AT 3

2.3K 67 23
                                    

Sean POV

Aku membuka mataku disaat cahaya matahari mula menerangi bilikku itu. Ha... Dah pukul berapa ni? Soal hatiku. Aku melirikkan mataku pada jam di atas meja sebelah katilku. 7.30 pagi. Nasib masih awal. Memandangkan hari ni hari jumaat, siapa yang tak ada kelas hari ni, akan mengikuti kempen pada pukul lapan dan aku adalah salah seorang daripada siapa yang tak ada kelas hari ni. 

Mandi ah dulu.

Masa aku tengah mengemas katil ku, aku melihat ke arah katil Din. Masih tidur. Sebabkan dia, aku terpaksa tidur lewat. Semalaman dia duk menangis. Kenapa dan mengapa, aku tak tahu. Bila di tanya, dia hanya membisu. So, terpaksalah aku menadah telinga ni mendengar dia menangis. 

Korang rasa kenapa dia nangis? Aku nak tahu sangat - sangat ni.

Selang berapa minit, aku selesai dengan rutin membersihkan diriku. Selepas sahaja siap berbaju dan berseluar, aku terus keluar. Din yang baru terbangun masa aku baru habis mandi tadi, masih tidak berganjak dari katilnya. Termenung jek. Nak tegur tapi malas. Jadi, aku biarkan dia macam tu je.

Hari ni, aku di tugaskan untuk membersihkan ruang dewan makan. Sungguh banyak kerja untuk di buat dekat dewan makan tu, tapi aku suka. Sebab sejuk, tak panas macam kat luar.

Tanpa membuang masa, aku memulakan kerjaku di bahagian dapur. Sakit mata tengok, sana sini melekit, kotor, pinggan mangkuk tak tersusun dan banyak lagi. Kat asrama ni, kami masak sendiri untuk pelajar lain, ikut giliran, sebab itu adalah salah satu cara untuk mengajar kami berdikari. Tapi, siapa last masak semalam? Kenapa kotor sangat dapur ni?

Aku terus periksa kertas yang terlekat dekat dinding sebelah switch lampu. JUNIORRRRRRR. Nanti korang, aku basuh kepala korang sorang sorang. Buat kerja tak pernah sempurna.

"Tengah marahkan apa tu?" soal seseorang tiba - tiba disebelah mukaku betul - betul. Terkejut aku dibuatnya. Sejak bila pula dia masuk ni?

"Eh, warden. Buat apa dekat sini?" soalku.

"Saja, nak check kerja awak dah siap ke belum," kata Alex sambil tersenyum. "Tapi... saya rasa, awak belum mula lagi, kan?"

"Ha ah. Masih memproses otak nak buat apa," balas ku segan. Aku bila berduaan dengan seseorang, tak kira lah lelaki ke perempuan, rasa janggal tu akan hadir secara neutral. Ah, sekarang ni lah waktunya, rasa janggal tu hadir.

"Nak saya tolong ke?" soal Alex. 

"Eh, tak apa tak apa. Aku boleh buat sendiri," kataku lalu mula mengemas pinggan mangkuk yang ada dekat sink tersebut. 

Alex pula masih tidak beredar dari dapur itu. Dia duduk dekat island besar tu sambil memerhatikan aku. Kenapa dia tengok aku sambil tersenyum - senyum. Lawak sangat ke aku buat kerja ni? Dia tak busy ke?

"Warden tak busy ke?" soalku ramah dalam kesibukan hari ku.

"Busy..." katanya lalu berhenti seketika. "Busy tengok awak. Tengok awak saja membuatkan hari saya jadi sibuk," sambungnya. Aku yang tengah mengelap island dimana dia duduk sekarang ni, terus terhenti. Wait, what? 

Perlahan - lahan aku menoleh memandangnya, senyuman di bibir ku ukir. "Hehe... You almost got me there. Hebat juga lawak warden ni," kataku sambil menunjuk - nunjuknya berulang kali lalu menyambung kerjaku semula.

Alex menggosok - gosok belakang kepalanya sambil ketawa sikit. "Hebat kan," puji dirinya sendiri. 

Hampir sejam, aku dekat dapur tu, hampir sejam tu juga dia masih duduk dekat sana, tengok aku buat kerja. Kalau tak tengok aku buat kerja, dia main dengan phone nya pula. Banyak masa kut dia ni.

Aku Tak... (COMPLETE)Where stories live. Discover now