Nana dan Rayyan

38 4 0
                                    

Kenalkan pakcik, makcik ini mak saya nama dia Robiah. Kata Rayyan.

Apa khabar Robiah? Nama saya Naila dan ini suami saya Nordin ucap mak Naila.

Alhamdulillah baik, cantik ye laman rumah Naila. Macam tanam bunga. Kata Puan Robiah.

Ayahnya Nana ni tak boleh nak duduk diam Robiah ada sahaja di buatnya. Itu pondok kayu baru sahaja siap kelmarin mari lah kita duduk nak ajak minum air kita ni bulan puasa. Nak ajak memasak semua dah siap dimasak oleh Nana. Kata mak Naila.

Nana mari nak kenal dengan maknya Rayyan ni panggil Pak Nordin.

Ye ayah, Nana datang ni jawab Nana.

Tanam bunga cantik, tapi bunga dalam tanam pun tak kalah cantik ye patutlah si Rayyan tak sabar nak mintak dihantar tanda. Usik cik Robiah.

Mak jangan cakap macam tu malu Yan.. bisik Rayyan tapi masih di dengari oleh mereka yang berada di situ.

Ye lah, ye lah mak tak bocor rahsia kamu tu. Balas cik Robiah, sambil mengetawakan anak bujangnya itu.

Nana lepas asar nanti ajaklah Rayyan belikan kuih kat bazar untuk kita buka nanti. Kata ayahnya Nana pak Nordin.

***

Nak kena naik kereta jugak ke? Tanya Nana.

Dah tu nak naik apa? Soal Rayyan.

Kita naik motor ayah. Cadang Nana.

Boleh ke? Saya tak pandai bawak motor. Kata Rayyan.

Awak ni biar betul kata Nana.

Betul Nana, si Yan ni memang tak berani sangat naik motor lepas terbabas masa belajar motor dulu. Sebab malu terus dia tak bawak motor. Tapi basikal pandai lah dia. Kata cik Robiah.

Betul ke makcik. Tak apalah kalau macam tu. Nana ada cadangan.. jom ikut saya. Kata Nana.

Assalammualaikum, kak Eton.. Ooo kak Eton.

Waalaikumussalam. Nana masuklah akak tengah memasak ni kata kak Eton.

Tak apalah kak, Nana datang nak pinjam basikal Ezad dengan Ehsan sekejap boleh tak? Tanya Nana.

Gunalah Nana budak dua orang tu terbaring lagi tu depan tv. Macam teruk sangat ye berpuasa kata kak Eton sambil menunjukkan ke arah anak-anaknya yang terbaring mengadap tv.

Ezad dengan Ehsan nak ikut akak tak ke bazar pak Badar? Tanya Nana.

Nak.. terus segar badan ke dua beradik itu.

Amboi tadi mak mintak tolong macam apa penat ye. Bila kak Nana ajak ke bazar laju ke kamu. Usik kak Eton kepada anaknya.

Siapa ni Nana? Tanya kak Eton.

Ni Rayyan kak, PA Tuan haji Iskandar. Kata Nana. Kami gerak dulu ye kak.

Baiklah.

Rayyan menaiki basikal Ezad jadi dia kena membawa Ezad. Manakala Nana membawa ehsan kerana dia menggunakan basikal ehsan.

Cantiknya kampung ni Ezad, kata Rayyan. Rayyan dibesarkan di kawasan rumah flat mana pernah dia merasakan ke seronok kan hidup di kampung.

Bazar Pak Badar sebenarnya kawasan tempat letak kereta warung pak Badar. Oleh kerana bulan Ramadhan. Pak Badar menawarkan kepada penduduk kampung untuk menambah pendapatan berniaga juadah berbuka puasa di kawasan itu. Oleh kerana mendapat sambutan yang menggalakkan orang kampung pun memanggil tempat ini bazar pak Badar.

Banyak jugak juadah berbuka puasa yang dijual seperti tepung pelita, kuih seri muka, kuih lapis, puteri mandi, cucur badak, buah Melaka dan beranika jenis puding dan minuman.

