CHP 43

298 51 2
                                    

Amanda memasuki wad persendirian kakak kembarnya, Hazel. Setiap kali dia melihat wajah Hazel itu dia merasa hiba.

Bibir kebiruan pucat, wajah yang cantik putih bersih tapi pucat seakan darah tidak mengalir di situ. Hazel terbaring di atas katil itu sudah hampir dua minggu.

Selain dari rangka kepala yang retak dan badan kehilangan banyak darah, apa yang membuatkan keadaan Hazel lebih teruk ialah tangan kanannya patah.

Semua memikirkan cara untuk membuat Hazel menerima hal itu. Walau kemungkinan besar tangannya yang patah itu boleh sembuh tetapi memakan masa yang lama.

Bagaimana perasaan seorang taekwondo fighter  akan menerima hal yang menyayat hati dan akan memberi kesan kepada kehidupan sehariannya ?

Semua tumpang bersimpati.

Keluhan dilepaskan. Amanda kemudian keluar dari bilik wad itu. Sebaik sahaja dia keluar, mata terus memandang ke arah seorang lekaki yang setia berdiri di hadapan pintu wad Hazel.

Dia memberi laluan kepada Amanda tapi matanya memandang lantai.

" Masuk lah, dia tengah tidur lagi " Kata Amanda sambil tersenyum pahit.

Mendengarkan itu, lelaki bertopi hitam tersebut mengucapkan terima kasih kemudian masuk ke dalam wad.

Kaki perlahan-lahan melangkah ke arah Hazel yang sedang berbaring tidak sedarkan diri di atas katil pesakit.

Langkah terhenti apabila sudah sampai di tepi katil.  Wajah Hazel yang pucat itu dia tenung lama.

Sudah seminggu berlalu dan hari ini baru dia ada kekuatan untuk datang melawat.

Perasaan bersalah tidak habis menghantui dirinya. Dia menyalahkan diri sendiri dengan apa yang terjadi. Walau bukan salahnya.

Dia rasa sangat bersalah kepada Hazel, sangat bersalah. Kerana dia Hazel menjadi mangsa.

Hidupnya jadi tidak tenang apatah lagi melihat keadaan Hazel begini. Dia mengeluh panjang.

Tangan naik menyentuh rambut keperangan milik Hazel.

" Open your eyes, Hazel. Everyone's worried about you. 
Including me "

Dia kemudian keluar dari wad tersebut dan meminta diri untuk pulang kepada Amanda.

Amanda mengangguk bersama senyuman. Mata menghantar Haq pergi.

*****

Backpack yang dipenuhi barang keperluan untuk dibawa pulang ke dorm diletakkan atas sofa ruang tamu.

Dua kembar itu pergi ke meja makan untuk menikmati makanan tengah hari yang telah dihidangkan.

Sesisi rumah mula menadah tangan untuk membaca doa sebelum makan.

" Macam mana dengan tour Feen nanti ? " Soal Tengku Khaleed kepada isterinya, Tengku Laura.

Tengku Laura diam sebentar. Lauk ikan patin tempoyak diambil sedikit dan deletakkan ke dalam pinggan suaminya.

Kepala digeleng sedikit.

" But she has chance if she's awake this week. Plus, if Feen boleh control mental dia untuk percepatkan waktu untuk tangan kanan dia sembuh semula "

Semua mendengar.

" Most importantly is she needs support from us as her family. Together we help her, okay ? Especially her twins " Kata Tengku Laura tersenyum sambil melihat ke arah dua lagi anak perempuannya.

Mikayla terus berpaling ke arah Amanda di sebelah. Amanda mengangguk dengan semangat.

" Dah makan cepat, lepasni pergi dengan bonda alang-alang bonda pun ada kerja nak kena settle dekat Acy " Kata Tengku Laura lagi.

Triplets T&NOù les histoires vivent. Découvrez maintenant