"Aku ok Qila, don't worry ok? Aku dah redha dah pun, biarlah. Mungkin Maya tu future dia, aku ni masa silam dia je" ujar Adeera, dia tersenyum kelat.

"Tengkorak kau! Dee, kenapa kau tak balik Malaysia? Sepatutnya, kau pertahankan laki kau tau"

"Dah tak ada apa yang perlu aku pertahankan kat sana Qila, aku ke sini pun sebab dia. Dah lah, aku malas nak fikir"

"Haih penatlah cakap ngan kau ni!" Aqila mendengus, Adeera pula tergelak kecil.

"Kau tahu tak, betapa bersyukurnya aku bila dapat tahu Firdaus dengan kau kat sana. At least dia boleh tengok-tengokkan kau, tak ada lah kau terkontang-kanting kat negara orang"

"Hm tu lah, tak ada lah aku sorang dekat sini kan. Dia pun rajin jugak datang melawat aku, hantar makanan ke apa ke"

"Eh Dee! Kalau susah sangat, kau kahwin je lah dengan Firdaus tu habis iddah. Aku tengok dia caring je, lagi pun dia pernah syok dekat kau kan dulu?" Aqila memberi cadangan, membuntang biji mata Adeera.

"Kepala otak engkau! Aku dalam iddah lagi lah, mana boleh suka-suka hati pilih lelaki lain. Tu lah kau, dulu belajar munakahat main-main. Benda macam ni pun, kau tak tahu" marah Adeera, namun dia tergelak kecil selepas itu. Dah tahu dah, Aqila confirm melenting.

"Eh nak cakap aku belajar main-main pulak! Habis kau tu? Dalam iddah boleh merantau pergi tempat lain, macam mana? Sepatutnya seorang wanita yang masih dalam iddah tak boleh keluar dari rumah yang disediakan suami tau! Tu lah, dulu belajar munakahat tak habis. Benda macam ni pun, kau langgar" perli Aqila semula, ayat Adeera diulang. Rakannya itu tergelak, dah agak dah Aqila akan melenting.

"Haih, dah lah Qila. Aku anggap Firdaus tak lebih dari seorang abang lah, aku tak ada perasaan cinta pun dekat dia"

"Dah jodoh tak ke mana"

"Sekarang ni, aku rasa Aril dengan Maya tu yang dah jodoh tak ke mana. Kau tengoklah, senang-senang je Maya dapat Aril tu. Aku yakin Aril akan terbuka hati terima Maya, macam aku dulu pun Aril tak suka tapi lama-lama dia fall in love jugak"

"Ahah! Aril nak fall in love dengan perempuan tak guna macam Maya tu? Huh, lambet lagi weh! Aku berani kerat jari lah kalau diorang tu hidup bahagia tau! Apa yang aku jamin, Maya tak kan lama jadi wife dia. Pernikahan tu berlangsung pun sebab Aril ada agenda dia sendiri, aku yakin Aril dah tahu cerita sebenar pasal gambar kau tu"

Adeera hanya diam, tak tahu nak kata apa dah. Kalau dah memang takdir jodohnya dan Tengku Zafril setakat tu je, nak buat macam mana. Nak tak nak, redha saja lah jalan penyelesaiannya.

🐝🐝🐝

SEJADAH dilipat sebaik saja dia selesai menunaikan solat Isyak, jam dinding dikerling. 12 malam, tubuhnya sangat penat seharian sehinggakan dia tertidur sebelum menunaikan solat Isyak. Pintu bilik dibuka dari luar, dia menoleh. Maya yang memakai baju tidur satin paras peha itu melangkah mendekatinya, sedikit pun nafsunya tidak tergugat.

"Kau ingat aku tergoda ke?" sinis soalan Tengku Zafril lontarkan, songkok ditanggalkan.

"Entah lah, but I rasa ya" balas Maya, dia melentokkan badan. Baru saja tangannya ingin mengusap wajah Tengku Zafril, namun lebih pantas Tengku Zafril merentap tangannya.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now