AT 20

1.3K 42 9
                                    

SEAN POV

Lantai bilik ku yang agak sejuk ini menjadi tempat ku terbaring, kaku tidak membuat apa - apa di petang hari yang agak panas ini.

Telefon di tangan pula ku pandang lama, melihat gambar yang ku tangkap semalam. Hmmm.... Kenapa dia tak bagi tahu hal sebenar yang dia keluar dengan 'saudara' dia, dan bukan pergi shooting. Tak faham lah! Kalau nak mempermainkan perasaan aku dari awal lagi, tak payah lah nak beria sangat ngorat aku bagai, convince aku yang aku ni cinta pandang pertama dia. Dasar sweet talker

"Kau tengok apa tu?" soal Qiem tiba - tiba, sebaik saja melompat ke atas katil ku dengan wajah selambanya itu. Terkejut aku. Aik budak ni, sejak bila pula dia masuk bilik ni? Pastu muka macam tak ada apa - apa berlaku semalam. Chill semacam.

"Kau buat apa kat sini?" soalku bengang sambil mengusap dadaku disebabkan debaran jantung naik secara drastik akibat melihat wajahnya yang tiba - tiba hadir di atas ku.

Qiem yang pada awalnya bertiarap, terus memusing kan badannya sambil melihat ke ceiling bilik ku. "Saja nak tukar angin jap. Lemas lah duk terperuk dalam bilik aku, tak ada benda yang nak di buat," balasnya mendatar.

Aku terus duduk bersandar di tepi katil ku. "Kau ok ke?" soalku lagi sambil memandangnya.

"Ok lah, no worry. Asalkan orang tua munafik tu tak dekat dan tak jumpa mak aku lagi, aku ok," jawabnya lalu mengeluh perlahan. Aku hanya mengangguk mengerti. "Eh, aku soal kau dulu, kau tak jawab. Kau soal, aku jawab pula. Mana aci macam tu," sambungnya sambil menjelingkan matanya padaku.

"Soal apa?"

"Kau tengok apa?"

"Oh... tak ada apa."

"Elehhhh... cerita baru ke? Kongsi ler~"

"Bukan~"

"Abis tu?"

"Tak ada apa..."

"Heh...." Qiem terus merampas telefon dari tangan ku dengan wajah tak bersalah.

"Oi!" jerit ku sambil membesarkan mataku sedikit.

Matanya terus meneliti gambar yang tertera di skrin telefon ku. Kerutan di dahi hadir kembali. "Alex?" soalnya pelik. Aku mengangguk sekali. "Kenapa dengan dia?" soalnya lagi.

Aku mengeluh. "Tengok betul - betul..."

"Dia dengan siapa ni?"

"Lelaki yang di gelar 'saudara'."

"Saudara? Mesra gila sampai tercium macam ni? Eh, tak patut," balas Qiem sambil menggelengkan kepalanya.

"Exactly. Aku rasa macam kena tipu lah dengan Alex, bro. Baru je couple dah kena buat macam ni," keluh ku lagi.

Aqiem terus duduk bersila di atas katil ku. Belakangku di usapnya. "Chill brader. Kau dah tanya dia? Text? Call? or Jumpa?" Aku menggelengkan kepala ku sebab aku tak berani. Aku bukan Qiem yang berani main tekan perut orang pakai kepala lutut dia. "Tanya dia dulu, baru kau buat kesimpulan. Mana tau yang kau nampak ni, bukan Alex tapi orang yang serupa dengan dia," sambungnya sambil menjongketkan keningnya berulang kali.

"Aku tak berani!" rungutku dan terus bertiarap di atas lantai bilik ku.

"Kalau macam tu, aku ucapkan tahniah lah di atas putusnya hubungan korang berdua," balasnya selamba lalu bersenandung lagu Izinku Pergi, nyanyian Kaer.

"Choi! Mulut kau kalau aku tumbuk sekali, mahu ke loji najis singgahnya," marahku tanpa memandangnya. "Doa baik sikit lah...."

Qiem hanya ketawa selepas puas menyakat aku. 

Aku Tak... (COMPLETE)Where stories live. Discover now