"I percayakan you bie..." dia mengucup sekilas pipi Qayyum. Dia masuk ke dalam kereta, dan pintu ditutup oleh Qayyum.

Qayyum memandang pemandunya, merangkap anak buah dia sendiri. Dia mengangguk pada lelaki itu. Qayyum memerhati, kereta itu bergerak pergi. Tidak lama itu, bibir dia menyungging senyuman sinis.

"Bodoh betul Qayyum. Perempuan plastik ni jugak dia minat..."

Dia bersiul-siul kecil. Sudah lama dia tidak 'terjaga' dari lena. Sudah tidak sabar mahu bertemu dengan si kekasih hati. Bukan senang dia nak keluar, jika Qayyum yang mula mengawal.

"Wait for me Helina..."
















Helina bernyanyi kecil apabila dia sudah siap mengemop lantai di ruang tamu. Hampir saja dia kantoi semalam, kerana keluar secara sembunyi-sembunyi. Mujurlah ada Renny, yang membuat telah menolong dia berbohong. Jika tidak kerana masalah di markas dia, Helina tidak akan ke sana.

Dia memikirkan beberapa strategi untuk menghentikan tindakan gila Zafar. Kumpulan lelaki itu makin melampau dalam melakukan jenayah. Dia mendapat laporan dari Faris semalam, yang Black Market sudah hampir 40% dikuasai oleh Zafar.

Helina tersentak apabila terasa benda basah menyentuh tepi bibirnya. Terkebil-kebil mata dia memandang satu raut wajah yang tersenyum di hadapan dia. Automatik, pipi dia mengeluarkan warna merah.

Dia menunduk memandang lantai yang memantulkan dirinya. Gugup. Kenapa dengan lelaki itu? Tak ada angin, tak ada ribut, mencium dia. Helina juga takut, jika itu hanyalah perangkap lelaki itu untuk terus menyeksa dia.

"Lama tak jumpa kesayangan aku. Kau apa khabar? Makin cantik kau sekarang kan..." bibir bawahnya digigit. Dengan kedua tangan di dalam poket, dia nampak sangat kacak.

Helina masih dengan blur dia. "Erm...kau okay tak? Demam?" Soal dia dengan kerutan di dahi.

Hairan melihat tingkah Qayyum yang tiba-tiba baik dengan dia. Memuji diri dia pulak tu. Dia agak berjaga-jaga, mana lah tahu tiba-tiba Qayyum menyelam kepala dia dalam baldi berisi air sabun itu.

"Aku sihat. Kau lupa aku siapa?" Kening Qays terangkat kening. Dia duduk bersandar di tiang berhampiran.

Dia pasti yang Helina belum menangkap perubahan dirinya. Qayyum sudah tidur. Yang di depan gadis itu adalah Qays. Lelaki yang selama ini menjadi mimpi ngeri buat Helina.

Helina makin berkerut kening. "Q-Qays?"

Qays tersenyum sinis. Dia mengusap rambut Helina yang diikat toncang kuda itu. "Pandai. Aku rindukan kau..." lelaki itu bersuara sendu.

Helina terdiam. Dia menggigit bibir bawahnya. Memegang kemas batang mop di tangan dia. Mengingati Qays, dia teringat kejadian lalu.

"Anak-anak aku apa khabar?"

Deg! Helina jadi kelu. Bagaimana lelaki itu tahu mengenai anak kembar dia? Dalam tidak sedar, badan Helina mengeletar ketakutan. Dia terbayang kembali kejadian hitam itu. Kejadian dimana, maruah dia diragut kasar oleh lelaki itu. Tanpa belas kasihan.

"My sons, I really missed them. Kau taknak bagi aku jumpa dengan anak-anak aku ke?" Kening Qays terangkat tinggi. Dia mendekati Helina perlahan-lahan.

"D-dia bukan anak kau!" Balas Helina gugup.

Helina takut jika lelaki itu mengambil anak-anaknya. Dibawa pergi jauh dari hidupnya. Dia tidak rela. Qays yang melihat Helina gugup meletuskan tawa sinisnya.

"Habistu anak siapa? Aku seorang saja yang ada pada malam itu Ara...kalau kau lupa...aku akan ingatkan balik..." bisik dia keras.

Helina makin pucat. Bisikan itu, sama seperti dulu. Badan dia menggigil ketakutan. Bayangan lama terimbau kembali. Helina jatuh terduduk. Dia memeluk lututnya.

"Tak...j-jangan...a-aku taknak...t-tolong..." dia mula meracau sambil mengibas kedua tangan dia. Airmata jatuh ke pipi.

Qays berdiri disitu memerhati Helina yang seperti hilang kawalan. "A-aku...bukan aku...tak-tak...aku bukan aku..." jerit Helina kuat. Menarik-narik rambutnya.

Qays melepaskan keluhan lemah. Dia memandang Luke dan Mattias yang sudah berlari anak ke arahnya. Dia memandang Luke dengan wajah datar.

"Pergi! Pergi!"

Qays terus memeluk tubuh Helina erat. Makin kuat rontaan Helina apabila tubuhnya terasa hangat dalam pelukkan lelaki. Dia menjerit kuat, hingga membuatkan Qays berdecit keras.

"Bagi aku benda tu..." tangan dihulurkan kepada Mattias. Satu picagari berisi cecair diserahkan kepada ketuanya.

Helina meronta hebat. Mengigit bahu Qays sekuat hati. Mencakar lengan lelaki itu seakan dia melepaskan tekanan dia. Qays berdesis sakit. Lalu picagari itu dicucuk laju di belakang leher Helina. Tidak sampai sesaat, Helina terlentok di bahunya.

Luke dan Mattias memandang Qays. Menanti arahan seterusnya dari lelaki itu. "Luke, kau perhatikan perempuan sihir tu dan mak Qayyum tu. Aku taknak mereka sentuh perempuan aku..."

Dia bersuara tegas. Mencempung perlahan tubuh Helina yang telah pengsan dalam dakapan dia. Pedih terasa di bahu kanan dan lengan kirinya. Pasti berdarah. Tapi demi Helina dia sanggup, kerana itu berpunca dari dirinya sendiri.

"Erk bos...mak Qayyum tu bukan ke mak bos jugak ke?" Luke menggaru keningnya. Betulkan?

Qays menjeling Luke tajam. "Aku tak ada mak jahat macam tu..." balas dia selamba.

Mattias pula menepuk perlahan bahu Luke yang sudah tercengang di sisi dia. Mattias menahan tawa.

"Bos sebenarnya kita dah bangun. Kau taknak usik sikit perempuan sihir tu?" Mattias tersenyum penuh makna.

"Boleh jugak. Bos Qayyum tu bodoh. Perempuan sihir tu jugak dia buat bini. Baik jadi macam bos Qays. Pilih cik Helina kita. Haih...payah ada dua bos ni...padahal orang yang sama je..." rungut Luke sambil melepaskan keluhan lemah.

Mattias tersenyum nipis. "Kau kena faham. Bos kita tu bukan macam orang lain."



















Dissociative identity disorder (DID), previously known as multiple personality disorder (MPD), is a mental disorder characterized by the maintenance of at least two distinct and relatively enduring personality states. The illness is accompanied by memory gaps beyond what would be explained by ordinary forgetfulness.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now