Iftar

33 3 0
                                    

Haris dan Ira agak lambat tiba di kediaman Dato' Harun, kerana banyak perbincangan dengan pengajar yang menguruskan sesi pembelajaran Ira.

Assalammualaikum..

Waalaikumussalam, sahut Hani. Sampai pun. Lewat ye Along. Kata Hani yang menyambut mereka sambil mendukung Adam anak Harry. Bayi itu selamat menjalani pembedahan dibahagian bibir dan hidung. Kelihatan bahagian sumbing itu sudah tidak kelihatan.

Adam, lama paklong tak jumpa dengan adam.

Jom masuk tu big boss dah tunggu. Balas hani. Ira sempat mencuit Adam, tapi tak larat nak didukung kerana dia terlalu penat.

Lama kat kolej Ira, banyak nak kena hantar ada taklimat peperiksaan akhir dan latihan industri. Lepas tu jalan kat sini pun boleh tahan sesak.

Patutlah. Mama masak macam-macam Along. Tu macam nak kenduri penuh meja. Luah Hani kepada Haris.

Sampai pun kamu berdua mari duduk dah nak buka puasa ni. Kata papa. Ira dan Haris mari duduk.

Mama, bibik Yani dan June nampak sibuk menghidangkan juadah berbuka puasa.

Mari Adam dekat akak Hani, dah nak buka puasa ni. Kata June.

Awak makan dulu June, saya pun boleh jaga Adam tu balas Harry.

Tak apa kak, Hani bukan puasa pun. Akak tu puasa nak susu Adam lagi baik akak buka puasa dulu. Angah pun makanlah dulu. Seharian angah kat kilang cetak baju tentu penat.

Betul tu June, angah. Biar je Hani tolong jaga sekejap lagipun Adam bukan tengah meragam pun budak tu elok je dengan Hani kata papa.

Yelah, papa.

Wah sedap ye sambal paru ni. Ni kegemaran Along ni. Kata Haris.

Kalau suka makan banyak sikit Haris.

Dah azan maghrib tu, Haris baca doa. Arah papa.
___________________________

Mana beg Haris dengan Ira? Mama tak nampak pun. Tanya mama.

Kami balik buka je mama, ingat lepas terawih nak balik Bangi. Esok banyak benda nak kena buat. Ira nak check up kandungan, nak ke ladang bagi duit raya kat budak-budak tu. Ingat nak tidur sana semalam. Jawab Haris.

Tidur sinilah malam ni tak elok ibu hamil ke sana sini malam-malam ni. Lagipun papa pun ada plan nak buat buka puasa kat sana. Kamu berdua pun lama lagi kan kat sini? Balas mama.

Ira tak bawak baju ma. Kata Ira.

Jangan risau mama ada beli baju mengandung untuk kamu yang mama belum sempat nak bagi. Ye lah ni baru kamu berdua berkesempatan nak balik sini. Haris macam mana, mabuk lagi tak? Soal mama.

Alhamdulillah, sejak Ira masuk 5 bulan ni dah tak mabuk mama.

Harry, mari duduk sekali ni kuih lapis kegemaran kamu pun ada lagi ni. Tegur mama bila nampak Harry masuk ke dapur mengisi minuman didalam botol air.

Betul tu angah tepung pelita, kuih lapis dan murtabak mini ni banyak lagi. Ajak Haris pula.

Sekejap ye Along, mama. June tengah mandi tu. Adam bukan boleh kalau tak ada orang masa dia tidur.

Ye lah. Balas mama.

Mama macam mana dengan kelas mengaji mama dengan makcik Zakiah tu? Hari tu papa ada cerita June dengan Hani pun dah turut serta. Tanya Haris.

Itulah. Sejak kenal dengan Zakiah ni mama rasa lagi seronok dan terisi hidup mama. Hari Isnin hingga Rabu kami belajar mengaji Al-Quran, hari Khamis kami belajar sirah nabi. Jumaat kami buat bacaan surah AL Kahfi, Yassin dan tahlil. Sabtu dan Ahad kadang kami ke ladang, kadang kami buat aktiviti dengan rumah kebajikan. Cerita mama.

Bagus jugak tu. Haris pun suka tengok mama sekarang.

Mama bersyukur sangat Haris. Banyak yang berlaku mengajar mama untuk menghargai pengorbanan orang sekeliling mama.

Alhamdulillah, kalau mama fikir macam tu.

Abang, panggil Ira.

Ye, sayang kenapa? Jawab Ira. Pukul berapa kita nak balik Bangi. Dah dekat pukul 11.00 malam ni. Ira dah mengantuk.

Kita tidur sinilah, mama kata papa ada plan nak buat buka puasa kat ladang nanti. Kata Haris.

Tapi Ira tak ada baju nak pakai ke klinik esok. Dalam beg kecemasan dalam kereta cuma ada tudung, pakaian dalam dan kain batik je. Jawab Ira.

Tak apa jangan risau pasal baju tu mama ada nak bagi baju untuk Ira. Jap mama ambik. Kata mama.

Sebentar kemudian mama bawa satu peper beg berisi dua kemeja khas wanita mengandung bersama seluar dan sehelai caftan batik.

Cantiknya mama, mama beli kat mana baju-baju ni tanya Ira.

Boutique mama tu kami dah idea mama dan June sepakat ubah fesyen lebih ikut keadaan semasa. Ini baju wanita hamil, pakai baby dan tudung pun kami dah mula jual. Terang mama.

Abang esok kita pergi boutique ye. Ira nak beli beberapa pasang baju sebab baju Ira dah banyak tak muat. Kata Ira.

Boleh jugak, lepas pergi klinik abang rasa kita boleh singgah ke sana. Jawab Haris.

Baju Haris masih ada di rumah ini, jadi tak ada masalah untuk Haris. Cuma susunan bilik ini sudah tidak sesuai kerana dia pun sudah berkahwin.

Jauh termenung, fikir apa tu.. tegur Ira. Walaupun sudah mengantuk tapi dia masih ingin berbual dengan suaminya.

Abang rasa nak ubahsuai bilik ni, tukar meja belajar abang tu dengan rak barang-barang bayi. Ok tak? Tanya Haris.

Ira ikut je. Bagus jugak kalau ada rak tambahan nanti kita masa kita balik sini tak lah susah bawak banyak barang. Ira pun boleh tinggalkan sikit baju disini kalau kita nak tidur sini bila balik rumah papa ni tak lah kita kalut macam hari ni.

Ira mula merapatkan tubuhnya kepada Haris. Pinggang suami jadi bantal peluk kegemaran ketika hendak tidur.

Manjanya isteri abang ni. Sedap bau rambut Ira.

Sedap ke?

Ye..

Orang LuarWhere stories live. Discover now