Tembah Hari Kurung Banua

37 1 0
                                    

Setitah keluar dek angka mengamuk
mujur tak terbiar sampai kera bertanduk
dasar tak belajar kemelut lalu
buang masa dan peluh melulu-lulu.

Tujuh puluh tunggul kayu jadi pameran
buat khalayak merampus seharian
berida nazak terus tempang di seliri
bersedih-sedih akan tembolok sendiri
juga tenggorokan datuk-datuk petinggi
dan busung-busung persida punya ahli.

Tinggallah ratu-ratih dahan bergantung
mengharap teduh kembang nan payung
pintakan Tuanku melimpah-ruah rahmat
moga-moga tempias sedikit ke rakyat
agar terbit sinar walau buat sementara
merawat seribu luka di atas parut lama
meneguh kembali aman dan bahagia
Seperti waad nenek moyang dahulu kala.

Bukannya hendak berkurang ajar
hanyalah sabda tidak terujar
kerana kasih patik keterlanjuran
supaya kita semua tak lupa daratan
ampun Tuanku beribu-ribu ampun!
sengsara patik semua harap terampun.

Mohon diperkenankan Tuhan
pada segala janji dan pembalasan
pada setiap tangan yang menghancurkan
juga nyawa-nyawa yang kehilangan
dan linang air mata bertempayanan
akan nafsu-nafsu yang kerasukan.

(Tampoi, 2021)

SELEBUWhere stories live. Discover now