AT 17

1.2K 41 5
                                    

Aku menjengah keluar tandas bilik Alex, kalau - kalau lah dia masih ada dekat atas katil dia. Takut juga dia masih menunggu aku nak buat benda yang "baik".

"Cari apa tu?" soalnya. Mahu terkejut bapak beruk, aku dibuatnya. Aku terus menelan air liuk apabila melihatnya. Dia... hanya... bertuala terikat di pinggangnya. Reaksi terkejut masih terlukis di muka ku. "Kenapa?" Dia melihat tubuhnya.

"Tak ada apa," balasku gementar. Kau asal Sean? Bukannya pertama kali kau tengok badan dia. Boleh di katakan banyak kali kan. Tapi gementar hari ni, lain macam? Adakah semua ini disebabkan kau hanya berduaan dengan dia sekarang?

DDUP! DDUP! Jantungku berdegup kencang bila Alex mula tersenyum nakal. Dia nak buat apa?

Alex menghampiri ku membuatkan aku tersandar pada dinding. Tangan kanannya terus di luruskan dan telapak tangannya melekat ke dinding. Korang tau lah macam mana tu, aku tak tahu macam mana nak jelaskan.

"Betul ke tak ada apa - apa?" Alex menurunkan tangan kanannya lalu menarik lembut tanganku dan terus merapatkan tanganku pada ketulan - ketulan abs nya. "Tapi kenapa awak terkejut bila tengok badan saya?" soalnya dengan nada menggoda.

Pipi dah mula rasa panas.

"Aaa... Umm... Urghh..." lidah pula kelu tak tau nak balas apa. Tiba - tiba Alex menghampirkan wajahnya kepada ku. Dia nak cium aku ke? Aku terus tutup mata sebab malu. Tiber nak malu bagai.

CHUP! Satu ciuman hinggap di hidung ku. Aku membuka mataku perlahan.

Alex tersenyum melihat reaksi ku. Ketawa perlahan diberikan. "Saya mandi dulu," katanya lalu mencuit daguku sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.

Aku mengusap pipi kananku. Ceh, dia cium pipi aku je? Kalau nak cium, cium dekat mulut ah. Hish.

"Awak..," panggil Alex dari muka pintu, hanya kepalanya saja menjengah keluar.

"Ya," sahutku terkejut.

"Malam ni, tidur dengan saya ya."

"Bilik tetamu tak ada ke?"

"No, tak boleh. Mesti tidur dengan saya juga. Kalau tak, saya tak sayang," jawab Alex sambil membuat wajah merajuk.

"Ceh." Poyo!

"Please, baby," mohonnya dari muka pintu bilik airnya itu. Itu dia, gelaran baru untuk aku lagi, 'baby'. ARGHHHH I CANNOT! Bukan main kasar serangan dia hari ni.

Aku mengeluh ringan. "Ya lah ya lah... But..." Aku teringat sesuatu.

"But?"

"Ah, tak ada apa."

Alex hanya tersenyum gembira dan terus masuk semula ke dalam bilik air. Pintu di tutup rapat.

Positif, Sean, positif. Dia takkan bawa kau fun malam ni. Positif. Aku belum sedia.

.

.

.

JAM dah menunjukkan pukul tiga lebih pagi dan aku masih tak dapat tidur walaupun rasa mengantuk tu memang dah ada dari tadi lagi. Aku menoleh ke arah Alex yang sedang terbaring di sebelah ku. Janggalnya. Aku tak pernah tidur sekatil dengan dia. (Yang dalam camp masa tu, tak termasuk ya.)

Dia dah tidur ke? Soal hatiku ingin tahu. Kepala ku angkat sedikit untuk melihat wajahnya dengan lebih jelas. Maklum lah, bilik kan dah gelap.

"Nak cium ke?" soal Alex tetiba. Aku tersentak. Shit.

Aku terus menghempas kepalaku atas bantal lalu membuat bunyi dengkuran yang sangat kuat. "KROHHHHHHH" dengkur. Alex mencubit hidungku dengan kuat, membuatkan aku membuka mata lalu, "ARGH," kataku kesakitan.

Aku Tak... (COMPLETE)Where stories live. Discover now