Me: You miss me?√√

Amboi! Cepat betul dia baca. Dah tak busy la tu. Semalam Delysha rindu gila dekat Darren tapi lelaki itu tak jawab call pun. Kejam betul! Bukan dia seorang saja yang rindukan Darren, baby dalam perut ni pun rindukan papa dia juga. Sekarang baru papa nak rindu kita kan baby?

Spontan tangannya mengusap perut yang semakin memboyot. Peneman setia dia, ada di dalam perut ini.

Ting!

Hubby.
Yes, I miss you so much!

I miss your voice, I miss your laugh,
I miss your 'manja' and 'gedik'.
I miss your smile. I miss everything about you
and our baby. I wanna kiss you!

Wait for me okay, sayang. Malam ni kita video call. Sorry semalam hubby busy. Sekarang pun hubby dalam meeting tapi tak boleh nak fokus sebab teringatkan sayang hmm. I love you!

Argh, Darren buat dia cair... pipi sudah panas. Apa ni? Chat bagi ayat sweet pula. Lepuk kang!
Darren bikin dia rindu sajalah. Hubby! Hatinya merintih pilu.

I miss you too hubby!
Balik cepat eh? Saya dan baby tunggu awak!
We love you more.

Ahaks! Gedik pula rasanya. Delysha tersengih memikirkan Darren dan tiba-tiba handphone bergetar lagi. Tapi kali ini bukan mesej dari Darren tetapi dari Pak Su. Jarang Pak Su nak mesej dia. Ni mesti ada perkara penting.

Pak Su:
Syira, ada orang nak jumpa kamu di Cafe Manis berhampiran tapak rumah Tengku Malik. Jangan risau, 'orang' tu baik, dia nak jumpa kamu. Kalau boleh sekarang. Syira pergi tau.

Terus berkerut-kerut dahi Delysha membacanya. Ada orang nak jumpa? Siapa? Macam serius saja. Jangan buat dia takut.

Sekejap, perlu ke dia pergi? Mana tahu orang jahat? Eh, tak akanlah Pak Su nak tipu dia pula. Delysha kenal Pak Su dia macam mana. Lagi pun orang tersebut nak jumpa dekat dengan rumah agam Tengku Malik, ayah mertuanya. Mungkin tiada apa yang perlu ditakutkan.

Persoalannya... siapa orang itu?

Dan Pak Su memang memanggilnya Syira kerana itu nama panggilan keluarga padanya dulu. Delysha nama yang orang panggil sekarang. Bukan Syira lagi.

Delysha berkira-kira sama ada ingin pergi atau tidak. Namun hatinya tergerak untuk pergi sahaja kerana dia ingin tahu siapa 'orang' itu. Satu pesanan ringkas dihantar pada Darren sebelum dia bersiap-siap untuk pergi.

****

Delysha mengetap bibir sambil menunggu di hadapan pintu cafe. Hatinya semakin berdebar-debar hebat sekarang ni.

Siapa yang nak jumpa aku ni? Kawan Pak Su ke?
Kawan Pak Su mana pula yang kenal aku ni? Desis hati Delysha.

Delysha cuba bertenang sebelum pintu cafe itu ditolak perlahan. Dia cuba mencari sesiapa yang dia kenal di dalam ini. Tetapi hampa. Tidak ada sesiapa pun yang Delysha kenal. Semuanya hanyalah pelanggan yang tidak dikenali.

Tak akanlah Pak Su tipu pula?

"Assalamualaikum, you are Insyirah Delysha Binti Tashriq right?"

Teguran dari arah belakang itu membuatkan Delysha laju menoleh ke arah empunya suara. Delysha sedikit kaget. Macam kenal. Tak akanlah...

Wait, apa soalan dia tadi? Macam mana lelaki ini tahu nama penuh dia?

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now