S3 | Chapter 3

1.6K 328 178
                                    


************

Ruang makan dipenuhi gelak tawa sinis. Jimin hanya mampu mendiamkan diri dan makan dengan tenang dek kerana dah terbiasa dengan suasana macam tu, walaupun sejak dari awal lagi. Perangai manusia manusia yang bergelar doktor dekat situ tak pernah nak berubah. Sekarang ni pulak, dorang tengah riuh permainkan berkait topik tentang majlis perkahwinan Jimin yang gagal beberapa bulan lalu lamanya. Baru bukak topik tu hari ni pun sebab masa awal awal dorang fikir tak elok kalau nak bergurau belum sampai waktunya. Risau Jimin mengamuk.

"Yah Jimin, macam mana dengan perempuan tu? Dah ada anak ke sekarang? Aku dengar yang dia dah kahwin. Betul ke?! Hahahaha!" kata Jiheon dengan nada mengejek.

Lelaki itu cuma terdiam membisu. Malas nak layan.

"Aduh malu ah. Aku fikir tak wujud tau kes dah bercinta bagai nak rak, lepas tu dah beria nak kahwin. Last last hidup dengan orang lain. Habuk pun tak ada." sampuk rakan lain, Hee Son.

"Kan. Ado. Apa ni Park Jimin? Takkan perform jadi doktor je tapi jadi lelaki sejati asyik gagal?" usik Jiheon lagi sengaja nak naikkan amarah lelaki tu. Jimin bingkas bangun dari duduk setelah menyelesaikan makanannya.

"Yah Park Jimin! Tunggu lah!"

Jiheon turut meninggalkan meja makan, sempat dia menggapai tisu kering seraya berlari mendapatkan tubuh lelaki itu. Dirangkul erat lehernya.

"Alolo kau marah ke? Ala aku mana tahu perempuan tu lebih pilih boyfriend dia yang kedua berbanding kau. Tak nak cerita ke kisah tragis tu? Aku boleh jadi pendengar tau." usik Jiheon lagi.

"Geumanhae. Aku tak nak cakap pasal benda ni." ujar Jimin dengan nada yang tenang seraya menyeluk tangan ke dalam coat putihnya.

Jiheon berdecit, "Kau malu kan? Biasa lah Min, perempuan ni kita tak boleh baca apa dalam otak dia. Hari ni dia kata nak kau, tapi sebenarnya dalam otak dia nama kau pun tak ada."

"Eoh?"

Mereka berdua menghentikan langkah sebaik sahaja tepat berhadapan dengan seorang gadis yang dikenalinya beberapa minggu lepas bersama seorang lelaki separa abad di sebelah.

"Eoh! Alolo terserempak pulak dengan boyfriend kita!" Luna terus merangkul lengan Jimin, sempat dia menolak jauh si Jiheon.

"Eh?"

"Oh."

"Hah?"

"Wah! Teman lelaki kamu ke ni sayang?! Aigoo gembira dapat berjumpa! Finally, Luna dah ada namchin."

Luna menyiku pinggang Jimin dalam diam supaya lelaki itu memberikan respon. Jimin tertawa janggal, bola matanya melihat lelaki separa abad itu dan Jiheon berganti ganti.

"E..eoh, nae annyeonghaseyo. Park Jimin... imnida."

"Hah handsome kan dia?"

"Eung! Kena sangat dengan kamu."

Jimin menggaru belakang tengkuknya dek kerana segan. Tapi dia masih tak faham apa yang berlaku. Sejak bila entah dia bercinta dengan Luna, padahal baru harini dia tahu nama budak perempuan tu.

"Em kenapa datang sini? Ada yang sakit ke?" soal Jimin membuka perbualan baru untuk menghilangkan rasa janggal.

"Pergi buat check-up je. Ha dah nak kena balik ni ada meeting. Abeoji gerak dulu ya apa nama kamu tadi, Jimin? Haa.."

"N..nae.. abeonim. Josimhae."

Mereka bertiga menunduk separa tubuh kepada lelaki yang sudah pun melambai jauh itu. Luna turut melambai mesra dengan semangat lagi pulak tu, tanpa rasa serba salah sedangkan dia tak tahu yang Jimin dah kecikkan bola mata sambil pandang dia.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now