Darren turut merenungku sebelum dia tersenyum nakal. Bibirnya digigit lembut.

"Tak suka satu sama lain apanya kalau kau masih cari aku? Dua tahun dah Delysha. Dua tahun masa berlalu. Kau cari aku jugakan? Kiranya kau masih cintakan aku sama macam dua tahun lepas yang kita kenal. Kau tak boleh tipu aku, sayang." Darren senyum nakal.

Aku dah menudukkan wajah. Sayang?

Dah lama dia tak panggil aku macam itu. Bila panggilan itu kembali menitip bibirnya, pipiku memerah tanpa sedar. Ah, macam mana aku boleh cair ni! Hish, tak guna punya Darren. Dia main kasar ya? Main dengan ayat berbunga-bunga dia tu pula. Darren memang pandai beli jiwa. Ketuk kepala nanti baru tahu.

Sekejap, nak menyorok dekat mana ya? Malunya! Aaaa, kantoi sudah dengan Darren.

Erm. Bibirku digigit sambil tangan diramas kasar.
Darren yang melihat, menahan senyuman yang ingin terbentuk. Dia tahu aku tengah tak senang duduk sekarang. Kalau ya pun, janganlah goda dia. Dah kenapa gigit bibir tu? Haish sabar.

"Eh, itu hal semalam dan dua tahun yang lepas. Tapi sejak apa yang awak cakap dekat saya semalam, saya dah cuba lupakan awak dan saya telah pun berjaya lupakan awak. Hari ni, saya dah pun hilang perasaan dekat awak. Faham tak ni?" Tajam mataku memanah wajahnya.

Weh, apa aku merepek ini gila? Entah macam tak logik saja apa yang aku katakan itu. Tapi okay lah. Aku tak nak dia buat andaian yang memandai macam tu. Dia yang buat-buat tak kenal aku semalam, dia yang sakitkan hati aku semalam, dia yang lukakan hati aku semalam. Bukan aku, humph!

Hari ni tiba-tiba pula muncul semula depan aku. Nak kahwin dengan aku pula tu. Entah kenapa aku rasa Darren ni annoying.

"Eh, senangnya kau move on macam tu je. Aku pun try hard  nak lupakan kau tapi tak boleh, inikan pula kau yang baru semalam aku cakap macam tu..."

Aku tersedak air liur.

" ... lagi pun aku tak adalah macam kau.  Cengeng. Aku baru je nak marah kau sikit, nak jual mahal sikit, nak bagi pengajaran sikit dekat kau, kau dah nangis macam semalam. Tak sampai hati pula aku nak halau kau atau nak tengking kau tau! Aku baru nak cadang nak buat lebih dari tu." Darren mencebik tidak berpuas hati.

Aku merenungnya tajam. Apa ni! Cakap main lepas sahaja. Ish ada hati pula tu nak kenakan aku. Beranilah dia nak buat aku begitu, memang aku tak nak jumpa dia dah humph! 

Wait... dia cakap apa tadi? Dia pun try hard nak lupakan aku dan ternyata tak boleh? Maknanya aku tak tepuk sebelah tangan kan?

Darren masih cintakan aku? Dia masih ada perasaan pada aku, sama seperti dulu

Baru sahaja senyuman ingin terbentuk, Darren terlebih dahulu menegur.

"Tak payah nak senyum sangatlah. Itu pun kau ni teruk tahu tak? Apalah kau ni. Dah dua tahun baru terhegeh-hegeh nak cari aku balik, nak terangkan semuanya,  nak betulkan semua yang terjadi antara kita. Aku tunggu kau lama tahu tak?"

Amboi, marahnya dia. Jangan marah macam tu, tergoda nanti abe Darren. Ahaks!

Aku tersengih mendengar dia membebel. Dia tunggu akulah. Ahaks! Ni yang cair ni tau. 

"Eleh. Awak pun apa kurangnya. Lama jugak saya lari, awak baru nak cari saya masa tu. Saya baru acah marah awak sikit, awak dah give up dengan saya macam tu je. Itu pun beria merajuk sampai ke negara orang ni hah. Lama betul dia merajuk. Cakap orang je eh! Eeee, tak tahu malu betul dia ni!" Bahunya aku tepuk perlahan. Bibir mengulum senyuman mengejek.

Darren tersenyum lebar. ' My Delysha is back!' bisik hatinya.

"Kiranya kau sudilah terima aku?" 

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now