Tak ketinggalan murtabak, ayam bakar, ayam percik, ikan keli bakar dan makanan panas.

Ezad dan Ehsan memilih ayam bakar dan air jagung. Manakala Nana dan Rayyan membeli puding jagung, tepung pelita dan air jagung.

Seronok bukan main Rayyan melayan Ezad dan Ehsan selepas balik solat tarawih bersama pak Nordin dan abang Majid.

Sebelum pulang ke KL sempatlah jugak Rayyan singgah melawat Puan Angelina sepupu kepada Tuan Alex salah seorang majikannya.

Sebelum pulang pagi tadi cik Robiah sempat menyatakan hajat hati menyunting Nana untuk disatukan dengan Rayyan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Tak terlepas jugak dia memborong kuih dan rempeyek untuk di jual di kediamannya nanti. Kak Eton pun dah mengusahakan perniagaan kecil-kecilan seperti bahulu, kuih Kapit, kuih rempeyek pelbagai kacang dan maruku.
________________________

Tuan haji Iskandar menjemput kenalan terdekat berhari raya pada hari raya kedua.

Puan Zakiah dibantu oleh cik Robiah menyediakan juadah hari raya. Seperti lontong dan laksa. Hani pulak menyediakan puding karamel, puding buah, koktail dan popia Vietnam.

Tetamu yang datang keluarga Dato' Harun, Haris sekeluarga, Harry sekeluarga, mertua Harry Encik Jabar beberapa kakitangan Tetuan Alex dan Iskandar tak ketinggalan mr Alex dan Max.

Rasa macam dah ada bau nasi minyak usik Hani kepada Rayyan.

Diam-diam je kau ye Rayyan. Kata Max.

Aku tak nak bercinta lama-lama, banyak dugaannya. Halalkan lagi baik. Jawab Rayyan.

Bagus cara kamu tu Rayyan macam tu lah lelaki sejati. Kata Tuan haji Iskandar. Ingat isteri ni bukan teman kita ditempat tidur sahaja.

Insyaallah Tuan haji. Kata Rayyan.

Cik Robiah ni tak pandai sangat, jadi nak mintak tolong Tuan haji dan hajah Zakiah jadi wakil keluarga kami. Kata cik Robiah

Boleh sahaja cik Biah Rayyan ni dah saya anggap macam anak sendiri dia dengan Izhan dan Max ni kan kawan baik. Jawab Tuan haji Iskandar.

Kami pun boleh ikut belah lelaki. Sokong Dato' Harun. Tak begitu Encik Jabar?

Betul tu kami pun tak pernah lagi ke sana. Asyik dengar cerita dari June dan Harry je. Teringin jugak nak tengok tempatnya. Sokong Encik Jabar.

Nampak dah cukup belah lelaki macam mana pulak dengan dibelah perempuan siapa wakilnya tanya Dato' Harun.

Rayyan saya tak ikut you belah you tau. Sebab Nana itu anak angkat madam Angelina. John itu saya punya sedara jadi kita jumpa di kampung nanti masa hari kahwin kata mr. Alex.

Haris dengan Ira kena ikut belah pihak perempuan. Kata Haris. Ini kerana Nana adalah staff mereka.

Cantik sangatlah kalau macam tu tambah pulak si Majid berjiran dengan Nordin dan ah Hong lagilah besar keluarga kita. Kata Dato' Harun.

***
Majlis perkahwinan Rayyan dan Nana  berlangsung dengan meriah. Pihak perempuan di belah lelaki berbaju Melayu ungu. Manakala perempuan berbaju cotton berbunga kelabu berkain pink.

Sebelah lelaki tak nak kalah dengan warna royal blue.

Ingat ye Rayyan kalau kau main-main dengan Nana saya kasi kerat kau punya badan warning Max.

You orang lain siap kasi warning sana sini. Itu anak mana? Tanya Kelly bila melihat anak mereka berada di bawah meja.

Ayo, dia nak main nyorok-nyorok.. jawab Max sambil tersenyum takut di marahi isterinya.

Pecah ketawa semua.

Orang LuarWhere stories live. Discover now