" Lambatnya kau keluar, cacing dalam perut aku ni siap menari tiang kelaparan ni" Kata Hazel tanpa menjawab soalan Amanda.

Amanda buat muka geli.

" Kau ni bongok betul la, haritu muntah keluar tupai harini cacing...."

Hazel sengih. Dia memang selalu cakap benda macam tu. Hobi kut. Suka tengok muka nak muntah adik kembarnya.

Mereka meneruskan langkah untuk ke kantin atau Academy's Cafe.

Jauh juga nak berjalan. Takde karpet terbang free untuk student ke? Biar cepat sikit sampai nak pergi mana-mana.

Inilah manusia, tahap malas nauzubillah. Semua benda nak senang, cuba jangan didik diri tu dengan asyik nak senang je. Kalau tak lalui fasa kesusahan macam mana nak kenal erti kehidupan?

Lahh orang nak pergi cafe kita buka kuliah motivasi tetiba.

Pelajar yang berkumpul di tengah jalan itu menarik perhatian EvG. Terangkat kening mereka bertiga. Apahal pula tu?

" Pahal tu? Ada orang akad nikah ke?" Ujar Hazel dengan mulut yang.. korang faham kan jenis mulut Hazel ni macam mana?

Kepala Hazel disekeh Mikayla disebelah.

" Hotak kau orang nikah tengah jalan. Cairkan sikit pekat bodoh kau tu"

Amanda tergelak dengan kata Mikayla. EvG memang dikenali dengan sifat yang tidak busybody dengan hal orang terus sahaja memasuki cafe.

Masuk je cafe, sikit je pelajar yang ada.

" Aik kenapa sikit je orang. Ke kita salah timing ni?" Soal Amanda pelik.

Tapi mereka tetap berjalan untuk pergi mengambil makanan di kaunter.

" Aku rasa dorang pergi tengok apa jadi kat luar tu kut. Kan ramai orang berkumpul tu" Kata Mikayla sambil bibir dimuncungkan ke arah luar cafe.

Mereka mengambil tempat di sebelah cermin kaca. Nak ambil aircond. Bukan senang nak dapat tempat ni tau, limited edition punya tempat. Ramai berebut. Huh dasar tamak. Nak rasa aircond diaorg sorang je.

Menu kita pada hari ini......... jeng jeng jeng!
Mee kari!!

Mereka mula membaca doa dan terus makan.

" Weh betul ke kat luar yang gaduh tu de'men dengan The Bro's? "

" Yela kut. Bertumbuk wey diaorg, sebabnya Nash cari pasal dengan Najmi. Boleh pula si Nash tu pergi sabotaj Najmi time diaorg berlatih tadi"

" Serious la? Apa kes?"

" Kau tau jela, Nash kan memang dengan semua orang dia nak dengki. Lagi-lagi dengan musuh dari sekolah rendah dia tu, Najmi "

EvG hanya mendengar perbualan dua gadis di meja sebelah.

Mikayla buat isyarat mata..

' Nash '

Hazel dan Amanda mengangguk. Macam ni rupanya pernagai sepupu mereka. Muka je baik tapi perangai haih.

" Kau cari pasal dengan aku dulu la sial!" Jerit Najmi sebelum penumbuknya hinggap di bibir Nash.

EvG melihat kejadian itu melalui cermin kaca disebelah mereka.

Darah di bibir Nash akibat ditumbuk Najmi terkeluar.

Tersembur sedikit kuah kari dari mulut Mikayla. Dia terus mengalihkan pandangan. Mikayla memang takut darah.

Haq dan Noah cuba menenangkan kembar mereka. Tetapi mereka juga turut ditumbuk oleh Eriq dan Uwais. Maka pergaduhan antara tiga kembar dan musuh mereka makin sengit.

Pelajar disekeliling tiada niat untuk menghentikan pergaduhan sengit itu. Makin bersorak adala huh.

Tak boleh jadi ni. EvG bangun dan terus keluar dari cafe. Enam lelaki yang sedang saling berbalas tumbukan itu didekati.

Hazel memegang bahu Haq dan Eriq lalu menarik kedua lelaki itu menjauh. Amanda pula menarik Najmi dan Nash manakala Mikayla sedaya upaya menolak badan Uwais menjauh dari Noah.

Memang teruk muka sorang-sorang. Jelingan oleh Mikayla berjaya menakutkan pelajar ASH begitu juga de'men dan TB.

Semua mula diam.

" Korang ni dah kenapa nak bertumbuk bagai? Settle la elok-elok tak perlu la nak tunjuk hebat kat tengah-tengah jalan ni. Bisu ke apa sorang-sorang?" Amanda sudah membuka mulutnya.

de'men dan TB menunduk. Tetapi muka mereka menahan amarah.

Hazel yang masih memegang bahu Haq itu memandang Haq tajam. Harap muka je matang tapi perangai dua kali lima budak sekolah yang suka buat hal.

Rachel yang melihat kekasih hatinya dipegang oleh perempuan lain datang menyerang.

Hazel ditarik menjauh kemudian pipi ditampar kuat. Terkejut semua disitu apatah lagi Hazel. Pipinya dipegang.

" Eh betina, yang kau gatal sangat nak pegang boyfriend aku kenapa?!!" Suara Rachel yang kuat itu membuatkan Hazel bertambah marah.

Dahla kena tampar tiba-tiba. Kena tuduh gatal sentuh boyfriend orang and now kena marah depan orang ramai dengan minah iblis ni?

Siapa je tak hangin?

Orang nak settle hal lain minah ni tambah hal baru.

Mikayla menolak Rachel sehingga gadis itu jatuh terduduk.

" Woi betina! Kau pahal sampai nak tampar kakak aku sial? Kau memang cari pasal la bodoh!" Carutan yang keluar dari mulut Mikayla itu mengejutkan semua.

Kolar baju Rachel ditarik sehingga gadis itu bangun dari jatuhnya. Hampir sahaja Rachel ditampar oleh Mikayla, guru-guru datang menghampiri mereka.

Pelajar yang berkerumun tadi mula berlari pergi dari situ. Taknak ditangkap. Oo kau tengok pandai, nak settle tak pandai. Bodo punya budak.

Mikayla melepaskan kolar Rachel. Memang dia bagi jeling yang paling tajam kepada Rachel. Rachel pula buat muka tidak terkesan langsung dengan jelingan itu.

Padahal dalam hati tu dah menangis weyy.

" Nasib kau baik kali ni kalau tak memang dah makan penampar aku" Tukas Mikayla perlahan.

" All of you. Follow me. Now! " Arah Puan Mawar.

de'men, EvG, TB dan Rachel mengikut Puan Mawar untuk ke bilik tahanan.

Triplets T&NWhere stories live. Discover now