e l e v e n

124 30 9
                                    

『 ► now on air : the hidden medusa 』

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

now on air : the hidden medusa

"STOP!"

Hampir sahaja Andrea berlari dan menyelamatkan Avyanna, namun badannya telah ditahan dan dipegang dengan kasar oleh dua orang pengawal berjubah hitam. Air mata jatuh mencurah-curah, jeritan dan raungannya tiada siapa yang pedulikan.

Avyanna turut menitiskan air mata. Bukan gerun dengan hukuman tapi benci akan diri sendiri kerana tidak mampu menepati janji yang telah dipateri dengan Park Jimin.

"Saya m-minta maaf, lady.." lirih dia bersuara, langsung tidak berani mengangkat wajah dan memandang Andrea. "A-avyanna.. Avyanna.. tolong, j-jangan bunuh dia.."

Lorcan dan Macaria tersenyum sumbing. Seorang lagi menjadi mangsa.

Mata dipejam, Andrea tak sanggup melihat situasi mengerikan itu. Ia bagaikan mimpi ngeri yang menghantui diri. Ekor mata Jungkook teralih ke arah Andrea. Ingin sahaja dia membawa pergi gadis itu dari. Sepatutnya Andrea tak patut menonton semuanya.

Ia sepatutnya dirahsiakan. Hanya beberapa orang yang akan menyelesaikan hal tersebut tapi entah kenapa, Raja Jeon memanggil seisi istana menyaksikan detik-detik terakhir seorang dayang muda bernama Avyanna Seirdo.

Tangan pengawal-pengawal itu ditepis kasar, Jungkook terus membawa Andrea pergi tanpa teragak-agak. Setelah lama berdiam diri gadis itu menarik tangan dari genggaman si putera mahkota. "Untuk apa semua tu? Sengaja nak punahkan lagi hidup saya yang dah hancur ni, tuanku?" soalnya dengan getaran, menahan tangisan.

Jungkook berdiam diri dan memandang ke arah lain. Andrea dibawa ke sebuah lautan yang jauh dari kota Ruthenia. Hanya dipenuhi pohon hijau dan deru laut yang menenangkan.

"Tenangkan hati kau. Buat aku macam halimunan."

Andrea melangkah sendiri dan duduk di atas gaung. Nafas dihirupkan sedalam-dalamnya, matanya dipejam rapat.

"Putera Mahkota Jeon Jungkook memang sampah! SAMPAH! BASTARD! ARGH!" laungnya kuat melepaskan segala rasa yang menjeruk dalam diri sendiri. Jungkook menggetap gigi dan perlahan, menghela nafas berat. Punggung dilabuhkan di sisi gadis itu.

Bahu Andrea direngkuh, kepalanya dibawa ke dada.

"Lega?"

Walau agak pelik dan tertanya-tanya dengan kebaikan putera mahkota saat itu, Andrea hanya menurut. Kepala diangguk perlahan. "Sikit." Mata mereka berdua jatuh memerhatikan laut nan membiru, tak ubah seperti iris biru laut Jungkook. Melemaskan. "Kenapa tuanku bawa patik ke sini? M-majlis tadi-"

✓ medusa | kth.Where stories live. Discover now