"Bro, congrats bro! Jaga anak orang baik-baik, jangan terlepas sebab benda kecik" pesan Tengku Zafril, dia dah terkena. Jadi tak salah kalau dia saling memesan, Tengku Asyraf hanya tergelak.

"You..." tangan Tengku Zafril dirangkul selamba, dengan harapan dapat membuat Adeera cemburu.

"I nak-"

"Lepas tangan aku" pintas Tengku Zafril, Maya berkerut dahi.

"Why I tak boleh pegang you? You suami I, tak dosa pun kalau I rapat-rapat dengan you. Is it true Adeera?" perli Maya, dia tersenyum sinis. Adeera hanya diam menunduk, malu diperli sebegitu.

"Kau memang cari pasal kan?"

"Kenapa? You tak bagi I pegang you sebab ada perempuan ni? Kenapa je kalau dia nampak? Biar je lah dia tahu yang you lebih bahagia hidup dengan I berbanding hidup dengan dia!" suara Maya meninggi, dia bangun dari duduknya tanda tidak puas hati.

"Maya, kamu ni kenapa biadap sangat?" tegur Tengku Fida.

"Eh perempuan, kau dah pandai biadap eh! Tak serik lagi ke makan penampar aku hari tu, nak kena lagi?!" rambut Maya direntap kasar, suasana yang tadinya aman sudah bertukar tegang.

"Aril, sudah! Biarkan dia, orang kalau tak diajar adab memang macam tu" perli Tengku Imran, walau macam mana pun dia tak suka melihat anak lelakinya itu berlaku keras pada wanita. Tengku Zafril mendengus kasar, rambut Maya dilepas kasar.

"Kau jangan nak buat hal ea" ugut Tengku Zafril, Maya kembali duduk. Malu juga dia dimarah sebegitu di hadapan orang ramai, apatah lagi di hadapan Adeera.

"Maaf tengku, tapi ada tetamu hendak berjumpa tengku sekeluarga" celah Mak Munah, Tengku Imran berkerut dahi.

"Fida, awak ada ajak sesiapa lagi ke?" soal Tengku Imran, namun isterinya itu hanya menggeleng.

"Lelaki ke perempuan Kak Munah?" soal Tengku Imran lagi.

"Lelaki tengku"

"Huh! Tepat pada masanya" Tengku Zafril kembali berdiri, dia tersenyum sinis.

"Mak Munah, panggil dia masuk" arah Tengku Zafril, tajam matanya menikam Maya.

"Bangun" arahnya, Maya berkerut dahi.

"Zafril, you-"

"Aku cakap bangun, susah sangat kau nak dengar arahan? Ke nak aku cakap pakai tangan baru kau faham" pintas Tengku Zafril, Maya berdiri. Sempat matanya menjeling Adeera sekilas, namun gadis itu masih menunduk dari tadi.

"Qila, aku nak balik" bisik Adeera pada rakannya.

"Sabar, aku nak tengok apa jadi ni. Kejap lagi kita balik"

"Aku tak sedap hati lah Qila" luah Adeera, namun Aqila masih tetap menyuruhnya untuk tunggu.

"Aril, kamu ada jemput sesiapa ke?" soal Tengku Imran, Tengku Zafril mengangguk.

"Ada pa, guest kita malam ni lain dari yang lain" sinis kata-kata Tengku Zafril, Maya pula masih dipenuhi tanda tanya.

"Ril, jangan buat kerja gila" tegur Tengku Asyraf, bahu rakannya itu ditepuk. Tak pasal-pasal majlis makan malam itu jadi lain.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now