Bab 32

4.7K 164 15
                                    

"Terima kasih Dato' kerana sudi berurusan dengan pihak kami."ucap Puan Qashidah lembut.

"Sama - sama Puan. Saya pun nak ucap terima kasih lah sebab sudi bantu saya dalam keadaan macam ni. Saya tengok isteri saya pun suka dengan kehadiran baby ni. Sekurang - kurangnya dia tak kesunyian kalau saya dan anak saya takde dekat rumah."terang Aliff panjang lebar sambil tersengih. Matanya memerhati isterinya yang duduk sambil memegang bayi yang terlena pulas dikendongannya. Deniel di sebelah juga turut tidak melepaskan peluang dengan memerhati wajah putih mulus bayi itu.

"Sama - sama Dato'. Saya harap lepasni kalau ada apa - apa Dato' boleh contact saya atau pembantu saya."

Aliff hanya mengangguk sebelum mengangkat barang keperluan si kecil. Danish yang berada di sebelah Aliff turut menghulurkan bantuan dengan mengangkat barang si kecil. Sebelum melangkah ke arah kereta, Aliff sempat memberi salam pada Puan Qashidah.

"Sayang, jom kita balik sekarang. Dah lewat ni. Nanti habis opah marah balik lambat."panggil Aliff lembut.

Nura mengangkat kepalanya dan memandang Aliff sambil tersenyum. Dia mengangguk kecil sebelum bangun dengan perlahan - lahan kerana tidak mahu menganggu lena si kecil selain daripada dia masih dalam keadaan berpantang. Deniel turut bangun sebaik melihat Nura bangun dari duduknya.

"Danish, terima kasih ye. Saya balik dulu."pamit Aliff sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta.

"Sama - sama Dato'. Hati - hati drive Dato'."balas Danish sambil mengangkat tangannya.

Aliff turut membalas dengan mengangkat tangan seraya menekan hon sedikit. Kereta milik Aliff meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan anak - anak yatim Darul Falah.

.........

"Nur Arfa Imani Marina Shah binti Aliff Iman Shah."sekali nafas sahaja Aliff menutur nama anak perempuannya.

"Bang. Panjangnya nama dia. Nak panggil bukannya panjang berjela macam tu."komen Marvin sambil menggaru kepala.

Muiz tergelak mendengar komen dari adiknya. Mereka yang lain hanya tersengih. Siapa tidak kenal Naufal Marvin si cerewet.

"Suka hati abang lah. Anak abang. Bukan anak Marvin."balas Aliff selamba.

Memuncung mulut Marvin sebaik Aliff membalas ayatnya tadi.

"Ingat Aliff, Nura walaupun baby ni bukan anak kandung kamu, jaga dia dengan baik, sayang dia macam mana kamu sayang Deniel. Opah dengan atok tak nak dengar cerita yang macam Nura kena. Nura cuba cari alternatif lain untuk adakan susu badan tu. Sebab kalau boleh biar dia jadi anak susuan kamu nanti takde lah batas antara dia dengan suami kamu. Faham."tutur Opah panjang lebar sambil menggosok bahu Nura.

"Comelnya dia macam anak patung,"kata mak teh.

"Tu lah. Dengan pipinya tembam putih kemerahan. Teringin pulak nak ada anak kecik lagi."sokong mak ngah.

"Haih yang, teringin nak ada anak kecik ke? Tak payah lah dah ada cucu pun kira okey dah dari takde cucu langsung."ujar pak ngah selamba

Mak ngah terus sahaja mencubit pinggang pak ngah siap dengan pakej pulasan lagi. Apa lagi terjerit lah pak ngah sehingga Arfa menangis kerana tidurnya diganggu oleh tok ngahnya.

Nura segera menepuk si kecil itu untuk senyap tapi makin kuat tangisan si kecil. Dia mendukung si kecil itu sebelum mendodoikan si kecil itu esakan si kecil itu makin perlahan yang kedengaran hanyalah rengekan kecil walaupun mata terpejam rapat.

"Dah - dah jom kita keluar dari bilik ni. Kesian Arfa nak tidur tapi dengar suara orang bising."ajak opah lalu berdiri dan melangkah keluar dari bilik.

Mereka semua melangkah keluar meninggalkan Nura, Aliff, Arfa dan Deniel. Puas sudah mengajak Deniel keluar dari bilik ibu bapanya oleh Marvin serta Muiz tapi anak kecil itu hanya menggelengkan kepalanya dan mengeraskan badan tidak mahu beranjak dari tempat duduknya di sebelah tilam bayi.

"Kenapa tak ikut pak long and pak su keluar bilik?"soal Aliff sambil matanya tunak memandang anak lelakinya.

"Tak nak. Den nak tengok baby."balas Deniel sambil memerhati Nura yang sedang mendodoi Arfa untuk tidur.

"Adik kan nak tidur. Kalau Den ada dalam bilik lepastu bising dengan lampu terang macam ni, macam mana adik nak tidur?"ujar Aliff lagi.

"Habistu Den nak tidur mana daddy kalau adik ada?"soal Deniel. Soalan yang diajukan oleh Aliff diabaikan.

Nura tersengih sambil menepuk punggung si kecil. Nampak sangat itu yang merisaukan Deniel. Dimana tempat tidurnya untuk malam ini.

"Tidur dengan pak long atau pak su lah."jawab Nura selamba.

Deniel yang mendengar jawapan Nura segera merengus geram. Mommy nya suka sangat main - main.

"Mommy ni suka main - main dengan Den lah. Den nak tidur dalam bilik ni dengan baby. Boleh tak?"soalnya manja sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.

Aliff yang terlihat segera ketawa besar melihat wajah Deniel yang cuba dicomelkan. Nura turut tertawa melihat telatah Deniel yang mencuit hati.

"Boleh. Tapi kena tidur bawah lah. Sebab baby, mommy dengan daddy dekat atas katil."jawab Aliff setelah tawanya reda. Nasib si kecil tidak merengek.

"Takkan tidur bawah. No! Den nak tidur dengan baby."

Aliff menggeleng. Bahaya kalau Deniel tidur dengan si kecil mahu dilenyek si kecil. Deniel seorang yang lasak ketika tidur. Dia boleh berpusing 360° ketika tidur. Aliff juga takut tidur dengan Deniel kerana Deniel pernah menyepaknya ketika waktu tidur. Nasib tak jatuh katil.

Sayang, Aliff Iman Shah (C)Where stories live. Discover now