Bab11

5.7K 182 0
                                    

Bam

Terdorong Puan Maria bila trolinya dilanggar dengan troli lain.

Aliff yang sedar terlanggar troli lain cepat sahaja memohon maaf.

"Maaf puan. Saya tak sengaja, saya tak perasan troli puan."ucap Aliff

Nura terdiam melihat wanita itu.

"Buta ke? Lain kali jalan pandang depan bukannya leka pandang bini. Kalau cantik tak apa juga. Kesian mak aku kena langgar dengan troli korang."marah Nuha

"Bukan ke suami saya dah minta maaf. Apa lagi masalah awak ye cik."tutur Nura

"Suami kau tu buta."cemuh Puan Maria

"Abang dah lah. Abang dah minta maaf tapi mama dengan Nuha masih lagi tak puas hati. Jomlah kita pergi tempat lain, banyak lagi barang yang saya nak beli."ajak Nura malas berbalah dengan mama serta adik kembarnya

Aliff mengalah lalu beredar mengikuti Nura.

"Mama sakit hati dengan Nura. Dah pandai nak kurang ajar."marah Puan Maria

"Mama nak balas tak apa yang dia buat dekat mama."ujar Nuha sinis

Dalam otaknya penuh dengan rancangan yang diatur. Dia akan gunakan Puan Maria untuk melepaskan dendamnya.

"Ikutkan memang nak di ajar je budak tu. Kamu ada plan ke?"soal Puan Maria

"Ada ma."balasnya

"Apa dia?"soal Puan Maria semula

"Kita buat baik dengan dia. Itu memang harapan dia kan nak berbaik semula dengan mama. Dari situ kita balas sikit demi sikit. Biar dia rasa apa yang kita rasa."penuh dendam cara Nuha sampaikan ideanya

"Boleh berjaya ke?"soal Puan Maria

"Ni Nuha lah ma. Kacang je."dengan penuh berlagak dia menuturkan kata - katanya

Puan Maria tersenyum.

Mereka kemudiannya bergerak pergi ke bahagian lain.

"Sayang. Kenapa buat macam tu dekat mama."tegur Aliff di dalam kereta

Semenjak mereka beredar dari berjumpa Puan Maria dan Nuha lagi, Nura senyap tanpa sebarang kata. Dia sibuk memilih barang dapur dari memeningkan kepalanya.

"Nura geram dengan Nuha. Nura minta maaf sebab terlepaskan amarah dekat mama. Nura tak sengaja nak perli mama mahupun Nuha."tutur Nuha

"Sayang abang tahu yang sayang masih terasa dengan kata - kata mama dan Nuha kan. Biar je sayang. Kita tak payah layan. Abang bukan nak sayang kurang ajar dengan dorang tapi abang nak dorang sedar mana kaca dan mana berlian. Kaca dengan berlian sama je sinar dia sayang yang membezakannya ialah kaca merosakkan dan mencederakan manakala berlian memberi sinar dan kebahagiaan buat seseorang."terang Aliff

"Nura minta maaf abang."ucap Nura

"Tak pe sayang."balas Aliff lalu kereta meluncur laju keluar dari parking basement Tesco

.........

Huarghhh

Huarghhh

Huarghhh

"Den, kenapa ni. Janganlah nangis, paksu tak reti nak pujuk budak nangis ni."pujuk Marvin

"Mum..my dad..dy ja..hat. Do..rang ting..gal..kan D..den de..kat rum..mah."ujar Deniel yang teresak - esak menangis

"Mummy dengan daddy pergi beli barang dapur lah. Bukan pergi mana pun."ujar Marvin

Huaghhhh

Huaghhh

Sayang, Aliff Iman Shah (C)Where stories live. Discover now