AT 10

1.5K 48 12
                                    

SEAN POV

Previously on Aku Tak.... Agitchu... nak jugak... Gedik betul.

"Hai semua, Good Pagi," sapa Abang Tony dengan senyumannya yang paling mekar. Memanglah mekar, kalau dah namanya nak bersuka ria dekat sini, memang happy lah. Ok, tepat pukul sepuluh pagi tadi, aku dan yang lain tiba di tapak perkhemahan yang telah di sediakan untuk kami semua. Hmmm... The end. Itu je aku nak bagi tahu. hoho...

"Sebelum kita memulakan aktiviti kita untuk hari ini, saya nak kamu semua untuk dirikan khemah kamu terlebih dahulu, pelajar - pelajar sahaja. Warden - warden pula ditugaskan untuk membantu menyediakan makan tengah hari. Terima kasih," sambung Abang Tony. Ha... Here we go...

Aku perhati khemah yang baru diserahkan untuk kami group ke tiga ni. Boleh tahan besar, tapi tak dapat lawan khemah diaorang si Din dan Win. Tak boleh bawa bincang besarnya. Entah berapa lah harga khemah tu. Beratus kut.

"Nama kau apa?" soal aku pada 'budak' yang... korang tahu lah sapa.

"Saya bang," katanya padaku.

"Ha ah kau lah. Siapa lagi?" Budak ni, aku sepuk sekali kang baru tahu.

"Saya bang," katanya lagi.

"Ye lah, kau. Nama kau apa?"

"Nama saya Bang. Bang tu nama saya," balasnya sambil tersenyum menahan ketawa. Tetiba burung - burungan terbang melintasi atasku sambil mengeluarkan bunyi. GAK! GAK! GAK! Burung Gagak.

"Oh..." balasku malu lalu mengeluarkan khemah dari begnya dan mula membentangnya. "Kau pernah tak pasang benda ni?"

"Tak. Bang..." dia tanya nama aku kan tu?

"Sean."

"Bang Sean pernah ke?" soalnya padaku pula.

"Tak juga." Hmmm... Sem sebelum ni, bila ada perkhemahan macam ni, tugas aku bukan pasang khemah tapi tolong angkat barang jek. Jangan risau teman - teman, Miss Y (Youtube) ada.

Kesudahannya aku dan Bang tekun menonton tutorial memasang khemah. Bila grup lain dah nak siap dirikan khemah dia orang, kami pula baru nak faham macam mana nak dirikan benda alah ni.

"Korang tengah buat apa tu?" soal Alex tiba - tiba. Bila mamat ni ada dekat sini? Aku menunjukkan skrin telefonku kepadanya. Alex hanya tersenyum. Manis. Shhh... "Kenapa tak bagi tahu saya tadi, kalau tak dah lama siap khemah ni," katanya.

"Sorry warden, tadi kata Warden Tony, pelajar - pelajar je yang di tugaskan untuk buat benda ni," balas Bang. "Tapi betul ke warden boleh buat benda alah ni? Kalau betul, jom," sambungnya lagi lalu merangkul tangan Alex dan menariknya menghampiri khemah tersebut. Geram pula aku tengok si Bang ni.

Alex cuba untuk melepaskan tangannya lalu memulakan kerjanya untuk menaikkan khemah tersebut. Aku pula, takkan nak tengok je kan? So, aku bantu lah dia. Kesian dia, dah lah kena suruh memasak, sekarang bantu kitaorang pula.

Aku mengalih pandangan ku ke arah Bang. Ewah - ewah, dia boleh pula menyenang dekat sana. Siap berselfie bagai dengan belakang si Alex pula.

"Bang, tolong aku jap," kataku pada nya.

"You call me abang? Wow...," balas si Alex pula. Senyuman malu - malu di berikannya kepada ku. Dia ni. Perasan pula.

"Tak, aku panggil si Bang tu," kataku.

"Oh, nama dia Bang?" soal Alex dengan nada berbisik. Nasiblah Bang masih tak berganjak dari bawah pokok tu, kalau tak mahu terasa hati dia oleh Alex sebab tak tahu nama dia. But, bruh. What you expect, warden nak ingat semua nama pelajar dekat asrama tu? Memang tak lah.

Aku Tak... (COMPLETE)Where stories live. Discover now