Bab 30

4.9K 154 2
                                    

Tajam mata Marvin memerhati abangnya yang sedang duduk berbual bersama kakak serta abang iparnya. Dia merengus kegeraman sebelum menapak perlahan - lahan menuju ke pangkin yang menjadi tempat berbual abang serta kakaknya.

"Abang Muiz nak minta maaf dekat Nura atas segala kesalahan yang abang dah buat dekat Nura."pinta Muiz lemah.

Nura bungkam. Dia memandang kearah Aliff yang berada disebelahnya. Aliff hanya mengangguk tanda 'maafkan sajalah'.

"Nura dah lama ma–"

"Tak payah nak minta maaf dengan orang macam ni kak."potong Marvin yang baru muncul.

Tersentak Nura dan Aliff sebaik mendengarnya. Manakala Muiz pula sudah menunduk. Sudah di agak yang adiknya itu tidak sudi mahu memaafkan kesalahannya.

"Apa cakap macam tu Marvin. Kan abang datang minta maaf dengan cara yang baik."ujar Nura sedikit tegas.

"Ye. Abang datang dengan cara yang baik untuk minta maaf. Sama juga macam mama dan Kak Nuha buat. Serupa kak. Dorang cuma maniskan wajah dorang semata - mata untuk jalankan planning dorang supaya dorang boleh rapat dengan akak. Dan sebab akak ni terlalu baik lah sampai orang pijak akak, buli akak, hina akak. Tapi akak tak sedar yang akak tahu sekali orang dah minta maaf, akak maafkan orang tu walaupun dorang tu semua tipu akak. Fake akak tahu tak. Fake!"marah Marvin.

Nura terkesima. Aliff hanya mendiamkan diri. Tidak mahu masuk campur urusan adik-beradik ini.

'Macam mana Marvin boleh tahu yang mama dan Nuha datang minta maaf.'getus hati Nura.

"Akak tak payah tanya macam mana Marvin tahu yang mama dan Kak Nuha datang jumpa akak dekat hospital untuk minta maaf secara fake. Semua pasal akak Marvin tahu dan Marvin juga tahu yang mama dan Kak Nuha pernah datang rumahkan. Marvin tak faham apa yang dorang tak puas hati dengan akak. Mama tu pun sama, buta - buta percaya dengan cakap perempuan plastik tu. Sampai tak reti beza mana kaca mana permata."rengus Marvin.

Muiz tertunduk kesal.

"Abang faham kalau korang tak boleh maafkan abang. Tapi abang datang nak betulkan keadaan. Abang ikhlas nak minta maaf dekat Nura, Aliff dan Marvin. Abang nak bagitau sikit ni pasal plan Nuha dan bakal suami dia."ujar Muiz perlahan.

Mereka yang berada di situ semua tergamam. Bakal suami?

"Bakal suami Nuha! Maksud abang Amirul ke?"soal Aliff tegas.

Muiz terkesima.

"Mana tau ni?"soal Muiz pelik.

"Dia kawan saya bang."balas Aliff selamba.

"Apa yang dorang planning?"soal Marvin geram.

Sakit hati dengan kakaknya yang seorang itu.

"Dia planning nak hancurkan rumah tangga korang. Amirul nak Nura, Nuha pulak nak Aliff untuk buat Nura terseksa. Yang abang tahu dorang akan langsungkan plan ni sebaik dorang kahwin maksudnya lepas Nura habis pantang sebab time dorang kahwin, dorang nak korang balik rumah mama."terang Muiz.

Nura bungkam. Tak sangka selama ni mereka hanya berpura - pura baik terhadapnya malah sudah siap merencanakan sesuatu.

"Abang. Nura tak nak semua ni jadi."rayu Nura pada Aliff. Air matanya mengalir deras.

Aliff kasihan melihat isterinya segera memeluk Nura. Marvin sudah menahan amarah dihatinya manakala Muiz pula sedih melihat kesengsaraan yang dialami oleh adiknya.

"Marvin ada idea."tutur Marvin sambil tersenyum sinis.

Muiz serta Aliff memandang kearah Marvin dengan pandangan maha pelik.

"Apa idea adik?"soal Muiz sedikit pelik.

"Rancangannya ialah–"







Tbc..















Sayang, Aliff Iman Shah (C)Where stories live. Discover now