"Kau duakan aku selama ni?"

"Saya mintak maaf, saya tak cintakan awak" jawab Adeera, sungguh dia pasrah dengan keadaan.

"Apa silap aku, apa kurangnya aku?! Siapa jantan dalam gambar ni?" soal Tengku Zafril bertubi-tubi, Adeera hanya diam tidak membalas. Bagasinya ditarik ke arah pintu untuk keluar, tak sanggup dia melihat wajah Tengku Zafril. Apatah lagi untuk memohon penceraian seperti permintaan Maya, dia tak mampu untuk menunaikan janjinya yang satu itu.

"Selangkah kau keluar dari rumah ni, kau bukan isteri aku lagi" ugut Tengku Zafril, sengaja ingin menggertak isterinya. Adeera menoleh, bagai hendak pengsan dia mendengar kata-kata Tengku Zafril. Mengapa takdir seperti memihak kepada permintaan Maya? Nafas berat dihela.

"Ikut awaklah, apa pun keputusan awak saya terima" balas Adeera perlahan namun cukup jelas didengari oleh Tengku Zafril. Adeera menyeka airmatanya yang mengalir laju, matanya memandang kakinya yang melangkah keluar dari pintu rumah. Semakin luruh jantungnya, talak sudah jatuh serta-merta ke atasnya.

"Saya mintak ampun Tengku Zafril" rintih hatinya, andai dia mampu meluah. Tengku Zafril diam membungkam, terkejut dengan tindakan Adeera. Dia mengangguk lemah, pandangan hanya jatuh ke lantai.

Menyesal kerana lafazkan cerai taklik? Semestinya. Dia langsung tidak menyangka Adeera benar-benar melangkah keluar, dia sangka Adeera akan membatalkan niatnya untuk keluar. Namun tidak, talak sudah jatuh. Tiada daya untuk memandang wajah isterinya yang sangat disayangi itu, nafas dihela sedalam-dalamnya.

"Mawar Adeera binti Dato' Ismail, aku ceraikan kau dengan talak satu. Aku lepaskan kau, jangan jejakkan kaki dekat rumah ni lagi"

Menitis airmata lelaki Tengku Zafril ketika melafazkan cerai ke atas Adeera, dia tak rela. Adeera tergamam, tambah pula melihat Tengku Zafril menitiskan airmata pertama kali kerananya. Sungguh dia tidak berniat menyakiti lelaki yang dia cinta, namun dia terpaksa.

"Saya mintak maaf, jodoh kita setakat ni je. Esok saya akan pergi mahkamah syariah, uruskan hal penceraian kita. Saya harap awak beri kerjasama, lebih cepat lebih bagus. Semoga awak jumpa seorang perempuan yang lebih baik dari saya, saya pergi dulu. Assalamualaikum" Adeera melangkah keluar dari rumah itu. Tengku Zafril terduduk di situ, sungguh tidak dia sangka pengakhiran hubungannya dan Adeera sebegitu rupa.

Adeera memandu kereta ke rumah Aqila, airmatanya masih meluncur laju ke pipi. Teresak-esak dia menangis, dia perlu kuat demi anak di dalam kandungannya.

"Ya Allah, ampunkan aku ya Allah" rintih Adeera sendirian, dia menyeka airmatanya. Setelah dia tiba ke destinasi, nafas dihela perlahan. Aqila keluar dari rumah, pelik juga dia dengan kehadiran Adeera tiba-tiba.

"Dee?" panggilnya, Adeera berlari ke arahnya. Pantas tubuhnya dipeluk, Adeera menghamburkan tangisan.

"Dee, kau kenapa ni?" soal Aqila, berkerut seribu dahinya.

"O-ok Dee, aku tak tahu apa yang jadi but apa kata kalau kita masuk dulu?" ajak Aqila lembut, Adeera mengangguk perlahan.

"Dee cerita dekat aku, kau kenapa? Kau gaduh dengan laki kau ke?" Aqila cuba meneka, mana tahu betul. Adeera menghela nafas berat, cincin perkahwinan di jarinya itu ditanggalkan. Aqila melopong mulur, wajah Adeera dan cincin itu dipandang silih berganti.

"Dee, kau-"

"Aku dah cerai dengan dia" pintas Adeera, Aqila yang mendengar bagai mahu pengsan. Mustahil Adeera bergurau, orang gila je yang bergurau dengan benda macam ni.

"Allahurabbi Dee, apa kau dah buat?!" soal Aqila, bahu Adeera dipegang. Adeera menangis teresak-esak, sebak tak terkata saat itu.

"A-aku dah lukakan hati dia Qila, aku dah hancurkan kepercayaan dia" luah Adeera, mata Aqila juga sudah bertakung dengan airmata.

"Dee, bawak bertenang Dee. Walau apa pun jadi, kau ada aku. Kau ada family kau" pujuk Aqila.

"Aku tak tahu apa akan jadi dengan anak aku lepas ni Qila, aku takut"

"Fikir baik-baik Dee, penceraian bukan jalan penyelesaian yang baik tau" ujar Aqila, Adeera hanya menangis teresak-esak.

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

.

Hii ,

Mohon bersabar ini ujian 😂

V o t e
~~~ ••• ~~~
C o m m e n t

Thankyou !

Sincere ,
nurhanaaaaaaaaa

Hadirnya CintaМесто, где живут истории. Откройте их для себя