Ummi sudah menggelengkan kepalanya. Macam-macam sahaja anak angkatnya itu. "Habis tu mana passport kamu Sha?" soal Tengku Dina dengan nada perlahan, sudah tidak lagi risau seperti tadi.

"Dekat Za..."

"Ni hah, dekat saya aunty. Dia suruh saya pegang sekejap takut dia lupa dia letak mana. Biasalah Delysha ni dah tua. Cepat lupa la katakan." Zara menjelingku.

Belum sempat aku nak cakap, minah ini sudah potong line. Siap pakej kutuk aku lagi tu! Selamba badak dia saja. Goreng dalam minyak panas baru tau!

"Oh ummi, Faiz tak ikut sekali?" soal aku merujuk kepada adik Faiq. Hanya lelaki itu dan ummi sahaja yang menghantar kami. Kelibat Faiz dan Kak Ema sememangnya tidak kelihatan. Busy mungkin. Lagi pun buat apa ramai-ramai di lapangan terbang ini. Dia pun pergi sekejap sahaja. Bukannya bertahun-tahun.

"Tak. Dia sibuk sikit semenjak ni." Aku mengangguk faham. Kan sudah diagak.

"Eh okaylah ummi, Sha pergi dulu. Nanti terlepas flight kang susah. Bye ummi. Jaga kesihatan tau masa Sha takde ni. Jangan rindu Sha yang lawa ni tau."

Sempat aku melawak sebelum tubuh tua itu ditarik lalu dipeluk olehku. tangan Tengku Dina juga tidak lupa aku salam. Zara juga mengikut perbuatan aku tadi.

Kini, mataku memandang Faiq pula.  Alolo, tengok muka dia dah masam. Marah aku lagilah itu. Macam lah aku nak pujuk dia. Tak kuasa nak melayan.

"Ala, rilek lah awak. Bukan selalu kena prank tak menjadi macam ni kan? Hehehe. Bye bro, jaga diri. Jangan kacau saya pula nanti. Duk call-call je selalu. Kalau tak, saya bagitahu Kak Ema nanti. Biar dia merajuk tak nak bercakap dengan awak, hah masa tu baru awak tau langit tu tinggi ke rendah sebab nak menggatal lagi dengan saya!" Sempat aku selitkan ugutan di dalam ayat tersebut. Nak usik Faiq sahaja. Kerana aku tahu Kak Ema bukannya seorang wanita yang mudah merajuk begitu.

Lagi pun Faiq sememangnya sudah tiada hati padaku. Kak Ema faham dengan status hubungan kami yang semakin merapat. Seperti abang dan adik. Lagi pun aku tiada abang selama ini, dan Faiq juga tiada adik perempuan. Memang rapat lain macamlah aku dengan lelaki itu jikalau nak dibandingkan dengan Faiz, adiknya. Aku lagi rapat dengan Faiq kerana Faiz jarang ada di rumah.

See. Terus muka dia sudah tidak masam mencuka seperti tadi apabila mendengar ugutan aku itu. Tetapi wajahnya bertukar kepada meluat. Meluat dengan aku ke? Kisah pula aku.

"Tak hingin aku nak call kau. Baik aku call  Ema aku lagi bagus. Dah pergi cepat. Sibuk je dekat sini. Ingat, aku bagi seminggu je cuti... jangan nak gatal duduk sana lama-lama. Ingat sikit kerja kau banyak lagi dekat office tu okay." Aku pandang dia dengan wajah tidak berpuas hati. Eeeei dia ni, suka spoil mood happy aku. Masa-masa inilah nak ingatkan aku pasal kerja pula!

"Yelah. Saya tahulah. Sibuk je kan awak ni. Tak boleh nak tengok saya senang sikit. Dah, bye korang!" Aku melambaikan tangan pada mereka buat kali terakhir.

***

"Welcome to Amsterdam Airport Schiphol," ujar penyambut tetamu tersebut dengan ramah. Aku hanya mengangguk sekilas dan masih terkesima. Bila masuk sahaja ke dalam airport ini, aku mula pandang Zara tak percaya.

"Zara," panggil aku.

Zara pandang aku. Dia dapat merakan perasaan yang sama dengan aku.

"Ya?"

"Kau dengar tak apa aku dengar tadi?" soal aku menahan debaran teruja. Zara mengangguk laju dan tangan aku digenggam kuat.

"Welcome to Amsterdam Airport Schiphol!"

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now