🐝🐝🐝

DATO' ISMAIL melangkah ke balkoni rumah, isterinya yang sedang termenung itu ditatap dari belakang. Isterinya itu masih belum dapat menerima kenyataan, sehariannya hanya diam dan tidak ceria seperti dulu. Dia juga sedang cuba untuk menerima apa yang berlaku. Walau bagaimana benci pun dia pada gadis itu, Mawar Adeera tetap akan ber-binti-kan Dato' Ismail.

"Baba, Dee tu kena perangkap ba. Along tak tahu lah apa yang baba fikirkan sekarang, along bukan niat nak kurang ajar dengan baba. Baba ajar kami dua beradik untuk letakkan kepercayaan seratus peratus kepada keluarga, tapi sekarang baba sendiri yang buang darah daging baba tanpa selidik dulu. Please ba, kalau baba nak bukti yang Dee tak bersalah pun along boleh bagi. Tapi berhenti hina dia ba, dia tak salah. Along kenal adik along, dia tak kan buat perkara macam tu"

Kata-kata terakhir dari anak sulungnya itu terlayar di minda. Dia bukan saja kehilangan Adeera, malah dia juga kehilangan isteri dan anak menantunya. Pemergian Adeera meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarganya, hubungan mereka sekeluarga sudah tidak seperti dulu. Rafeeq pula tidak pernah pulang melawatnya sejak kes itu, isterinya pula seperti tidak menganggapnya wujud.

"Izzah" panggilnya, namun sikit pun isterinya itu tidak menoleh.

"Izzah, abang nak minta maaf sebab abang punca awak jadi macam ni. Abang tahu abang salah, tapi tolonglah jangan diam macam ni. Dah berbulan dah, tak kan awak masih macam ni Zah" pujuk Dato' Ismail.

"Kalau lah maaf awak tu boleh kembalikan anak-anak saya, mudah kan?" balas Datin Izzah, lebih kepada perli juga.

"Izzah..."

"Saya hilang dua orang anak menantu saya dalam satu masa, semua hanya kerana perangai abang. Sekarang Allah dah buktikan siapa yang betul siapa yang salah, puas hati abang?" ujar Datin Izzah, wajahnya kosong tanpa reaksi.

"Izzah, abang tahu abang silap. Tolonglah jangan macam ni, abang risau kalau kesihatan awak akan terjejas kalau awak terus macam ni. Semua dah jadi Zah, abang nak awak bahagia macam dulu" pujuk Dato' Ismail lagi.

"Kebahagiaan seorang ibu hanyalah terletak pada senyuman anak-anaknya, hidup saya kosong tanpa mereka" jawab Datin Izzah, airmata yang mengalir diseka perlahan. Dia rindu, sangat rindu pada dua orang anaknya. Entah bagaimana keadaan Adeera, kandungannya, perkembangan anak perempuannya itu sikit pun dia tidak tahu. Dari mana hadirnya bahagia jika hatinya selalu runsing.

"Tapi Zah, sampai bila awak nak macam ni..." ujar Dato' Ismail lembut, bahu isterinya itu diusap. Datin Izzah menoleh, sayu pandangan wanita tua itu.

"Saya akan terus macam ni sehingga anak-anak saya kembali ke pangkuan saya" balas Datin Izzah, tangan Dato' Ismail dibahunya itu ditepis sebelum melangkah pergi. Dia menuruni tangga, ruang tamu rumah dituju.

"Assalamualaikum ma!" ujar Aqila, dia berdiri di hadapan pintu. Membuntang mata Datin Izzah, melebar senyuman di wajahnya.

"Walaikumsalam Qila, ya Allah rindunya mama dengan kamu" tubuh gadis itu dipeluk erat, melepaskan rindu yang terbuku. Memang sejak kejadian buruk itu, tiada seorang pun datang melawatnya. Baik Aqila, mahupun Rafeeq.

"Mama sihat?" soal Aqila, namun hanya senyuman tipis di wajah Datin Izzah sebagai jawapan.

"Ma... Mama kenapa ni? Mama rindukan Dee yea?" teka Aqila, tangan wanita tua itu digenggam.

"Lama dah dia menghilang, ibu mana yang tak rindukan anak dia Qila" jawab Datin Izzah, mereka melangkah keluar. Kerusi batu di halaman rumah itu dituju, mereka berborak di situ.

