AT 8

2K 58 19
                                    

DIN POV

"Oh Din, ni Win. Win, ini Din," Sean memperkenalkan aku kepada seseorang yang aku tak sangka akan berjumpa lagi. Lelaki ni, dia kawan Sean? Kecik nya dunia ni. Namanya Win?

*Pertama kali aku jumpa Win, masa dekat pub beberapa minggu yang lepas. Dia bantu aku masa aku mabuk hari tu. Masa tu aku fikir yang tolong aku tu, Aqiem. Apa yang aku ingat, aku menangis bagai nak rak, merayu jangan putus dengan aku, lepas tu.... yes... aku cium dia. Pastu aku pengsan.

Aku hanya menganggukkan kepala ku sambil tersenyum manis sebagai tanda perkenalan kami yang pertama. Pertama lah sangat. Begitu juga dengannya. Sepanjang yang lain sibuk berborak dengan Abang Alex, aku terlalu fokus mencuri - curi pandang lelaki yang sedang duduk di hadapan ku ini. Aku belum minta maaf lagi dengan Win masa hari tu. 

Dia tak marah... kut. Cuma aku rasa bersalah sebab susahkan dia dan cium dia sesuka hati aku.

"Sorry lambat," sapa satu suara yang sangat aku kenali. Aku memandangnya sekilas. Senyuman ku terus mati.

"Ciuman ni menandakan aku takkan lepaskan kau semudah itu. Aku akan tunggu kau, even it takes me years to have you back." Ayat yang pernah ku katakan kepada Aqiem mula bermain di fikiranku. 

Win yang sedang sibuk menjamu selera, ku pandang sekilas lalu ku memindahkan pandangan ku arah Aqiem pula. Mungkin, ini cara yang terbaik untuk aku melupakan Aqiem. Bukan kerana aku menyerah kalah, tapi Aqiem langsung tak menunjukkan minatnya kepada aku lagi selepas apa yang aku lakukan. Aku mengeluh sedikit. 

Tapi... Aku masih sayangkan Aqiem. Aku masih tak dapat lupakan dia. Sebab utama dia nak putus dengan aku, masih kurang jelas bagiku. Apa salah aku?

Din, Aqiem dah tak sayangkan kau. Kau mesti terima kenyataan. Kau mesti cari jalan untuk melupakan dia dan jalan tersebut ada di depan mata kau sekarang iaitu Win. Ya, Win.

Keesokan harinya, macam tau - tau je, Ren membuat satu grup WhatsApp untuk membahaskan kisah Sean dengan Abang Alex. Kebetulan, di dalam grup tersebut ada Win. Tanpa membuang masa aku terus text dia, minta maaf dan berkenalan dengannya. Nasib, dia tak straight. So, dia tak marah sangat bila aku cium dia masa hari tu.

Selepas itu kami kerap berjumpa, tak kira di asrama mahupun di kampus, tanpa pengetahuan member yang lain. Nasib dekat asrama, Win duduk dekat bilik yang untuk seorang saja seperti Aqiem. Hmmm... Aqiem.

Walaupun hanya beberapa hari kami kenal, aku tekad mengambil langkah untuk jadikan dia teman lelaki aku. Aku confess, dan dia terima. Senang sangat- sangat.

Present time...

"Ceh... miss you too..." balasnya lalu mengucup bibirku pula.

Pinggangnya ku peluk. Senyuman ku ukir bila melihatnya.

"Jom... Nanti diaorang syak apa - apa pula," kataku pada Win. "You go first, aku ikut dari belakang nanti,"sambungku.

"Bah(Ok)," balas Win lagi sekali lalu mengucup bibirku sebelum beredar. Aku hanya menghantarnya keluar dari tandas dengan ekor mataku dan senyuman di bibir.

Pantulan ku yang ada pada cermin di hadapanku, ku pandang sekejap. Senyuman sinis ku ukir. 

.

.

.

AQIEM POV

"Tahniah," ucap tetamu yang hadir kepada pasangan pengantin baru yang sedang duduk di pelamin sekarang. Walaupun ianya hanyalah majlis kecil - kecilan, tapi masih ramai yang hadir ke majlis tersebut.

Aku Tak... (COMPLETE)Where stories live. Discover now