Aidil Adha

43 4 0
                                    

Selesai solat sunat Aidiladha dan bertakbir raya mereka mengalas perut dengan juadah nasi minyak dan ketupat palas bersama rendang.

Kemudian aktiviti menyembelih haiwan korban pun bermula. Aktiviti melapah daging dan membungkus daging berjalan lancar. Enam ekor lembu siap di proses dengan kerjasama orang ramai. Selesai mengagihkan daging, kambing untuk akikah mula disembelih golong wanita mula sibuk menyiapkan hidangan tahlil pada malam ini.

Selesai tahlil dan kenduri kesyukuran tetamu di jamu dengan nasi putih pajeri terung, kari kambing, ayam berempah dan telur masin.

Dalam keriuhan itu si ibu tetap menanti kepulangan seorang anak.

Nenek panggil Syahirah. Lalu memeluk tubuh si nenek.

Ya. Kamu dah makan.

Belum Ira tunggu nenek.

Kenapa tak makan nanti perut masuk angin. Pergi makan cu.

Nenek tunggu Pak Su ke?

Mungkin dia sibuk. Atau pulang ke rumah mertuanya.

Betul tu nek. Mari kita makan. Nanti lewat malam tak elok. Pujuk Ira.

Baiklah.
____________________________________
Pagi ini oleh kerana semua kepenatan dan hari jumaat mereka semua sepakat untuk berehat sahaja di rumah.

Sambil membersih kawasan rumah nenek Faridah.

Manakala esok mereka sepakat ke dusun untuk mandi sungai.

Ira menyediakan sarapan pagi yang ditempah dari kedai pak Badar. Roti canai bersama kuah kari kambing, terdapat juga nasi lemak dia menggoreng Ayamas yang di beli beberapa hari yang lalu untuk dimakan dengan nasi goreng kampung. Air kopi dan teh tarik turut disediakan.

Petang itu selepas solat asar akhirnya orang yang dinanti oleh sang ibu akhirnya tiba. Syamsul datang bersama anak tunggalnya Sofia.

Kak Ira Sofia nak buah jambu dan jagung. Mama suruh ambil. Arah Sofia kepada Ira. Bagaimana si ibu begitulah dengan anaknya hanya pandai meminta dan memberi arahan.

Kalau Sofia nak boleh tapi ada syaratnya. Sofia kena makan nasi dengan nenek dulu kalau tidak kak Ira tak nak bagi.

Ok lah, tapi makan spaghetti aglio sahaja tau kalau tak ada Sofia tak nak makan.

Syamsul tidak rapat dengan keluarga ustaz Zul. Sejak daripada awal abang dan kakak iparnya berkahwin. Jika bertemu mereka hanya berbasi-basi saja. Ustaz dengan orang bisnes mana boleh berjalan sama.

Nasiblah bibik Yani sudi memasak spaghetti aglio untuk si Sofia dapatlah Ira ke kebun mengambil jambu dan jagung juga sedikit sayuran.

Sejak bila mak ada bibik? Patutlah aku mintak pinjam duit kata tak ada. Marah si Syamsul.

Sapa kata itu bibik mak. Itu Yani bibik Dato' Harun papa si Haris cikgu yang sewa rumah abang kamu tu.

Apa Dato'? Mana dia mak?

Dia pergi ke rumah imam Solleh tadi belum balik lagi. Imam Solleh tu kawan satu sekolah dia dulu. Dah lama tak jumpa itu yang dia pergi ziarah.

Aku nak tunggu dia balik. Untung-untung dapat projek.

Projek apa Syamsul? Kamu jangan nak mengarut jangan nak malu kan mak ini kes kamu dengan si ah tong tu macam mana? Sanggup kamu guna nama mak tipu sana sini.

Mak kau ni dengan aku semuanya salah. Kalau arwah abang ada dia aje yang betul. Aku ni semua salah. Itu salah ini salah. Aku cuma jaga hak aku salah ke?

Tak baik menipu. Allah tak suka Syamsul. Mana budi bicara kamu yang dulu sekarang beraku engkau dengan mak sendiri.

Bising lah. Aku balik bukan nak dengar kau berleter mak. Dah la aku nak balik. Mana daging untuk aku? Sayur dengan buah yang anak aku mintak mana? Tanya Syamsul.

Tunggulah sekejap si Ira ke kebun tu. Lama jugak nak kutip tu.

Malam itu Syamsul dan keluarganya bermalam di rumah nenek Faridah. Gara-gara ingin bertemu dengan Dato Harun. Tapi malangnya tidak berjaya. Kerana Dato' Harun ada undangan dari salah seorang kawan sekolah mereka yang lama tidak ketemu.

Orang LuarWhere stories live. Discover now