010☁️

636 149 24
                                    


"YAH! Park Jimin! Apa awak buat ni?!"

"Apa?"

"Kenapa awak biar dia pegang botol susu tu sendiri. Nanti dia tersedak." Lantas gadis itu bangun menuju ke arah Park Jaehyun yang berada di atas sofa ruang tamu itu.

Botol susu itu diambil dan disuakan pada mulut anak kecil itu.

"Lain kali, jangan bagi dia pegang sendiri. Awak pegang kan lah untuk dia." Nasihat Saera. Jimin pula hanya menadah telinga mendengar kata-kata gadis itu.

"Kan aku dah kata, kau macam mak orang." Selamba lelaki itu membalas.

Ching!

Jelingan tajam diberikan kepada lelaki itu namun, apa dia kisah. Muehehe. Park Jimin kan. Lelaki itu hanya menayang muka selamba.

Tidak lama kemudian, terdengar dengkuran halus keluar dari dua ulas bibir anak kecil itu. Botol susu itu dialihkan.

"Jimin, saya angkat dia masui bilik dulu. Erm, bilik dia dekat mana?" tanya gadis itu.

"Letak je atas katil aku. Dia mana ada bilik. Ini bukan rumah dia pun."

"Bilik awak yang mana?" tanya gadis itu lagi.

"Ada nama aku dekat pintu. Carilah sendiri." Balas Jimin bersama poker face nya.

Ahn Saera pula hanya menahan sabar dengan perangai tak semenggah lelaki itu.

Sabar Saera, sabar. Crush kau tu.

Selepas menghadiahkan jelingan kepada lelaki itu, kakinya lantas diorakkan menaiki tangga satu persatu untuk ke bilik lelaki itu. Jaehyun yang berada di dalam dukungannya dipandang.

Suci bersih muka anak kecil itu. Pipinya pula sedikit gebu. Sama macam Jimin! Mochi mochi.

Pintu bilik bertag nama Jimin dicarinya. Apabila telah menjumpai, pintu bilik itu dipulasnya. Kakinya dibawa menapak ke dalam bilik itu.

Tidak seperti bilik lelaki. Bersih, kemas dan tersusun. Jimin memang seorang pembersih. Kagum gadis itu melihat rekaan elegant yang dikenakan pada bilik lelaki bernama Park Jimin itu.

 Kagum gadis itu melihat rekaan elegant yang dikenakan pada bilik lelaki bernama Park Jimin itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaehyun diletakkan di atas katil milik lelaki dingin itu. Bantal-bantal disusun untuk dijadikan penghadang supaya anak kecil itu tidak terjatuh.

Setelah selesai, kakinya dibawa pula menjelajah bilik itu. Meja belajar lelaki itu dituju.

Terdapat banyak buku-buku belajar lelaki itu. Tidak ketinggalan juga buku nota. Namun, satu buku yang tertulis 'my candy' di kulit hadapannya menarik perhatian gadis itu.

Baru sahaja buku itu ingin dicapainya, Park Jimin naik kebiliknya apabila merasakan gadis itu terlalu lama di atas. Entah apa yang dibuatnya.

"Jangan usik." Kata lelaki itu, dingin.

"Ma-maafkan saya. Saya tak ada niat nak sentuh barang awak. Saya turun dulu." Tanpa menunggu jawapan lelaki itu, Ahn Saera turun ke ruang tamu rumah itu.

Diikuti dengan Park Jimin. Mata gadis itu dielakkan untuk bertembung dengan lelaki itu. Fuh, seram. Walaupun sedikit sebanyak dia rapat dengan lelaki itu, tidak bermakna dia tidak takut.

Melihat Ahn Saera yang mula termenung itu, Jimin membuat keputusan untuk menegurnya.

"Bosan?" tanya lelaki itu.

"Erm."

"Nak tengok movie?" Pelawa Jimin kepada gadis itu.

"Movie apa?"

"Aku banyak movie horror dengan thriller je. No romance. Pilihlah dekat dalam laci tu." Kata lelaki itu. Bibirnya dijuihkan ke arah laci yang dimaksudkannya.

"Erm bo-bolehlah."

"Kau takut, huh?" Provok lelaki itu, sengaja.

"Ma-mana ada lah!" Ahn Saera membawa langkahnya ke almari yang dikatakan oleh Jimin. Pelbagai movie ada didalam laci itu. Tapi, semuanya genre thriller dengan horror.

Ee, dia dah lah penakut.

Akhirnya, setelah lama membuat pilihan, cd bertajuk Annabelle itu diambilnya. Movie itu sahaja yang nampak tidak menyeramkan baginya. Dia tidak suka thriller, sebab dia takut darah.

Jadi, nak tak nak, horror juga dipilihnya.

"Ni boleh?" Tanya gadis itu seraya menunjukkan cd itu kepada Jimin.

Terjungkit kening lelaki itu dibuatnya.

"Kau ni budak-budak ke? Tsk." Jimin melangkah ke hadapan televisyen untuk memasang cd itu.

Kemudian, dia kembali menghenyakkan punggungnya di sofa. Bersebelahan Ahn Saera.

Cerita itu mula ditayangkan. Awal-awal lagi, Saera sudah menggenggam bantal kusyen untuk menutup wajahnya sekiranya wajah annabelle itu keluar.

"Tch. Pengecut." Gumam lelaki di sebelahnya.

"HUWARGHHH KENAPA BANYAK JUMPSCARE!"

"JIMIN, SAYA TAKUT!"

Pelbagai rengekan dan jeritan keluar dari mulut gadis itu. Tidak betah lagi, Jimin bangun dan mematikan tv. Lampu juga turut dibuka.

"Huh, huh." Gadis itu cuba untuk mencari nafas. Sumpah lepas ni dia tak akan tengok horror movie lagi. Ini kali terakhir.

"Kau ni. Kalau Jaehyun bangun nanti, semua salah kau." Kata Jimin tiba-tiba.

"Eh, awak yang ajak saya tengok. Salah awaklah!" Balas si gadis.

"Jerit macam orang hilang anak." Gumam lelaki itu.

"Saya dengar okay."

"Memang aku nak bagi kau dengar pun."

Tiba-tiba,

Klek!

Pintu utama rumah itu dikuak dari luar.

"HUWARGH JIMIN! ANNABELLE TU DATANG RUMAH AWAK KE?!"

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘

723 words

Hehe actually watak Saera ni kasar sikit tapi still ada soft dia as a girl😉 Enjoy reading guys!🥳💜

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now