"Next week kita tunang eh? I promise... Lagipun I dah bincang dengan family I... Okay?" Tangan aku bergerak mengalihkan mukanya menghadap aku.

"Unless if you tak nak..." Sambung aku dengan nada gurauan. Terus bahuku laju menerima sebuah tamparan daripada Hanis.

"You jangan macam-macam eh! Eii..." Hanis membuat muka cemburut, membuatkan Ian tergelak kecil. Kena lah layan perangai dia ni. Haih...

"Hmm... I lapar lah. Jom teman I lunch." Aku mengerdipkan mata beberapa kali bagi mintak simpati kepada Hanis. Dia membuat muka menyampah melihat telatah aku.

"Eii menyampah I... Jom lah, I pun lapar hehe." Kata Hanis dengan manja sebelum lengan Ian dirangkul olehnya. Mereka mula bergerak menuju ke kereta.

♡♡♡

Siling bilik di hospital itu ditenung lambat sebelum aku merengus kasar. Bila boleh keluar ni? Bosan lah duduk dekat sini. Sudahlah makanan tak sedap! 

Aku bangun dari berbaring lalu duduk bersila. Badan aku mengeliat kecil. Tingkap hospital yang besar itu dipandang dengan sayu. Hujan lebat yang masih tidak berhenti di luar itu membuatkan badan aku sedikit menggigil kesejukkan.

"Do you love me?"

Suasana sepi mula menyelembungi kami berdua. Wajah putih bersih milik Ian direnung lama sebelum sebuah senyuman kecil terpamir di bibir aku. 

"Kau tak nak balik lagi ke?" Soal aku memecahkan kesunyian itu. Tubuhku dibaringkan semula sebelum selimut ditarik sehingga ke dada. Mata dipejam rapat.

"Aku nak tidur. Pergi lah balik. Dari semalam kau jaga aku." Kata aku lagi apabila Ian langsung tidak memberi apa-apa respon. Mataku dicelik memandangnya sekilas yang masih duduk di atas kerusi sebelah katil aku itu. Sesaat kemudian, aku kembali memejamkan mata dengan erat.

Ian masih sama. Tidak bersuara mahupun bergerak. Seketika kemudian, telinga aku menangkap bunyi kerusi ditolak ke belakang. Aku mengeraskan badan agar tidak memberikan apa-apa reaksi. Sedaya-upaya aku cuba untuk tahan daripada membuka kelopak mata aku.

"Aku pun tak tau nak jawab apa, Dee..." Terdengar Ian mengeluh perlahan. Aku dapat rasakan tangan Ian bergerak mengusap kepala aku yang berbalut shawl berwarna hitam itu.

"Aku sayang kau. Sayang sangat-sangat. Tapi aku tak mampu nak sayang kau lebih daripada seorang kawan, Dee..."  Suaranya kedengaran sayu. Aku mengawal diri aku daripada bergerak. Telinga aku masih setia menunggunya sambung ayat.

"Kau yang mintak aku pilih Hanis berbanding kau kan?" Hampir sahaja dahi aku berkerut namun sempat aku tahan. Aku yang mintak? Bila?

"Kalau itu yang boleh buat kau bahagia, then aku akan buat..." Ayatnya dibiarkan tergantung lagi. Tangannya masih setia mengusap lembut kepala aku.

"Sebab kalau kau happy, aku pun akan happy." 

"Aku harap kau sembuh dengan cepat. Aku rindu nak tengok kau yang sihat macam dulu. Bye, Dee. Aku sayang kau." Ian menarik semula tangannya sebelum telinga aku menangkap bunyi langkah kakinya berlalu pergi.

Terdengar sahaja bunyi pintu bilik itu ditutup rapat, terus mata aku terbuka. Sekeliling aku dipandang sebelum aku merenung pintu itu. Bukan itu jawapan yang aku nak daripada Ian. Aku tak mintak lebih, aku hanya mahukan jawapan yang ringkas. Iaitu 'ya'.

Susah sangat ke dia nak jawab 'ya' dekat aku? Atau aku tak layak menerima jawapan begitu daripada Ian? Mungkin.

Bahuku sedikit terhinjut apabila terdengar bunyi guruh. Automatik aku mengalihkan pandangan memandang tingkap di dalam bilik itu. Hujan mula turun membasahi bumi.

Titisan air hujan yang melekat di tingkap itu dipandang. Awan pun memahami perasaan aku sekarang. Tanpa aku sedar, air mata aku turut mengalir jatuh seperti air hujan itu.

______________________________

:: Pendek and hambar je chapter ni sksksksk... Writer's block part berapa dah ni haih ") Vote and comment banyak2 tau! InsyaaAllah, next update hari selasa~

26'7

26'7

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Truth Untold Where stories live. Discover now