BAB 2

1.7K 96 17
                                    

"SHARK." Suara Wolf berbunyi di hujung telinga.

"We got her." Shark menjawab tenang. Matanya masih tegak ke hadapan. Melihat wanita berambut panjang dalam bot yang sedang meluncur laju itu.

Kemudian, dia menyeluk kocek seluar. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Terpampang skrin bermuka hitam. Di situ, dia boleh nampak.

Kelip-kelip merah yang sedang bergerak.

Shark senyum.

"You're pretty, darling. But you are not that pretty sampai boleh permainkan aku dan lepas daripada genggaman aku."

Sesudah itu, dia memusing badan ke belakang. Kembali melihat kepada tubuh-tubuh yang berdamparan di atas lantai. Lewat ekor mata, dia juga sempat melirik kepada beberapa orang yang berkerumun di sekeliling mereka. Baru lepas menjadi saksi kepada semua adegan tadi. Ada di antara mereka yang sedang memegang telefon bimbit.

"Cobra." Shark berkata sepatah.

"Jangan bimbang. Mereka takkan boleh upload video ke mana-mana pun." Yakin sekali bicara Cobra.

Shark senyum lagi. Dia tahu apa yang dikatakan Cobra, itulah yang akan dibuatnya. Tidak tahu bagaimana caranya, tetapi Cobra pasti boleh melenyapkan kewujudan video itu di dunia maya.

Shark mengorak kaki ke hadapan. Mendekati orang-orang yang berdamparan dan melangkah melepasi mereka. Mulutnya pula berbicara...

"Uruskan mereka ni. Aku ada perempuan cantik yang nak dikejar."

*****

BOT yang dipandu, meluncur lebih laju membelah lautan biru. Sesekali, bot terjongket-jongket ke atas melawan ombak. Dia terus mengemudi. Lebih laju dan lebih terjongket-jongket. Sesekali, dia melirik ke belakang. Mahu melihat kalau-kalau ada sesiapa yang mengejar.

Ternyata, tidak. Yang ada cuma dia di tengah-tengah lautan luas.

Ingatannya mula melayang kepada kejadian beberapa ketika lepas. Nafasnya terhela panjang, berselit kenyataan bahawa mereka sudah menemui dia. Ya, benar. Mereka yang dia mahu elak, mereka yang dia mahu lari, kini muncul semula. Mahu membawanya balik.

Tidak! Dia tidak akan biarkan itu berlaku. Dia lebih rela mati daripada jatuh ke tangan mereka.

Dia mengemudi lebih laju. Hampir dekat dengan destinasi, dia memusing stereng ke arah kiri. Bot terhentak sedikit, mengenai ombak. Dia tangkas mengawal stereng. Kemudian, dia memperlahankan bot. Bunyi enjin tidak lagi sekuat tadi. Bot dipandu melalui kawasan penanaman rumpai laut. Boleh dia nampak beberapa orang yang cukup dia kenali, sedang mengutip rumpai laut dan memasukkannya ke dalam perahu.

Di hujung sebelah sana pula, dia nampak beberapa orang budak sedang melompat dari lantai rumah pondok terjun ke bawah laut. Berdebur bunyinya, disusuli dengan kekeh-kekeh tawa. Bibirnya jadi bergerak sendiri. Membentuk senyuman halus.

Bot dibawa lebih dekat. Kali ini, pandangan matanya tertancap pula pada emak-emak yang sedang duduk di tangga. Berborak sesama sendiri. Salah seorang menoleh kepadanya dan melambai. Mulut wanita seumur dengannya itu terbuka dan terkatup, menjerit dalam bahasa yang sampai sekarang, dia tidak berapa faham.

Tetapi, dia meneka bahawa wanita itu menanya soal kemunculannya dalam bot. Dia mencapai plastik dari atas lantai bot dan mengangkatnya tinggi-tinggi.

"Beli barang sikit!!!" jawabnya agak berteriak. Dia tahu mereka di tangga itu juga tidak mengerti katanya. Namun, daripada rupa yang mengangguk-angguk, dia yakin mereka sebenarnya faham perbuatannya.

Kemudian, mereka menyambung perbualan sesama sendiri di atas tangga.

Sekali lagi, nafasnya terluah panjang. Membeli barang. Ya, itulah yang dia buat tadi. Selama beberapa tahun tinggal di sini, boleh dikira dengan jari berapa kali dia menjejak kaki ke daratan.

CODE NAME SHARK (Published)Where stories live. Discover now