S2 | Chapter 3

2.2K 418 394
                                    


**************

Taehyung hari ni masuk ke tempat kerja sedikit lewat. Sebabnya tujuan utama sekarang adalah hospital. Check up. Sejak kes kemalangan bas tu Taehyung pun antara salah satu mangsa yang menjalani pembedahan normal cuma ada beberapa symptom yang masih memberi kesan dalam hidup dia. Entah kenapa jantung dia asyik berdegup laju walaupun dia tak kerja keras. Ini lah antara sebab kenapa Taehyung pilih kerja untuk duduk dalam pejabat dan kurang buat aktiviti lasak.

Lelaki itu memuncung bibirnya, menanti giliran. Setelah dipanggil dia langsung bangun lalu menapak ke arah bilik tersebut.

"Kim Taehyung." panggil doktor itu apabila tepat Taehyung menguak pintu. Mereka saling bertukar pandangan.

"Jimin?"

Jimin tersengih, "Irriwa. Meh duduk sini." panggilnya mesra seraya menepuk nepuk kerusi yang bersebelahan dengan dia.

Taehyung menghela keluhan ringan, pintu ditutup rapat. Punggung dilabuhkan di bangku berhadapan lelaki itu. Mungkin jodoh dorang boleh jumpa lagi, cuma dalam keadaan dan situasi yang berbeza.

"Aritmia. Kau jangan risau sangat pasal jantung kau ni, cuma kau kena lah kurangkan alkohol, kafein dan jangan lasak sangat. Kalau dah betul betul elok baru boleh. Kau merokok?"

"Tak."

"Bagus." Jimin menekan skrin telefon pintarnya, menunjuk beberapa jenis model jam. "Aku cadangkan kau pakai smart watch ni. Boleh kawal hipertensi jantung kau. Kalau dah bunyi tu maksudnya kau dah kena elak or berhenti buat sesuatu. Arraseo?"

"Eoh." Taehyung mengangguk kepala.

Topik pasal kesihatan dah habis. Sekarang ni dua dua pun berfikiran topik yang sama iaitu tentang Do Yun Jae.

"Bila kau balik sini? Kenapa tak bagitahu aku?" tanya Jimin.

"Kita bukan kawan."

Jimin tertawa halus, "Geuji? Dulu asal jumpa je nak settle pakai tangan. Padahal boleh je kita boleh sembang chill chill. Maklum lah dulu budak lagi. Tapi aku tak kisah pun pasal cerita lama. Lagipun semua tu kenangan zaman sekolah kan? Aku happy dapat jumpa kau lagi wahai musuhku paling handsome."

"Gurae.." jawab Taehyung tenang.

"Kau tinggal mana sekarang?"

"Rumah lama. Tak selesa tempat lain. Macam mana dengan Yunjae?" ujar Taehyung.

Lelaki itu menghela keluhan ringan, tangan diseluk ke dalam poket baju putihnya, "Macam tu lah. Aku pun tak pasti memandangkan dia selalu tolak nak buat check up sebab dia kata dia sihat je. Mianhae Taehyung-ah, aku cuma nak jaga dia."

Taehyung tersenyum kecil, "Aniya. Gomawo, aku harap kau dapat terus jaga dia." suara husky itu kedengaran sedikit sayu.

"Kenapa kau tak nak dia kenal kau? Hm?" tanya Jimin mengaju soalan yang asyik buat dia bingung.

"Geunyang.. dia tak perlu kenal siapa aku dalam masa lalu dia. Aku cuma.. kisah silam."

Jimin menepuk bahu lelaki dingin itu, "Yah. Dulu aku selalu cemburu dengan kau. Sebab apa? Sebab aku teringin nak ada kawan macam Yunjae, yang selalu ada dengan aku time aku happy, sedih or tak kira masa. Kau tahu tak kau tu orang yang penting dalam hidup dia? Kalau nak dihitung, kau ni separuh dari hidup dia."

"Tak. Aku harap aku tak akan ada kaitan dengan dia lagi."

*************

Hanya ada satu tujuan yang berada di dalam kepala otak Yunjae, iaitu mengganggu hidup jiran depan rumahnya sehingga lelaki tu terpaksa terima skrip dia walau apa pun cara sebab ini satu satunya peluang yang tinggal. Entah berapa lama lagi agaknya dia nak kena tunggu peluang macam ni datang. Kalau tak ditayangkan jugak, mahu menangis penjuru bilik je lah.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now