Sekeluarga

43 5 0
                                    

Kelapa baby dah keluar nurse sediakan kain.

Weekkkk... Tangisan bayi pertama keluar.

Berat 2.5 doktor. Jantina lelaki.

Sayang anak pertama kita dah selamat lahir. Terima kasih sayang..

Abang..

Sabar ye Puan, anak puan yang dua ni pun dah tunjuk kepala.. dengan bilangan 1, 2 ,3 puan teran.. arah doktor

1, 2,. 3.... Arkkkkkk....

Weekkkk..

Alhamdulillah.. terima kasih sayang..

Berat 2.2 bayi perempuan..

Abang, nak kita. 

Ye sayang abang ada ni itu nurse bawa anak kita.

Assalammualaikum mama, papa...

Ini bayi Puan. Bergelang biru ni lelaki dan bergelang pink ni adik.

Abang. Terima kasih nurse.

Subhanallah.. terima kasih Ya Allah.

***

Nana macam mana dengan menantu saya soal Dato' Harun.

Puan Ira masih didalam Dato. Encik Haris ada didalam temankan Puan Ira. Jawab Nana.

Itu lampu bilik bersalin dah terpadam.

Selesai dibersihkan ke-dua bayi itu selamat di azan dan iqamat oleh Haris. Dua orang nurse keluar sambil menolak troli bayi. Haris pula membantu isterinya menukar pakaian yang lebih bersih setelah selesai baru katil ditolak keluar oleh dua orang nurse. Dia pun mengikut keluar bersama nurse.

Itu puan Ira dan Tuan Haris. Kata Nana.

Haris.

Papa, mama.

Macam mana?

Haris betul insaf papa bila tengok macam mana Ira lahirkan anak-anak kami tadi. Mama Haris mintak maaf kalau selama ni Haris berkasar dengan mama tak terbalas jasa mama mengandung dan melahirkan Haris. Kata Haris sambil menyalami tangan datin Diana.

Haris mama dah maafkan semua kesalahan Haris papa mama. Haris anak yang sangat baik nak. Balas mama Haris.

Angah, June terima kasih sebab datang. Nana thanks banyak sangat awak bantu saya hari ni.

Baik Tuan.

Nurse dah hantar Ira kat wad dia jom ikut Haris.

Hanya seorang waris keluarga yang diberikan untuk menjaga pesakit didalam kata nurse. Selepas 4 atau 6 jam baru pesakit dibenarkan untuk di lawati.

Nana saya rasa awak boleh balik berehat dah berapa hari awak jaga isteri saya. Esok pagi sahaja awak datang melawat. Puan Ira dah di masukkan ke wad jadi biar saya sahaja yang jaga dia malam ni awak balik berehat. Kata Haris.

Baik Tuan Haris. Ini barang keperluan Puan Ira saya dah siap sediakan, beg satu lagi ni saya ambil tadi didalam kereta Tuan atas pesanan Puan Ira, dia kata ini beg keperluan bayi takut Tuan terlupa. Ini kunci kereta Tuan. Kata Nana.

Ya Allah, nasib baik awak ingat memang saya betul-betul dah terlupa. Terima kasih Nana. Awak boleh balik rehat dulu. Buat masa ni awak guna sahaja kereta isteri saya. Arah Haris.

Baik Tuan, saya balik dulu sampai kan salam saya pada Puan. Jawab Nana.

Nana, kamu balik dengan apa? Tanya Dato' Harun.

Saya ambil grab sahaja Dato' dah nak masuk waktu maghrib ni. Jawab Nana.

Balik dengan saya. Lagipun dekat je jalan ke apartment Haris tu. Kami pun bukan boleh nak melawat. Balas Dato' Harun.

Orang LuarWhere stories live. Discover now