Mesin Tinjau : DZHaM081212

19 3 0
                                    

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 4 FiksyenSainsMY, DZHaM081212, Mesin Tinjau

Namun sebelum anda membacanya, kami ingin mengajak anda ke sini, sana dan situ dahulu untuk mengikuti kisah Dr Luez ini dari awal. 

Beberapa punat dan juga suis ditekan untuk memulakan sesuatu sebelum kemunculan enam buah heksagon yang berwarna kuning keemasan di hadapan seorang petugas tersebut

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Beberapa punat dan juga suis ditekan untuk memulakan sesuatu sebelum kemunculan enam buah heksagon yang berwarna kuning keemasan di hadapan seorang petugas tersebut. 


"Mari aku tunjukkan pada kau tentang satu ciptaan terbaru dan tercanggih aku," Dr Darius mempelawa aku demi melihat hasil kerjanya selama hampir 20 tahun itu.

Ia mengakibatkan bebola mataku seperti ingin terkeluar dari soketnya dan rahangku pula seakan terjatuh. "Apa tu? Mesin teleportasi ke atau nuklear?" soalku laju. 

"Haish, bukanlah! Memperkenalkan ... ini adalah mesin tinjau gergasi yang pertama kali wujud di Malaysia!" Dr Darius melengkungkan senyuman yang lebar tatkala memerhati ke arah sebuah mesin yang sangat besar di hadapan kami.

"Eh, mesin tinjau? Bukankah mesin tinjau sudah sekian lama wujud di negara kita ini?" tanyaku lagi kebingungan. 

"Tahu. Tapi ini mesin tinjau yang lain daripada lain ..." 

 "Maksud kamu?"

"Hmm ... mesin ini berfungsi untuk mengesan radiasi dan molekul-molekul yang datangnya daripada gelombang Black Hole itu. Dengan cara ini, kita juga mudah untuk mengetahui akan benda asing serta 'entiti-entiti' kimia pada tubuh atau di sekeliling kita. Ia canggih, kan?" 

Aku mengangguk dek kekaguman melihat hasil titik peluh doktor muda demi menghasilkan sebuah mesin yang hebat. "Kamu boleh tunjukkan kepada saya bagaimana ia berfungsi?" 

"Sudah tentu!" Dengan penuh keyakinan Dr Darius menjawab sebelum memori kad tadi diberikan kepada salah seorang pekerjanya.

Beberapa ketika, kami hanya memerhatikan kecekapan seorang kakitangan lelaki yang mengenakan pakaian dan sarung plastik sedang melakukan ujikaji. Sekali-sekala, jemarinya menari-nari di papan kekunci. 

 Kami berdua turut memakai gogal sewaktu kajian tersebut dijalankan. Kedengaran bunyi gear serta enjin besar bergema di segenap makmal biologi itu. Lantas sebuah cahaya jingga perlahan-lahan memancar seraya bergerak ke sana dan ke sini seperti mencari sesuatu.

Cahaya tadi berhenti pada tubuh Dr Darius sebelum cuba mengimbas dirinya dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. 


Tit! Tit! Mesin tadi mengesan sesuatu dan ia tertera pada skrin komputer.  

"Dr Darius, ia betul-betul boleh digunapakai ke?" soalku lagi kerana fikiranku dijentik dek sedikit keraguan.

"Kau tengoklah nanti," balas Dr Darius pula. 

Sebuah gelombang elektromagnet atau juga dikenali sebagai laser (Light Amplification by Stimulated Amission of Radiation) yang berwarna merah telah 'membakar' bahagian jangkitan pada lengannya. 'Parasit' yang menumpang pada badan Dr Darius tadi, hilang berperingkat-peringkat sehingga tiada lagi kesan mutasi daripada pandemik EPID-D itu. 

"Ia sangat menakjubkan!" Aku ternganga. Manakala mataku terkebil-kebil tanda tidak percaya. 

"Kan! Ha, itu sebablah aku cari kau. Mesin tinjau aku ni cuma akan berfungsi kalau ada antidot itu. Jadi ... bila kita nak bertindak?" 

Kukeliru, "Err... maksud kamu, bertindak apa?" 

"Kalau kau nak, kita bekerjasama sebab kita sudah ada solusinya. Gabungan ilham daripada aku dan ayah aku, Prof D ... mesin tinjau serta antidot ini, kita boleh kurangkan kes jangkitan mahu pun kematian dalam negara kita. Macam mana, Dr Luez?"

Aku yang seakan dipukau itu hanya mengangguk setuju. Sudah tentulah aku ingin memutuskan rantaian jangkitan EPID-D ini sekaligus merawat mereka yang sakit. 

Selepas semuanya selesai, aku harap yang aku dapat kembali kepada diri aku yang sebenar. Bukan lagi menumpang pada tubuh Dr Luez ini ...

Dostali jste se na konec publikovaných kapitol.

⏰ Poslední aktualizace: Jul 28, 2020 ⏰

Přidej si tento příběh do své knihovny, abys byl/a informován/a o nových kapitolách!

Antologi DudukRumah Bersama WattpadKde žijí příběhy. Začni objevovat