028☁️

521 117 25
                                    


AHN Saera hanya memandang kelibat Jimin yang seharian tidak menegurnya. Mengapa? Lelaki itu telah bosankah?

"Haih." Gadis itu mengeluh berat. Bangs nya diraup kebelakang. Kemudian, gadis itu melangkah menghampiri Jimin yang sedang bersembang dengan Taehyung di loker milik lelaki itu.

Apabila sudah semakin hampir, Jimin masih tidak menyedari kehadiran gadis itu. Namun, tidak bagi Taehyung. Saera memberi isyarat kepada lelaki itu supaya chau.

"Jimin, aku pergi dulu. Nanti jumpa dekat kelas. Cau." Pamit lelaki itu.

Sebaik sahaja Taehyung pergi dari kawasan loker, kini hanya tinggal mereka berdua, atau lebih tepat lagi Saera dan Jimin.

"Ehem ehem." Gadis itu membetulkan pita suaranya. Jimin menoleh sekilas namun dia tidak memberikan sebarang reaksi.

"Jimin." Saera bersuara.

".."

"Yah, Jimin-ssi!"

".."

"Sakai la lelaki ni. Aku hempuk kang sia-sia hidup." Gumam Saera perlahan namun kedengaran jelas pada halwa telinga Jimin.

"Puas dah kutuk aku?" Tanya Jimin setelah agak lama berdiam diri.

"Eh mana ada. Memandai je."

"Nak apa jumpa aku? Pergilah dating dengan Jungkook kau tu. Tch." Ujar lelaki itu berbaur cemburu.

"Eh buat apa saya nak-- kejap. Awak jealous ke ni Jimin-ssi?" Jari telunjuk gadis itu dimainkan dihadapan wajah Jimin.

"Gila ke?" Lantas jari itu ditepis. Menonong saja lelaki jalan meninggalkan Saera seorang diri.

Saera apa lagi, dikejar lelaki itu sekuat hati.

"Jimin, janganlah jealous!"

".."

"Jimin-ssi!"

".."

Saera mengetap bibir apabila percakapannya tidak berbalas.

KRING!

"Alah, loceng dah berbunyi pula. Nanti balik saya sambung pujuk awak! Bye Jimin-ssi!"

Dalam diam, Jimin tersenyum melihat telatah keanak-anakkan gadis itu. Ada-ada je.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"MACAM mana? Kau dah berbaik dengan Jimin ke?" Lengan gadis itu disenggol oleh orang sebelahnya. Tak lain tak bukan, Nara lah.

Mendengar pertanyaan itu, Saera tersenyum kecil. Jimin jealous jsjsjsjs.

"Hah? Mana ada gaduh. Okay je lah." Jawab gadis itu.

"Ye lah tu kau."

"Iyeee. Tak percaya pergi lah tanya si Jimin. Crush aku tu, baik orangnya."

"Amboi. Melambung kau puji dia eh?"

"Mana ada melambung. Statik je ni hah."

"Loyar buruk." Nara menayang poker face miliknya.

"Kat belakang tu sembang apa?! Ahn Saera, sini jawab soalan algebra ni." Arah Sir Baek.

"Alah Sir! Kenapa Nara tak kena? Dia pun bersembang dengan saya." Gadis itu berani menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

"Jangan di mention aku la halah halah si bodoh ni." Nara disebelah sudah mengucap seribu kali. Tak guna punya kawan baik.

"Saya panggil kamu, kamulah! Jangan libatkan orang lain." Balas cikgu muda itu pula.

"Eleh, saya tahulah saya student kesayangan Sir. Tapi janganlah setiap kali kelas asyik panggil saya. Macam saya je yang wujud dalam kelas ni. Benci ar." Bebel gadis sambil melangkah ke hadapan kelas. Kini, seisi kelas menghamburkan tawa.

Terhibur dengan sikap gadis itu. Sesungguhnya, Saera sorang sahaja yang berani bersuara kalau dengan Si Baek. Yang lain, semua kecut perut.

"Buat yang ini."

"Alah! Ni saya tak tahu!" Rungut gadis itu.

"Ahn Saera!"

"Ehe, sorry Sir. Saya cuba, saya cuba."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"JIMIN-SSI!" Nama lelaki itu dilaung. Tidaklah kuat mana. Tetapi cukup membuatkan Jimin sedar akan kehadirannya.

Ahn Saera berlari selaju mungkin untuk menyamai langkah lelaki itu.

"Awak balik jalan kaki ke?" tanya gadis itu.

"Tak. Omma aku ambil. Asal?"

"Oh tak ada apa. Saja tanya." Gadis itu tersenyuman menampakkan barisan giginya.

"Yah, noona!" Jimin dan Saera menoleh kearah suara itu.

Jeon Jungkook.

"Nak apa kau?" tanya Saera malas. Kacau je dia nak pujuk Jimin. Dah lah Jimin merajuk sebab jealous dengan renab ni. Ecehh.

"Kata nak balik dengan aku. Ppaliwa (cepatlah)." Jungkook memandang Saera. Saera pula memandang Jimin. Jimin selamba menayang poker face.

"Eo, hyung! Hyung boyfriend minah ni ke? Kalau ya, malang betul nasib hyung."

"Asal pula?" tanya Jimin.

"Minah ni, dah lah pemalas. Memasak tak reti, tidur je dia tahu. Kemas rumah pun--"

"Diamlah renab!" Sebelum Jungkook melalut lagi, Saera lantas menekup mulut lelaki itu.

"Jangan percaya cakap dia. Andwae, andwae."

Seperti biasa, Jimin hanya menayangkan riak selamba. Tidak kisah pun.

"Aish! Jom lah balik cepat! Bye, hyung!" Tanpa menunggu lebih lama, Jungkook menarik beg Saera sehingga gadis itu terdorong untuk mengikutinya.

"Eh apa ni tarik-tarik! Ah, bye Jimin-ssi!"

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
  ⸙: ✰   𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝    ❀ ⋆
└─────────────────┘

667 words

Double update! Chapter yang membosankan. Enjoy reading guys✨🐒

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now