BAB 6

1.3K 75 10
                                    

INDIRA terkedu. Jantungnya rasa seperti berhenti berdegup sekejap. Tidak cukup dengan itu, ada suatu rasa yang menyusup masuk. Dia tidak tahu apa, tetapi dia agak itu sebagai tersentuh.

Dalam dunia ini, ada orang yang sanggup berkorban untuk dia.

"Kau tak tahu betapa pentingnya kau, Dr. Indira Rao." Lelaki itu menyambung kata.

Dan-dan, Indira rasa ingin ketawa kuat-kuat. Mahu menyindir diri sendiri yang baru tadi berasa tersentuh. Bodoh sekali dia kerana berfikiran begitu. Dia sepatutnya boleh terus menangkap erti kata-kata lelaki itu tadi.

"Penting? Untuk apa? Untuk bunuh orang lain?" Lalu, dia menyinis pedas. Wajahnya kekal ditunjuk kosong tidak berasa apa-apa dengan bicara sendiri, tetapi hatinya... hatinya rasa tersayat.

"I see. Kau tahu kenapa aku mahu selamatkan kau." Lelaki itu memutuskan.

Indira senyum menyenget.

"Kau juga sama macam dia. Kau cuma nakkan sesuatu daripada aku."

Raut wajah lelaki itu berubah.

"Aku dan dia tak sama." Tutur katanya bertukar jadi keras.

Sekali lagi, Indira senyum menyenget.

"Yeah, right. Tell me. Siapa yang hantar kau? Apa yang kau nak buat? Berapa yang kau sanggup bayar aku?" Sengaja dia berkata begitu.

Lelaki itu tidak terus membalas. Sebaliknya, dia mengecilkan anak mata. Tampak lebih tajam daripada segala tatapannya sebelum ini.

"Apa yang kau dah buat... is it because of money? Kau sanggup kotorkan tangan kau demi wang?" Dia turut bertutur dingin.

Muka Indira terasa berderau. Jantungnya juga rasa tertusuk. Namun cepat-cepat, dia mengetap bibir. Mahu mengawal diri.

"Kalau kau tak tahu apa-apa, jangan memandai cakap apa-apa." Dia menjawab, separa menggertak dengan nada suara yang tertahan-tahan.

Lelaki di hadapan ketawa sinis.

"Don't you get it? Apa yang kau dah buat tu, boleh bunuh berjuta-juta orang!" Dia kemudian membentak. Kedua-dua matanya kini menjegil besar.

Serentak itu, Indira bangkit dari kerusinya dan menolak meja ke hadapan. Tangkas lelaki di hadapannya bangun dan berundur ke belakang. Sebelum sempat segala air atas meja, jatuh menimpanya.

"Sebab itu, aku lari!" Indira menempik. Kedua-dua matanya juga dijegil besar-besar.

"Aku nak hentikan semuanya! Jadi, kenapa?! Kenapa kau perlu muncul? Kenapa dia perlu muncul semula?"

Lelaki itu terpegun. Bulat matanya memandang Indira. Tampak terkejut benar dengan apa yang baru Indira buat.

Lalu, Indira menghela nafas dalam-dalam dan meraup mukanya.

"Can't you just... leave me alone?" tuturnya selepas itu. Perlahan kali ini.

"I can't." Sangat yakin jawapan yang dia dapat.

Indira menatap lelaki itu lebih dalam.

"Aku cuma nak hidup senyap-senyap. Aku tak nak ada kaitan lagi dengan semua tu. Macam yang kau cakap tadi, I could kill millions. I don't want that. So please, can't you just leave me alone?" Suara Indira kedengaran semakin berat dan bergetar. Sama berat dengan jiwanya sekarang.

Dia tiba-tiba rasa lemah tidak bermaya.

"He wants you, Indira. Selagi mana dia mahukan kau, selagi itu aku tak boleh biarkan kau. Aku perlu melindungi kau."

CODE NAME SHARK (Published)Where stories live. Discover now