟🏻

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now