t w e l v e

117 28 10
                                    

『 ► now on air : the hidden medusa 』

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

now on air : the hidden medusa

If I love you was a promise,

would you break it if you're honest?









































Langkah disusun laju, ke arah mana dia sendiri tak pasti. Janji dia hilang dari pandangan Putera Mahkota, itu pun dah cukup.

"Andrea, cubalah buka hati kau untuk terima aku! Aku ikhlas cintakan kau!"

"Tak. Tuanku penipu! Patik tak mampu buka pintu hati untuk terima penipu macam tuanku!"

Pintu ditutup rapat. Andrea menghela nafas lega. Dia membawa diri ke bilik air sebelum jatuh tergelincir dek lantai yang licin. "A-ahh... sakit.." darah mula memenuhi lantai. Matanya tertutup.

✦ˠ✦

Jungkook mendengus dan menumbuk dinding bilik sepenuh hati buat melepaskan geram. Kali ini Andrea betul-betul dah melampau, fikirnya. Sungguh dia tak sangka gadis itu benar-benar sanggup gugurkan bayi tak berdosa hanya kerana benci akan dirinya.

Jeon Jungkook murka!

Putera berhati beku itu terus menuju ke kamar Andrea. Pintu dihempas kuat, terbuka kelopak mata yang tadi sedang tertutup. Degupan jantung mula berdetak dengan irama berlainan. "T-tuanku."

"Sanggup kau, kan? Sanggup kau gugurkan anak tu?!" suara Jungkook meninggi, Andrea yang turut hiba dengan kehilangan kandungannya menggeleng laju. Tangan Jungkook diraih namun pantas sahaja dia menepis. "P-patik tak berniat, t-tuanku."

"Tak berniat kau cakap?! Habis apa yang kau cakap tempoh hari? SAMPAH?!"

Rambut Andrea direntap kasar hingga gadis itu meringis sakit. Air mata mula gugur membasahi pipi. "T-tuanku, sakit.. lepaskan patik."

"Kenapa kau tergamak buang bayi tu, Andrea King? Kenapa? Sebab kau bencikan aku? Kau nak aku jauhi kau jadi kau gugurkan anak tu. Macam tu?!"

Dari luar seseorang tersenyum sinis dan berlalu pergi.

"Jeon Jungkook! Sudahlah!" tangan Jungkook ditampar kuat agar rambutnya dilepaskan. Mujur Jungkook melepaskannya sebelum kulit kepalanya tercabut dek rentapan yang terlalu kuat. "Kejam. Kau kejam, Andrea King." Andrea meraup rambut, pasrah. Riak dingin bercampur bengang Jungkook dipandang dengan linangan air mata.

"See? Awak tak percayakan saya. Apa bukti awak cintakan saya sepenuh hati, Putera Mahkota Jeon?"

Jungkook menggetap gigi dan terus keluar. Pintu dihempas dan dikunci dari luar. Matanya membulat, Andrea laju berlari dan memulas tombol pintu. Pintu diketuk kuat. "Jungkook?! Jungkook, jangan buat saya macam ni! Jeon Jungkook!"

Putera mahkota itu menundukkan wajah lalu meraup rambut ke belakang. Panggilan Andrea dari dalam tidak diendahkan. Jungkook berjalan pergi.

Anak gadis King terkelu tatkala panggilannya tidak disahut. Dia jatuh terduduk di atas lantai. Air mata jatuh sekali lagi. "I'm weak when I'm alone.."

✦ˠ✦

Lilith melangkah masuk dengan wajah kosong tanpa riak. Tiada secalit senyuman di bibirnya. "Lady, jemput makan bubur ni." Dayang itu membungkuk dan keluar. Pintu dikunci. Andrea memandang mangkuk bubur yang terletak di atas meja bulatnya yang penuh dengan buku.

Andrea mencapai buku berkulit merah. Debu-debu di kulitnya dibersihkan, helaian pertama dibuka.

For those who read this book, I hope you will your true love.

Bibirnya merekahkan senyuman kecil, Andrea membuka helaian yang penjurunya dilipat.

truelove [ troo-luhv ]

noun

1 a sweetheart; a truly loving or loved person.

Sebuah kertas kecil berwarna putih yang terselit dicelahnya diambil dan dibuka.

truelove

noun

1 jimin's love towards andrea.

"You have to be strong for yourself."

✦ˠ✦

Pintu terbuka, seorang pengawal melangkah masuk dan mencari kelibat Andrea. "Lady King? Lady-" Andrea yang bersembunyi di balik pintu mencucuk sebilah pisau kecil tepat pada leher pengawal berwajah bengis itu. Pisau itu ditusuk dalam dan mulut pengawal itu ditutup dengan kain.

Setelah memastikan pengawal itu tidak bernyawa lagi, Andrea menutup pintu dan menguncinya. Kain hitam yang disorok di dalam poket dikeluarkan lalu diikat, menutup separuh wajahnya. Kunci disimpan di dalam poket.

Senyap Andrea menyusup ke kurungan bawah tanah. Para pengawal yang cuba menghalang perjalanannya dipengsankan dengan sapu tangan yang digunakan awal-awal tadi.

Kunci kurungan dicuri.

"General. General Kim. General Kim Taehyung, bangun!"

Mata digosok-gosok, pandangannya jatuh ke arah Andrea yang sedang berdiri di pintu. "Cepatlah! Kita tak banyak masa!" Taehyung kemudiannya bangun dengan segera dan pintu kurungan berjaya dibuka. "Apa kau buat ni, Andrea?"

"Let's run away. Jom cepat!" tangan Taehyung ditarik, mereka berlari ke bangsal Haru. Taehyung yang masih terkebil-kebil itu disepuk dengan beg. "Apa awak ni. Cepatlah. Kita kena pergi jauh dari sini. Sejauh yang boleh."

Mereka berdua menaiki Haru dan kuda putih itu mula berlari dari perkarangan istana, jauh melepasi hutan Keitha.

"ARE YOU FCKING KIDDING ME? BOTH OF THEM GONE?!"

Lorcan, Macaria dan Jungkook tersandar. Masing-masing terkejut dengan tindakan berani mati dua manusia itu. Bahkan Andrea telah membunuh seseorang untuk melarikan diri.

"Find them! Cari sampai lubang cacing and bring me their heads!"

❚❚ to be continued : the hidden medusa

edited - 061921

✓ medusa | kth.Where stories live. Discover now