Biar Engkau Mati, Bukan Panji

44 3 0
                                    

Jalur Gemilang empat ronanya,
Tanda berdaulat tanah merdeka,
Kalau dipasang terbalik rupanya,
Tiada setia tanda menderhaka.

Jalur Gemilang maruah negara,
Tanda bersatu dipayungi Raja,
Kalau durjana membuat angkara,
Tiada ampun pasunglah sahaja!

Jalur Gemilang berkibar megah,
Tanda Malaysia dijunjung rakyat,
Kalau perangai umpama penjajah,
Tiada tempat buat pengkhianat.

Jalur Gemilang panji renjana,
Tanda sekutu seluruh negara,
Kalau tidak sukakan Malaysia,
Tiada tunggu nyahlah segera!

(Telipok, 2019)

SELEBUWhere stories live. Discover now