Bab 19

4K 153 0
                                    

Mereka sekeluarga berjalan di pusat membeli belah terkemuka di Malaysia iaitu Pavilion.

Setelah penat berjalan dan membeli belah, mereka singgah di chiken rice shop untuk makan malam.

Sebaik sahaja duduk, mereka terus memesan makanan tetapi tidak bagi Nura.

"Kenapa sayang?"soal Aliff risau

"Nura tak nak makan nasi ayam."balasnya

"Then, sayang nak makan apa?"soalnya

"Saya nak ais krim baskin robbins."ujarnya sambil tersenyum manis

Terbuntang biji mata Aliff.

Yang lain tersenyum, faham sangat kalau orang mengandung tu macam mana.

"Makan lah nasi sayang."pujuk Aliff

"Nope. Saya nak ais krim juga."bantah Nura

"Mummy ni macam budak - budak lah."ujar Deniel selamba

"Biarlah mummy budak - budak pun."balas Nura tak mahu kalah

"Makan nasi ye sayang."pujuk Aliff lagi

"Tak nak."marah Nura

Dah orang tak nak pergi paksa - paksa kenapa.

"Jangan di paksa Aliff. Pergi je belikan ais krim yang isteri kamu nak tu. Dia tengah mengidam tu."ujar Nek Mah

Aliff menghela nafas berat sebelum bangun.

"Tunggu sini."

"Adriana tengokkan isteri dengan anak aku. Kalau makanan dah sampai makan je dulu."ujar Aliff lalu pergi

Adriana hanya memandang.

Dah kenapa mamat ni.

.......

Aliff berjalan menuju ke arah Baskin Robbins dengan agak tergesa - gesa.

Buk

Aliff dirempuh oleh seseorang membuatkan dia terundur beberapa tapak ke belakang. Aliff menunduk mengambil beg duitnya yang terjatuh

"Maaf bro. Maaf. Aku rushing tadi."tutur lelaki itu

"Eh takpe bro."ujar Aliff lalu mengangkat kepalanya

"Aliff!"

"Mirul!"

"Kau buat apa kat sini?"soal Mirul

"Aku nak pergi Baskin Robbins."

"Sejak bila kau nak masuk Baskin Robbins ni. Lain macam je."

Aliff ketawa.

"Bini aku mengidam nak makan ais krim tu. Layan je lah."

"Kau dah kahwin. Dengan siapa? Sampai hati bro tak ajak aku."sayu suaranya

"Dengan Nura Medina. Budak praktikal dekat office aku dulu."balasnya

"Aku ingat kau dekat London lagi. Bila kau balik sini?"sambungnya

"Dah dekat 3 bulan dah. Ye lah, kita dah lama lost contact kan. Nah ni kad aku."ujar Mirul lalu menghulur kad

Aliff menyambut.

"Nah ni kad aku."hulur Aliff

"Eh bro. Aku chau dulu. Kang mengamuk bini aku."pamit Aliff lalu beredar

.......

"Nura, makan lah dulu. Kalau ditunggu Aliff tu kamu yang lapar."ujar Puan Alia cuba memujuk menantunya untuk makan

"Nura nak aiskrim bu."balasnya perlahan

"Ma..."

"Maaf lambat."pohon Aliff

Semua memandang.

"Mana kamu pergi ni Aliff. Kesian bini kamu."ujar Nek Mah

"Maaf nek. Aliff terjumpa kawan tanpa sengaja."balasnya sambil garu kepala yang tidak gatal

"Nah aiskrim sayang."sambung Aliff lalu menghulur aiskrim Baskin Robbins ke Nura yang diam

Saat tangannya menerima huluran aiskrim tersebut, Nura sudah tersenyum gembira.

"Thank you abang."ucapnya manja

"Most welcome."balasnya sambil tersenyum

Ahli keluarga yang lain sudah tersengih sebelum suara Nek Mah menerjah gegendang telinga mereka.

"Apa lagi ni Aliff. Makan lah cepat. Orang lain dah habis makan dah."marah Nek Mah

Aliff tersengih.

Dia memulakan makan selepas membaca doa.

"Abang..."panggil Nura perlahan

"Ye."sahutnya sebelum menyuap nasi ke dalam mulut

"Nak nasi."ujarnya perlahan

"Huh!"terkejut Aliff

Semua memandang.

"Share ke? Nak yang lain."

"Nak yang lain lah."

"Sayang nak apa? Abang orderkan."soal Aliff

"Nak nasi ayam panggang tau. Ayam belah paha atau kepak, yang lain sayang tak nak. Air nak air ice lemon tea. Tambahkan salad 1."pesan Nura selamba

Aliff hanya mengangguk. Nura tersenyum manja. Sebaik Aliff bangun, seluruh ahli keluarga memandang ke arah Nura dengan pandangan pelik. 

Nura yang perasan terus sahaja tersenyum janggal.








Sayang, Aliff Iman Shah (C)Where stories live. Discover now