Jerit kami berdua serentak. Aku pandang Zara, Zara pandang aku sambil tersenyum-senyum.

"Maknanya... kita dah sampai Amsterdam kan?" soal aku inginkan kepastian.

Seolah-olah kami berdua ini macam terover excited la pula. Eh bukan macam, memang excited terlebih pun. Macam inilah girl bestie bila dapat bercuti berdua. Happy bukan main lagi. Dan aku semakin happy kerana akhirnya aku sampai juga di sini, tempat yang aku sudah lama ingin datang demi seseorang.

"Yes, so..." Zara pandang aku sebelum kami menjerit buat kali kedua.

"Welcome to Amsterdam!"

Aku tergelak besar. Jeritan kami berdua agak kuat sehinggakan orang lalu-lalang di lapangan terbang itu sudah mula memandang kami semacam.

Aku tersengih malu. Ala, first time datang sini. Itu pun disebabkan Faiq yang ingin sponsor kami berdua semasa percutian kami di sini. Kalau tidak, sampai ke sudahlah kami berdua tak dapat merasa datang ke sini. Faiq memang nak sponsor aku sorang saja, kerana dia sudah tahu niat aku datang sini untuk apa. Dia nak aku 'lakukan sesuatu' di sini. Tapi aku cakap dengan dia yang memang tak syok datang sini seorang diri.

Jadi aku pun ajaklah Zara sama. Puas aku pujuk Zara supaya teman aku bercuti. Nasib Zara ini kaya, maksudnya ada pendapatan tetap sendiri. Tak perlu nak pakai duit orang walaupun Faiq dah tawarkan diri untuk sponsor kami berdua. Akhirnya, Zara setuju juga kerana aku memaksanya. Kalau tak, aku akan merajuk.

Aku cakap dengan Faiq yang aku mahu ke sini kerana ada tujuan penting. Nasib Faiq faham dan setuju kerana dia tahu apa tujuan sebenar aku dan dia sangat sokong dengan perkara yang aku nak buat sekarang. Alhamdulilah, jimat duit aku. Untung dapat boss aka abang angkat kaya dan sporting seperti Faiq. Anak Tengku kot. Walaupun kadang-kadang lelaki itu selenga. Hahaha joking.

"Aku rasa... kau kena call abang angkat kau dan ucapkan ribuan terima kasih dekat dia sebab dah sponsor kita dua ni," ujar Zara excited.

Weyh, kami baru saja sampai airport, sudah excited macam dah lama duduk sini. Belum lagi pergi tempat-tempat menarik dekat sini. Sudah tentu boleh mati terkejut dek kerana terlampau  teruja. Okay, merepek.

"Itulah, aku pun rasa benda yang sama juga. Thank you to my brother Faiq Idlan!"

Aku dan Zara tersenyum dari tadi lagi. Tak sabar rasanya!

"Kita nak pergi mana dulu ni?" soal Zara. Okay, jangan terlalu over. Nanti orang cop yang kami ini gila pula. Ataupun batak tak pernah datang walaupun hakikatnya memang begitu pun. Hahaha.

"Bilik hotel," balas aku sepatah. Zara mengangguk dan mula ingin mengangkat barang.

Aku pandang sekeliling terlebih dulu dan membiarkan Zara mengangkat barang. Ya, aku datang sini ada tujuan.

Tujuannya...

Aku nak betulkan kesalahan aku, aku nak betulkan salah silap aku selama ini dan aku nak dapatkan permata aku semula. Aku tak nak hilang 'dia' lagi.

Ingat senang ke aku nak datang sini? Untuk Faiq dan ummi lepaskan aku? Ingat senang untuk aku tahu dia berada di mana sepanjang dua tahun ini?

Bersusah-payah juga aku memujuk Tengku Malik supaya tolong beritahu aku 'dia' berada di mana sekarang. Dan yeah... alhamdulilah finally!

Finally! Aku dapat juga tahu dia di mana, dan aku pun dah sampai dekat sini. Walaupun aku agak terlambat bertindak, namun masih belum terlambat lagi untuk aku memperbetulkan segalanya. Harap-harap begitulah.

Bersusah-payah aku turun naik pejabat Tengku Malik di Kuala Lumpur dan pulang semula ke Terengganu untuk aku menanyakan tentang khabar berita lelaki itu dan di mana keberadaan lelaki itu. Hampir tiap-tiap minggu juga dulu aku berulang alik kerana Tengku Malik atau sesiapa pun tidak mahu membuka mulut memberitahuku. Mungkin atas permintaan lelaki itu sendiri. And finally! Tengku Malik beritahu aku juga kerana dia kasihankan aku dan dia sudah menganggap aku sebagai anaknya sendiri.

Ternyata 'dia'... ada di Amsterdam!

"Tak sabar nak jumpa awak. Tunggu saya datang cari awak tau. Kali ni saya tak akan lepaskan awak lagi, Iyan Shah Darren."

Senyuman terukir di bibirku tanpa sedar.  Semoga semuanya dipermudahkan.

****


Sis rasa korang dah tahu kan, siapa 'dia' tu? Hekhekhek. Kita tengok Delysha pujuk lelaki macam mana pula. 😚❤️

Sebelum tu, korang tak kesian ke dekat bentuk bintang dekat bwh tu?👇🌟 Tak bersinar kan? Cuba korang tekan bentuk bintang tu, barulah bintang tu bersinar dan ada warna. Boleh kan? Thank you!  👩‍❤️‍💋‍👩

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now