last special chapter

3.6K 118 5
                                    

Isterinya ke kanan, dia ke kanan. Isterinya ke kiri, dia ke kiri. Itu lah yang di lakukan oleh Aliff dari waktu selepas makan tengah hari. Rindu mahu mendengar suara sang isteri yang kadang kala suka berceloteh itu dan ini.

Nura menderam marah dengan perangai suaminya itu. Mahu buat kerja pun susah kalau si Aliff itu sibuk mengekorinya. Kalau lah bilik laundry itu sebesar bilik mereka dia tidak hairan. Ini bilik yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil yang hanya sesuai seorang sahaja di dalamnya.

"Abang nak apa?"soalnya dingin.

"Marah abang?"soalan dari isterinya di biarkan berlalu.

"Apa abang merepek ni, dah lah saya nak ambil baju bersih. Tepi sikit."marah Nura.

Jarang tahu Nura Medina Binti Nadim mahu memarahi sang suami.

"Abang tanya ni, sayang marah abang lagi ke?"soalnya. Tidak suka bila isterinya bersikap dingin.

"Tak lah. Dah tepi, saya nak masuk."kata Nura lalu menolak tubuh sang suami menggunakan bakul yang berisi pakaian bersih.

Walaupun dia ada bibik di rumah, tidak semestinya kerja - kerja rumah di lakukan oleh sang bibik. Tolong menolong kan amalan mulia. Lagi pula dia memang sudah biasa melakukan kerja rumah sejak dari sebelum kahwin hingga sekarang.

"Ala sayang."rengek Aliff. Kakinya di hentak - hentak sambil mengekori langkah sang isteri.

"Abang cuba semenggah sikit perangai tu. Kalau anak tengok macam mana."bebel Nura tanpa memandang sang suami.

Dia duduk berhadapan dengan televisyen sebelum dia mengeluarkan segala jenis pakaian di dalam bakul untuk di lipat. Nasib lah anak - anak mereka sudah tidur, dapat lah dia membuat kerja rumah sedikit ataupun berehat.

"Awak marah abang lagi."rengeknya.

Sengaja di hentak kuat - kuat kakinya itu. Sakit pun sakitlah asalkan isterinya kembali okey.

"Kuat lagi hentak tu. Tak cukup kuat tu bang. Nanti malam kalau abang bising sakit kaki, saya tak urut saya tak cakap banyak, saya terus potong je kaki abang."ugut Nura.

"Biar lah awak potong kaki abang, sekurang - kurangnya bila abang sakit awak jaga abang."kata Aliff sambil tersengih.

"Malas layan abang."getusnya lalu melakukan kerjanya.

"Tak marah abang kan?"

"Tak lah. Dah jangan kacau saya."kata Nura.

"I love you baby."

.......

"Mommy! Tengok daddy ni."adu Deniel yang baru tiba di ruang tamu.

Mereka empat beranak bergumpal di ruang tamu atas. Manakala dia duduk melayani drama korea di ruang tamu bawah.

Ibu bapa mertuanya sudah pulang ke Melaka selepas solat asar. Katanya mahu singgah di Negeri Sembilan, pada mulanya mereka ada mengajak sama tapi tuntutan kerja Aliff membuatkan mereka tidak dapat mengikutinya.

"Daddy buat apa?"soal Nura lagi. Baru sahaja dia mahu ber 'me time' .

Itu memang trick si suami tidak mahu menjaga anak.

"Daddy, letak air liur Arfan dekat Den."adunya lagi.

Kaki Nura di peluk erat. Dikesat kesan air liur si adik di seluar Nura.

"Ya Allah, Den. Itukan cuma air liur adik je. Bukannya kotor sangat pun, sebab adik menyusu je."pujuk Nura. Penggeli sungguh si anaknya yang seorang ini.

"No! It's still dirty."bentaknya.

"Haih, dah tu Den nak suruh mommy buat apa?"keluh wanita itu.

Sayang, Aliff Iman Shah (C)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt