CHP 18

946 93 5
                                    

Hujung minggu tiba.

Pagi itu sangat hening. Udara yang segar disertai bunyi burung berkicauan.

de'men bangun awal pagi untuk berjoging di padang pada hari ini.

Sedang mereka berjalan untuk pergi ke Academy's Stadium (AS), mereka terserempak dengan The Bro's.

Tiga kembar tidak seiras itu tidak mempedulikan tiga manusia di hadapan mereka dan hanya teruskan berjalan.

Uwais senyum sinis.

" Eh abang abang kembar ni nak pergi mana pagi pagi buta ni? " Katanya.

Haq hanya diam malas nak membalas. Najmi pula mengeluh.

Pagi pagi lagi dah ada yang cari pasal.

" Pagi yang buta ke kau yang buta? " Jawab Noah.

Eriq dan Nash pandang Noah tidak faham.

Noah memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.

" Jalan kitaorg lalu ni sehala. Sehala untuk ke stadium, kau dah tau atau buat buta? " Kata Noah pedas.

Uwais terkesan dengan kata dari Noah. Matanya menentang Noah tajam.

Noah tidak menghiraukan pandangan itu. Dia tau Uwai tidak dapat membalas katanya.

Najmi berbisik di telinga kembarnya.

" Jom lah bla, panas pula nanti "

Tiga kembar tidak seiras itu teruskan langkah mereka.

The Bro's juga sama.

Fikiran Noah tiba-tiba teringatkan Mikayla.

Dia mendapat tahu bahawa gadis itu demam beberapa hari lalu selepas balik dari pertandingan peringkat daerah itu.

Hari itu juga perang dingin mereka mula tercetus semula.

Hati Noah mengatakan untuk pergi melihat keadaan Mikayla tetapi otaknya mengatakan tidak.

Kepala ditoleh ke arah Najmi disebelah.

" Naj "

" Apa?" Sahut Najmi.

Noah pandang kakinya yang sedang melangkah itu.

" Kau... ada tanya Amanda pasal Mikayla tak?"

Najmi pandang adiknya itu.

" Takde, kenapa pula dengan Mikayla?"

Noah tidak membalas. Dia memejam mata, dah kenapa pula aku tanya si Najmi ni.

Macam la dia tau kes aku dengan minah tu.

Najmi hairan. Tiba-tiba je tanya pasal Mikayla. Selama ni takde pula Noah ni bagi reaksi apa-apa bila aku bercerita pasal tiga kembar tu.

" Abaikan jelah " Kata Noah.

Najmi hanya mengangguk.

Dia menyenggol siku Haq disebelah.

Haq angkat kening tanda kenapa.

" Kau okay tak? Dua tiga hari ni kau lain aku tengok "

Soalan Najmi itu membuatkan Haq terdiam.

Dia juga tidak tahu mengapa. Tetapi fikirannya sering memikirkan tentang hubungannya bersama Rachel.

Meskipun sudah ramai mengatakan dia lelaki yang bodoh kerana terlalu mempercayai Rachel, tapi dia tetap dengan menghiraukan mulut-mulut yang bergelar netizen itu.

Triplets T&NWhere stories live. Discover now