S3 | Final Chapter

Start from the beginning
                                    

"Annyeong. Terimalah..., Still With You."

Sekali lagi tepukan gemuruh diberi, bibirnya menggeletar namun masih tenang membuka nyanyian dengan suara yang lunak. Membuai semua orang yang berada di dewan tersebut. Lagu ibarat latar belakang yang sesuai dengan emosi Luna sekarang, gadis itu turut setia mendengar setiap bait lirik yang dinyanyikan oleh lelaki misteri itu.

"nuneul bogo malhallaeyo..
bogo sipeosseoyo..~
hwangholhaessdeon gieok soge~
na hollo chumeul chwodo biga naerijanha...
i angaega geothil ttaejjeum jeojeun ballo
dallyeogal ge geuttae nal jabajwo~..." nyanyian penuh emosi hampir menyentuh perasaan semua penonton yang melihatnya.

Air mata Yunhee mengalir, terketar ketar kamera telefon yang tengah merakam tu. Tak sangka akhirnya dia berjaya pujuk Jungkook untuk kembali bertemu dengan orang ramai setelah sekian lama. Sebelah tangan naik menerkup mulutnya dek kerana diterpa perasaan terharu melampau.

"Wuuu!! Daebak!!"

"Jeongmal chwego!!"

Jungkook tersenyum di balik mask yang menutup bahagian matanya. Bila tengok penonton dari atas pentas, perasaannya lain. Rasa rindu dan sebak bercampur baur. Alangkah indah kalau dia masih seorang idol.

"Kamsahamnida, yeoreobun."

Sebaik sahaja Jungkook ingin bangkit dari duduknya, tidak sengaja stand mikrofon yang dia cuba untuk bawa sekali dengannya berlaga dengan sayap mask mata yang dipakainya.

Terjatuh.

Jungkook terpaku apabila sekarang semua orang dapat lihat dengan jelas wajah dia. Sudah lah sekarang semua cahaya memang tertumpu dekat dia. Tapi bukan dia sorang, malahan penonton pun dah mula terbeliak, rahang jatuh ke tanah, jari mula menunding ke arah lelaki tersebut. Yunhee pun dah gelabah, cepat cepat dia larikan diri dari tempat gelap itu.

"YAH ITU JEON JUNGKOOK! SERANG!!"

"AGHHH OPPA!"

Dengan kelajuan pantas, Jungkook melarikan diri. Lesap.

Luna menghela keluhan ringan, tak sangka majlis ni jadi huru hara. Disebabkan dia tak berminat dengan artis jadi dia tinggal sendirian dekat dalam dewan tu. Menikmati beberapa gelas wine. Sementara Jimin yang sedikit lewat beberapa langkah, bersama tuxedo hitam yang terlihat rapi dan kacak mencari bayang kekasih hati. Maklum lah orang tergesa gesa balik dari hospital. Tapi tetap tak nak kecewakan orang yang dia sayang.

"Luna!"

Gadis itu berpaling, "Eoh..."

Luna bangkit dari duduknya, dia menarik pergelangan Jimin sehingga mereka berdua keluar dari dewan tersebut. Kening lelaki itu sudah berkerut bingung dengan perangai Luna yang langsung tak menyambut dia tapi buat macam tu pulak. Pelik betul. Nak tak nak dia menurut. Luna menghentikan langkah seraya berpaling menghadap Jimin, tangan sudah pun berlipat pada dada. Cuba memaparkan reaksi marah.

"M..Mian. Aku lambat. Geuji?"

"Aniya. Aku tak nak cakap pasal benda tu."

"Em habis tu?"

Luna menelan liur. Dia serba salah sangat dengan Jimin nak cakap apa yang dia akan luahkan lepas ni. Sesungguhnya semua tu tak betul dan bukan niat dari hati. Dia cuma tak nak Jimin terseksa dengan apa yang akan berlaku. Sebab dia akan pergi tinggalkan lelaki ni, itu lah pengakhiran cerita mereka.

"Kenapa kau tak pernah bagitahu, yang kau dah tahu pasal penyakit aku?"

Riak wajah Jimin berubah, "Bukan aku tak nak bagitahu. Lagipun aku tak nak kau fikir. Aku ikhlas dengan kau, aku terima kau seadanya."

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now