"Ma, mama jangan risau ok? In Sya Allah, Dee baik-baik je. Kita semua tahu dia tak salah kan? Allah mesti lindungi orang yang teraniaya ni, mama jangan risau ok?" pujuk Aqila, wajah Datin Izzah dielus lembut. Dia sudah menganggap mama rakannya itu bagai ibu kandungnya, dia juga anak yatim piatu. Hanya keluar itu saja lah tempat dia menumpang kasih.

"Kamu tahu dia ada dekat mana sekarang? Boleh bawak mama jumpa dia, mama rindu sangat dekat dia Qila" rintih Datin Izzah, sayu Aqila mendengarnya. Namun dia tidak boleh memungkiri janji, Adeera pasti akan marah.

"Ma, Qila datang ni nak bagitahu mama sesuatu. Abang Feeq cakap dekat Qila, mama tak tahu lagi pasal Aril. Jadi, dia wakilkan Qila untuk bagitahu mama dengan baba benda ni" ujar Aqila, berat mulutnya ingin memberitahu hal tentang pernikahan Tengku Zafril dengan Maya itu.

"Kenapa dengan Aril Qila? Kenapa dengan menantu mama?" soal Datin Izzah, nafasnya semakin tak teratur.

"Ma, Aril dia-... dia kena perangkap dengan bekas PA dia ma. Diorang dah seminggu kahwin, perkara ni pun kami semua syak berkait rapat dengan kes penceraian Dee" ujar Aqila, terkejut Datin Izzah mendengarnya.

"Allahuakbar" sekelip mata, tubuh wanita itu rebah di dalam dakapan Aqila.

"Allahurabbi ma! Ma bangun ma! Baba! Baba!!!" jerit Aqila, tak lama kemudian Dato' Ismail keluar.

🐝🐝🐝

FIRDAUS memandu kereta pulang ke rumah Adeera, mereka baru sahaja selesai membuat pemeriksaan ke atas kandungan Adeera. Mujur semuanya baik-baik saja walau emosi Adeera sangat terganggu sejak akhir-akhir ini, dia memandang adik saudaranya di sebelah. Adeera hanya memuncung sambil mengusap perut.

"Kau ok tak Dee? Badmood nau muka" tegurnya, Adeera tersenyum tipis.

"Kau tahu tak, dulu kan-... aku selalu janji nak pergi dengan Aril kalau setiap kali check up baby. Tapi sekarang, janji kitorang semuanya lenyap macam tu je hanya sebab-"

"-Sebab keputusan bodoh yang kau buat ni, cantas segala perjanjian kau dengan dia. Kan?" pintas Firdaus, Adeera hanya mengangguk perlahan, itulah hakikatnya.

"Dee, kau balik lah Dee. Semua orang tunggu kau, kalau kau tak nak balik pun tak apa lah. Asalkan kau izinkan aku dengan Qila bagitahu diorang semua yang kau ada kat sini, sekurang-kurangnya diorang tak risau dengan keadaan kau Dee" pujuk Firdaus.

"Tak payah lah, aku ok je duduk sini. Kau balik lah sorang, kalau aku dah ready aku balik ea?" ujar Adeera, Firdaus hanya menjeling. Itu je lah jawapannya.

"Weh Daus! Kau dengan Doktor Hanna tu ada apa-apa ea?" teka Adeera, mesra je Firdaus dengan doktor yang menguruskan jadual kandungannya itu.

"Eh kau, mana ada! Pandai-pandai je"

"Eleh, yer lah tu! Tadi aku tengok korang mesra je, gelak-gelak bertepuk-tepuk lagi"

"Tak adanya, aku mesra dengan dia sebab borak pasal baby kau tu je" ujar Firdaus, Adeera menjeling dengan senyuman.

"Tak nak mengaku pulak!" ejek Adeera, telefon pintarnya dikeluarkan sebaik saja dia mendengar bunyi panggilan masuk.

"Hello Qila" ujarnya.

"Dee! Dee kau balik Dee, mama sakit!"

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

.

.

.

V o t e
~♥~♥~♥~
C o m m e n t

Thankyou !

Sincere ,
nurhanaaaaaaaaa

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now