New life

47 3 0
                                    

Cik Robiah jangan lupakan kami ye. Pesan Kalsom dan beberapa kenalan cik Robiah di bangunan flat itu.

Insyaallah.. aku takkan lupakan korang. Aku mintak maaf kalau ada salah dan silap sepanjang kita berjiran. Kata cik Robiah.

Mulai sekarang mereka akan tinggal di rumah baru yang dibeli oleh Rayyan. Rumah dua tingkat berhampiran dengan pejabat Tuan haji Iskandar dan kedai buku milik keluarga Dato' Harun.

Nana kini telah ditukarkan bekerja dibawah Dato' Harun. Dia ditugaskan menjaga aset bangunan dan sewa beli syarikat Dato' Harun.

Berhampiran dengan pejabat pejabat terdapat medan rakyat yang menempatkan perniagaan kecil-kecilan. Cik Robiah kini berniaga di situ dia tak perlu lagi berpanas berhujan di tepi jalan untuk berniaga. Produk yang dijual adalah kuih-muih tradisional dan kuih jenis sejuk beku. Kuih-muih tradisional diambil dari kak Eton. Manakala kuih jenis sejuk beku dibuat sendiri atau diambil dari cik Salmah mama kepada Juneena dan kawan-kawan yang tinggal di flat lama kediamannya dulu. Terdapat juga sos, perencah masak, kuah rojak yang diusahakan oleh kawan-kawan cik Robiah digabungkan dengan buah-buahan seperti jambu batu, jambu air, tembikai susu, betik dan mangga yang diborong dari kebun buah Syahirah. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan.

Pulang dari kerja Nana seperti biasa mengadap pokok bunga yang ditanamnya.

Cik Robiah pulak seharian dia di kedai dia akan singgah membeli sedikit makan untuk disedekahkan kepada gelanggang, dia akan memandu kereta kancil kesayangan ke mana-mana, dia memang mempunyai kereta kancil sebelum  dia berkahwin lagi. Kereta itu adalah harta kesayangannya. Ke mana sahaja dia pergi tentu dengan kereta itu. Bukan Rayyan tak menawarkan kereta baru untuknya tapi ditolak katanya banyak jasa kereta itu pada dirinya.

Sebelum azan maghrib cik Robiah tiba di rumah. Seperti biasa Nana telah siap menyediakan juadah makan malam. Sejak mempunyai menantu memang jarang sekali dia memasak. Air tangan menantunya boleh tahan sedapnya tengok badan Rayyan sahajalah dah boleh bersaing dengan si max. Nana pun sejak tinggal bersama kini dah berbadan dua.

Nana mak nak tanya ada tak kat kampung Tanjung batu tu. Seorang perempuan nama Faridah? Soal cik Robiah.

Tak adalah mak, tapi arwah nenek Faridah adalah dia tu nenek pada Puan Ira boss Nana dulu. Tapi dia dah meninggal dunia dekat 2tahun lebih. Jawab Nana.

Kenapa mak? Macam ada cerita best je tak nak Cite kat Yan ke? Tanya Rayyan.

Mak singgah kat tempat biasa mak bagi gelanggang makan tu dah seminggu dua ni ada seorang perempuan ni mak tak pasti dia sakit jiwa ke tak. Kadang-kadang mak pergi dia ok, kadangkala dia asyik sebut dia mintak maaf pada mak dia.

Kalau nama Faridah tu yang Nana tau cuma arwah nenek Faridah saja mak. Tapi anak dia cuma dua orang setahu Nana. Pak Su Syamsul dan Shahid ayah pada Puan Ira. Kata Nana

Mak tak tanya ke orang-orang kat situ asal perempuan tu? Kot-kot ada yang tahu. Tanya Rayyan.

Ada jugak orang-orang kat sekeliling tu tanya katanya dia ni dulu pernah jadi bisnes woman tapi kena saman dengan pelanggan dia sebab produk ada bahan kimia yang merbahaya. Lepas tu dia bercerai dengan suami pertamanya. Kemudian dia kahwin dengan seorang Dato' jadi isteri kedua. Mertua dengan anak-anak isteri pertama tak suka dia sebab mata duitan. Jadi pergaduhan antara mereka. Selepas kematian suaminya anak-anak tirinya halau dia dari rumah.

Macam pernah dengar cerita ni..

Orang LuarWhere stories live. Discover now